Tadabbur Surah Maryam 1-11
Assalamualaikum, hari ini nak share tentang nota tadabbur Surah Maryam ayat 1-11. Ini antara task dalam SG Tadabbur bersama FormulaMasa.com; Bimbingan Puan Husna Harun. Poin yang menarik kat sini: 1. Nabi Zakaria seorang Nabi tapi dia kerja sendiri untuk menyara keluarganya. 2. Dari huraian para penceramah yang saya tonton ceramah mereka, Nabi Zakaria ini tidak dikurniakan anak sehingga usia lanjut, namun baginda tetap bersyukur dan menjalani hidup seperti biasa. Poin 2 ini begitu dekat dengan saya, yang mana saya sudah berumahtangga 5 tahun tapi belum ada zuriat. Apa yang boleh saya buat ialah mencontohi sifat bersyukur Nabi Zakaria dan tetap mencari pendapatan yang halal. Baginda terpancing ingin ada zuriat kerana melihat anak didiknya Maryam yang solehah. Lalu baginda menyatakan apa justifikasi yang menyebabkan baginda memerlukan zuriat ini, antaranya sebagai pewaris kenabian, yang meneruskan penyampaian risalah tauhid. Peristiwa yang baginda alami semasa menjenguk Maryam di Mihrab(...