Buku Ceritera Guru - Travelog Cikgu-cikgu




Assalamualaikum w.b.t



Buku ini adalah gabungan 19 cerita benar daripada para guru yang ingin mengabadikan kisah mereka untuk tatapan generasi guru akan datang. Kisah mereka ini juga menyedarkan pembaca bahawa kerjaya guru bukanlah semudah yang disangka oleh kebanyakan orang.




Melalui penulisan ini juga mereka ingin berkongsi pengalaman mereka dan saranan mereka untuk para guru atau bakal guru untuk melakukan tindakan yang sewajarnya jika menghadapi situasi yang sama. Daripada 19 penulis ini, admin adalah salah satu daripadanya.

Entah yang mana satu, pembaca boleh beli buku untuk mengesahkan perkara ini.^^

Dan admin ingin mengumumkan berita baik dan berita tak baik.

Berita baik:
30 naskah buku sedang diterbangkan ke Sabah untuk dijual. Anda boleh hubungi admin melalui perhubungan www.wasap.com/60164488572/sayanakbukuceriteraguru

Berita tak berapa baik:
Keluaran buku ini adalah edisi terhad. Selepas habis 30 naskah ini. Tidak ada sudah ulangan cetak dibuat oleh pihak penerbit.

Buku ini adalah harta yang tebaik admin pernah ada. Dengannya pengalaman dan saranan yang ada diharap akan dapat membantu pembaca merefleksi diri atau menghadiahkan kepada para bakal guru yang akan menjadi guru. Buku ini juga boleh dijadikan sebagai pembakar semangat agar lebih ramai guru yang berpengalaman menuliskan kisah mereka untuk membangunkan jiwa bangsa. Selaras dengan tema Hari Guru tahun ini, "Berguru Demi Ilmu, Membina Generasi Baharu".



Terima kasih Penerbit dan Editornya, Tuan Khairy Tajudin, Pemilik KTR Sdn Bhd, kerana memberikan kami peluang untuk menulis kisah kami di sini.

Secara peribadi, penerbitan buku ini melalui proses saringan demi saringan. Hal ini memberikan saya lebih semangat untuk terus bergiat aktif dalam bidang penulisan. Doakan saya akan terus menghasilkan khazanah buku yang bermanfaat untuk masyarakat dunia akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Upgrade Level -

Brain On Fire

Kembali Bertunas