Tips Ringkas Mencuci Pakaian

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam Raya Ke-3

Hari ini saya berkenan menulis tentang tips mencuci pakaian bagi para wanita yang sentiasa gembira menjalani hidupnya.

Berikut tips yang diperolehi daripada Buku Super Woman, dikarang oleh Mardiana Mat Ishak:

1.Cuci Pakaian setiap 

Pertengahan minggu (Rabu)

ATAU

Cuci Setiap Hari, pada malam hari

ATAU

Cuci setiap pagi sebelum solat Subuh.

2. Jemur Pakaian sebelum atau selepas Subuh

3. Cuci Pakaian mengikut kategori pakaian, seperti: kain, t-shirt,seluar, cadar, dan sebagainya.


Tips seterusnya adalah ke Dobi, tapi tak berbaloi untuk musim Covid19 ini sebaiknya kita minimakan penggunaan mesin awam.

Moga-moga membantu para wanita yang ingin menyusun hari dengan baik dan sistematik. Hakikatnya, ramai pekerja wanita yang sebelum ini bekerja ,terpaksa bekerja dari rumah. Contohnya seorang guru. Jika kerja guru setiap hari adalah mengajar dan menyediakan RPH, menanda buku, siapkan laporan dan sebagainya. Kali ini, lebih banyak perlu disusun dengan baik kerana kita akan memikirkan dua perkara sekaligus, hal rumah dan hal kerja.


Jika dulu boleh minta anak-anak makan di kantin pada waktu rehat, kini kita yang kena sediakan makanan tersebut setiap hari. Begitu juga melayan anak yang kecil berumur di bawah 5 tahun. Jika sebelum ini kita hantar ke Taska atau rumah pengasuh, kali ini kita tidak dapat berbuat demikian, kita juga yang akan uruskan anak-anak ini.

Namun, jangan bimbang, kita hanya perlukan strategi dan perancangan yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. 

Berbahagialah, setiap yang kita lakukan di dunia ini akan ada balasannya di akhirat kelak. Tinggal saja kita kena perbaharui niat pada setiap pekerjaan dan lakukan dengan tekun dan penuh ihsan. In Shaa ALLAH!

Kredit: Buku Super Woman, Mardianan Mat Ishak.

Comments

Popular posts from this blog

Upgrade Level -

Brain On Fire

Kembali Bertunas