Posts

Showing posts from April, 2020

Sketsa Ramadhan Kali ini

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Apa khabar sahabat pembaca. Alhamdulillah, ketika tulisan ini diketik, hari ini sudah Ramadhan ke-2.  Alhamdulillah.Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Luar biasa aura Ramadhan tahun ini. Semua orang berpeluang berpuasa dengan keluarga masing-masing. Majlis ilmu juga ada di mana-mana. Mudah diakses sampai kena pilih  nak dengar yang mana. Penjimatan belanja juga diaktifkan pada musim ini kerana berada dalam fasa 4 PKP. Berpeluang mencuba resepi baru. Saya sendiri berasa sangat dirahmati bila boleh memasak mengikut resepi yang saya mahu. Dalam fatrah biasa saya lebih suka memasak mengikut mana yang sempat. Dan lebih banyak makan di luar kerana pulang sudah lewat malam. Namun, ada juga dalam pemerhatian saya menangkap beberapa isu yang tidak begitu enak dibaca dan dihadam oleh akal. Antaranya isu menunjuk sedekah, isu Rohingya dan isu pemohon sumbangan suka meminta sumbangan dalam masa yang sama sudah menerima sumbangan. Beginilah, untuk tida...

Ilmu Perawatan Diri Penting

Image
Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera.. Selamat Malam..saya tulis entri ini sekitar jam 9 malam pada 15 April 2020.. Alhamdulillah.. Apa khabar semua? Sedia maklum semua #StayAtHome sekarang sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Virus Corona masih mengganas. Nama samaran virus ini COVID19. Cerita tentang kesihatan, susah sebenarnya hendak mengaku sakit saat-saat ini. Saya sendiri nak mengaku sakit dan berhasrat nak jumpa doktor pun seriau. Risiko jangkitan lebih tinggi bila ke rumah-rumah sakit! Hikmah PKP ini saya terfokus pada ilmu perawatan. Saya mengenali bidang perawatan sejak di kampus. Asbab saya selalu jatuh sakit, saya belajar ilmu merawat. Ilmu makan makanan yang sihat. Beza selepas belajar ilmu pemakanan ketika itu, saya sangat anti makanan 'cekedis' atau junk food. Sampai saya banned sungguh-sungguh semua makanan segera. Saya dalam tahap itu mampu jana income sendiri membuat rawatan bekam dan refleksologi di kampus. Semangat nak bantu orang yang sa...