Aidiladha Tahun Ini - Belajar Membuat Kelupis
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillahi Walhamdulillah.. Kelupis Bagi masyarakat berbangsa Brunei di Sabah, kelupis adalah hidangan yang wajib semasa hari raya bagi kebanyakan orang. Mak mertua saya buat Kelupis ini sebanyak 1 kilo semasa Aidiladha, katanya untuk tetamu yang datang. Maka, saya berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana ia dibuat. Beras apa yang 1 kilo? semestinya beras pulut. Lihat resepi ini: Saya ambil dari blog ini : Bahan-bahan ( Sefamily ) 300 gm beras pulut - Basuh dan toskan 300 gm santan - tdk terlalu pekat dan tdk terlalu cair Daun pandan - 2 helai garam - secukup rasa Daun nyirik - secukupnya Cara-cara Mula-mula masukkan santan dan daun pandan dalam kuali, guna api perlahan. Biar sampai mendidih dan pecah minyak. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam. Gaul hingga separuh masak dan santan kering. Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun nyirik. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus se...