Posts

Showing posts from May, 2020

Selepas Mengikuti BootCamp Tadabbur Al-Quran By FormulaMasa.com

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang           Alhamdulillah, hujung bulan April tempoh hari Kak Jim mengikuti BootCamp Tadabbur Al-Quran anjuran FormulaMasa.com. Alhamdulillah sekali lagi banyak ilmu baru dan tips baru untuk mendekati Al-Quran. Jom kita lihat apa progress yang berlaku dalam group ini.. Ini antara bimbingan yang Puan Husna Berikan kepada kami. Tadabbur ini akhirnya akan membawa kepada perubahan dalam diri dan tindakan secara zahir.Nikmat yang dirasai secara peribadi ialah, Kak Jim lebih komited untuk memperuntukkan masa demi Al-Quran. Kak Jim rasa lebih terisi masa dan hati.                Proses bermula dengan mencuci hati. Kita biasa mendengar tentang 'Tazkiyatun Nafs'. Tapi melalui booth camp ini, kita dibimbing  secara berkumpulan dan ia mempercepatkan proses kefahaman kita. Ada pertanyaan tentang berguru...

Tips Ringkas Mencuci Pakaian

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Salam Raya Ke-3 Hari ini saya berkenan menulis tentang tips mencuci pakaian bagi para wanita yang sentiasa gembira menjalani hidupnya. Berikut tips yang diperolehi daripada Buku Super Woman, dikarang oleh Mardiana Mat Ishak: 1.Cuci Pakaian setiap  Pertengahan minggu (Rabu) ATAU Cuci Setiap Hari, pada malam hari ATAU Cuci setiap pagi sebelum solat Subuh. 2. Jemur Pakaian sebelum atau selepas Subuh 3. Cuci Pakaian mengikut kategori pakaian, seperti: kain, t-shirt,seluar, cadar, dan sebagainya. Tips seterusnya adalah ke Dobi, tapi tak berbaloi untuk musim Covid19 ini sebaiknya kita minimakan penggunaan mesin awam. Moga-moga membantu para wanita yang ingin menyusun hari dengan baik dan sistematik. Hakikatnya, ramai pekerja wanita yang sebelum ini bekerja ,terpaksa bekerja dari rumah. Contohnya seorang guru. Jika kerja guru setiap hari adalah mengajar dan menyediakan RPH, menanda buku, siapkan lapora...

Buku Ceritera Guru - Travelog Cikgu-cikgu

Image
Assalamualaikum w.b.t Buku ini adalah gabungan 19 cerita benar daripada para guru yang ingin mengabadikan kisah mereka untuk tatapan generasi guru akan datang. Kisah mereka ini juga menyedarkan pembaca bahawa kerjaya guru bukanlah semudah yang disangka oleh kebanyakan orang. Melalui penulisan ini juga mereka ingin berkongsi pengalaman mereka dan saranan mereka untuk para guru atau bakal guru untuk melakukan tindakan yang sewajarnya jika menghadapi situasi yang sama. Daripada 19 penulis ini, admin adalah salah satu daripadanya. Entah yang mana satu, pembaca boleh beli buku untuk mengesahkan perkara ini.^^ Dan admin ingin mengumumkan berita baik dan berita tak baik. Berita baik: 30 naskah buku sedang diterbangkan ke Sabah untuk dijual. Anda boleh hubungi admin melalui perhubungan www.wasap.com/60164488572/sayanakbukuceriteraguru Berita tak berapa baik: Keluaran buku ini adalah edisi terhad. Selepas habis 30 naskah ini. Tidak ada sudah ulangan cetak dibuat oleh pihak penerbit. Buku ini ad...

Mengapa Perlu Ilmu Tentang Rezeki?

Sering kita dengar perkataan 'mencari rezeki', 'alhamdulillah dapat rezeki', 'mudah-mudahan dimurahkan rezeki'. Hakikat rezeki dan ilmu rezeki ramai antara kita belum tahu. Dari segi bahasa, rezeki itu adalah sesuatu yang menenangkan, menggembirakan. Jika kita mendapat sesuatu yang menggembirakan itulah yang disebut rezeki. Tapi, apakah semua itu dikira rezeki yang diredhai di sisi Allah? Pedoman dari doa Rasulullah s.a.w, rezeki itu disandarkan dengan 'thoyyiban'. Menurut ayat Al-Quran pula, sebelum perkataan thoyyiban ada perkataan 'halalan'. Nah, di sinilah perkaitan antara rezeki, halal dan thoyyiban. Jika kita fahami kajian 'Rezeki Terbaik' ustaz Adi Hidayat, rezeki yang diredhai adalah rezeki yang diusahakan secara halal akan membuahkan thoyyiban. Thoyyiban bermaksud baik/terbaik. Baiknya rezeki itu berkaitan dengan cara mendapatkan rezekinya. Maka, bermula kita mahu mencari rezeki secara halal, lihat keseluruhan proses usaha menda...