Posts

Showing posts from 2016

Aku Dan Brainstorming

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Alhamdulillah, program 'Brainstroming' sekolah berakhir hari ini. Percaya atau tidak, takdir menghantar saya menuju ke dunia perguruan semula. Dua tahun lepas saya me'lari'kan diri daripadanya. Namun, semasa sesi taujihat pagi tadi. Sesungguhnya, baru saya sedar. Hidup ini ada yang mengaturnya. Selepas terlalu banyak konflik dalam diri, akhirnya saya pasrah, dunia saya selepas ini adalah sebagai guru. Guru yang akan mengajar kebaikan. Guru yang akan dekat dengan al-Quran. Sungguh terinspirasi, bahawa murid yang pernah kita ajar, setiap kebaikan yang dia lakukan kita akan dapat, setiap patah perkataan dari al-Quran yang dia baca, pahalanya akan dimasukkan ke dalam akaun kita tanpa menguranginya. Saya pernah mendengar ayat ini dua tahun lepas, tapi kata-kata itu belum dapat saya memahaminya dengan benar. Alhamdulillah, saya akan cuba berikan yang terbaik untuk peluang kedua ini. Sakit, Sihat, Suka, Duka saya ada yang menjagany...

5 Tips Penting Buat Seorang Usahawan

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Sumber Rujukan: Blog Hairul.Com Assalamualaikum semua, Saya berkenalan dengan 'Perniagaan' sejak berusia 6 tahun. Arwah datuk saya selalu meminta saya menemani beliau ke kedai runcit. Beliau seorang yang buta. Setiap pagi dia akan mengupah cucu yang rela menemaninya ke Kedai runcit. Saya sebenarnya, pada permulaan tu teruja pada upahnya. Bagi kami pada masa itu, RM1 pun sudah sangat berharga. MULA BERLAJAR MENGIRA KEUNTUNGAN Ayah saya kata, untung kita dari jualan harus letakkan sebanyak 20% dari harga modal. Itu asasnya. Maka, tidak boleh lebih tidak boleh kurang. Saya pernah menjaga kedai atuk seorang diri, dengan syarat, ada orang yang hantar dan ambil saya. Itu adalah aktiviti semasa cuti sekolah sahaja.=) Di sekolah rendah pula, ibu menggalakkan saya membawa mee goreng masakan ibu untuk dijual. Seronok rasanya menjual. Ada harga yang 20sen ada yang 50 sen. Masih murah lagi ketika itu. Di IPTA pula, saya terdedah dengan MLM...

Bagaimana Nak Kenal Itu Jodoh Kita

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum, selamat malam buat pembaca sekalian. Entri ini ditulis pada pukul 8.10PM pada 12 Disember 2016. [Jika anda dan saya baca entri ini pada tarikh selepas tarikh di atas, ketahuilah kita sudah menginjak umur yang semakin sedikit, ucapkanlah "alhamdulillah.."] Maka, malam ini saya ingin mengutarakan sedikit buah lontaran cetusan idea yang mungkin bermanfaat buat yang mahu mengambil manfaat. Ini pasal jodoh. Anda pembaca sekalian, sama ada anda sudah berkahwin atau belum, entri kali ini adalah untuk sama-sama merenung kembali ada apa pada jodoh. JODOH tak kemana.. JODOH adalah rahsia ALLAH Ketahuilah, cara nak kenal itu jodoh kita adalah dengan termeterainya lafaz sakinah di hadapan Tok Kadi, wali dan para saksi. Walaupun pada saat itu kita masih lagi keliru sama ada pasangan kita saat itu adalah jodoh kita atau bukan. Sebenarnya dan hakikatnya dia adalah jodoh kita. Alam perkahwinan ini bukanlah ...

Ana Edar Sdn Bhd

Image
 Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Sumber: web http://www.qaseh2u.com/mengenai-kami/ Assalamualaikum, terima kasih buat yang mengikuti blog saya ini. Saya secara rasminya mempu peranan besar dalam syarikat Ana Edar Sdn Bhd, iaitu dengan menjadi Rakan Niaga atau lebih dikenali sebagai RANIA. Jika anda melihat Facebook saya atau Instagram atau iklan di Whatsapp saya mengenai produk Qaseh Gold, itu sebenarnya antara produk yang dikeluarkan oleh Ana Edar Sdn Bhd. Saya memulakan peranan saya dari pengguna produk Qaseh Gold (Adinda) dan (SOLE) kepada Dropship kemudian sekarang RANIA. Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, s...

Gojes Produk Eksklusif Qaseh Gold

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Foto: Koleksi Peribadi Alhamdulillah,  malam ni sudah malam yang ke 30 Ramadhan. Esok hari terakhir berpuasa. Pada kesempatan ini saya ingin menulis sesikit ulasan mengenai produk Gojes Qaseh Gold ini. Sebenarnya, saya dah lama mengidam Gojes ini. Bukan sengaja beli untuk cantik, tapi demi kebenaran dan pengalaman sendiri sebelum mengesyorkan pada orang lain. Saya jenis tak berapa rajin promosi produk yang saya jarang pakai atau tidak pernah pakai. Testimonial sendiri adalah senjata ampuh kita sebagai seorang peniaga. Pengalaman saya, Alhamdulillah masih terlalu baru untuk mengatakan produk ini sangat berkesan kepada saya. Wal hal saya baru makan yang ke empat. Namun, perubahan yang sangat ketara ialah: 1. Selepas menelan Gojes.,tidur saya menjadi sangat lena. Sehingga paket ke 3, saya mengigau pun dalam tidur, saya tak ingat saya mimpi apa. 2. Pembuangan air besar menjadi lebih lancar. Sebelum ini,  saya makan Qaseh ...

Khasiat Buah Delima

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum, malam ini saya ingin berkongsi tentang Buah Delima. Kebetulan saya sedang makan buah delima tadi. Terlintas dalam fikiran saya untuk mengetahui maklumat lanjut buah delima ini. Saya sebelum ini tahu yang buah delima ini bagus. tapi secara spesifiknya saya kurang pasti di mana 'kebagusan'nya itu. Kemudian saya menaip beberapa kata kunci tentang delima di lama sesawang. Keluarlah blog 'Rahsia Buah Delima'. (link) Saya tertarik pada sebelah kiri blog tersebut saya ternampak tips yang baik dan praktikal untuk amalkan. Saya gigih untuk tampal di sini supaya saya boleh ulang kaji. Anda mahu mencubanya pun boleh. Khasiat buah Delima  1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.  2. Dalam perub...

Majikan & Guru

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum, selamat beristirehat.. Malam ini nak bawa tajuk entri yang serius sedikit. Ambil mood yang baik-baik saja ya? Kontroversi saja bunyinya. Baik, segmen yang saya kongsikan malam ini ialah, "Kesungguhan Kita Bekerja Kerana Apa?" Penulisan kali ini saya buat sebagai sebuah refleksi bersama. Satu pandangan peribadi yang mungkin terdapat khilaf di mana-mana. Epilog. Kita adalah hamba kepada Allah s.w.t. Dalam kalangan Hamba ada Pemimpin. Tugas hakikinya bawa orang di bawah seliaannya menyembah Allah walau apapun bidang pemimpin ini. Di bawah seliaan pemimpin ada pengikut atau pekerja. Jika kita adalah pekerja, kita terikat dengan sistem pekerja. Tujuan akhir kita redha Allah. *** Temuduga. Biasanya orang, semasa temuduga, semuanya kelihatan 'meng-ada-adakan' sesuatu yang tidak ada. Sifat ini berbahaya pada masa akan datang.Sebaiknya, kita bawa diri kita yang sebenarnya. Contoh, adik saya ke temuduga un...

Dropshipper Qaseh Gold Kini Dibuka Sekarang

Image
Saya sedang mencari 10 orang #AgenDropship Qaseh yang minat berniaga & berniat untuk sebarkan manfaat makanan sunnah kpd orang lain. Kelebihan menjadi agen dropship: ● Cash setiap hari (ikut kerajinan) ● Support group (Whatsapp) ● Reward bulanan bagi yang capai target Berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh pm @ whatsapp 0164488572 Jadilah manusia yg memberi manfaat kepada orang lain. #saja_kongsi #part_time #pasif_income #bisnes_jemaah

Bersemangat Terus!

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Foto: Koleksi Album Sony Alhamdulillah, tarikh sudah menapak 6 April 2016. Saya berfikir apa yang sudah saya capai setakat ini? Pastinya insan yang ingin maju kehadapan sentiasa bertanya akan kedudukan dirinya saat ini. Lalu, neraca apa yang digunakan untuk mengukur kemajuan itu?  Kata Murabbiah saya, perlu guna neraca Islam. In shaa Allah, neraca ini akan menunjukkan bacaan yang meyakinkan.  Halal dan haramnya kelas. Kekaburan tidak diterima. Bisnes. Bisnes umumnya sesuatu yang kita berkecimpung, melibatkan diri walaupun bukan semestinya buat duit. Hehe.

Kisah Si Bocah Kecil

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum,  dan salam sejahtera. Ketagihan untuk bercerita di dalam blog menjadi rutin harian saya terisi. Hari ini, saya kepingin untuk berkongsi tentang satu ceramah yang saya gelar ‘Pintu Rezeki’. Sejak dua menjak ini, saya rajin membuka youtube ceramah dari Ustaz Yusuf Mansur. Mungkin, ramai yang kenal, mungkin ada yang tidak. Bagi saya, beliau antara idola bussinessman yang boleh menyeimbangkan antara duniawi dan ukhrawi. Jadi, beliau amat menarik pada hemat saya. Ada satu ceramahnya mengenai seorang ayah mahu mengajar anaknya tentang Tauhid. Menanam rasa beriman pada Allah semasa usia muda sangat. Lebih kurang masih budak sekolah rendah. Dijadikan cerita, si anak kecil ini ada program berbayar pada hujung minggu. Kemudian, dikhabarkan kepada ayahnya supaya ayahnya bagi wang yuran. “ Bapak, saya ingin sertai program. Tapi tiada wang bayar yurannya. Bapak ada?” “ Oh..sudah minta Allah?” “ Kalau itu, belum..” anak kecil mera...

Tarik Rezeki dengan Gembirakan Orang Tua

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Foto: Koleksi Album Sony Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas, saya pulang kerana mendapat tahu ayah tidak sihat, ada jangkitan kuman pada darah dn air kencingnya. Di samping demam dan sakit pinggang sehingga tidak larat memandu kereta sendiri. Mujur ada adik lelaki yang sudah berlesen. Dia yang memandu kereta ke klinik sekali teman ayah buat pemeriksaan kesihatan. Saya amat bersyukur kerana masih melihat senyuman ayah melihat kepulangan anak-anaknya yang jauh. Pun begitu, ditambah pula kehadiran cucunya yang comel Huda. Anak kak kedua saya. Tambah besar senyumannya. Setelah pulang ke medan kerja, saya begitu terkejut kerana, majikan saya kata ada orang nak belanja makan nasi kerabu. Tidak cukup dengan itu, seorang sahabat menempah Set Hamil (Qaseh Adinda +Sole) sekaligus. Padahal, pagi tadi saya rasa nak nangis sebab lupa makan malam. Maka, perut saya sudah mengeluarkan keasaman yang tidak sepatutnya. Dan saya juga merasai sedikit cemas bila...

Perasaan ini Hadir Tanpa diduga

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum.. Dan salam sejahtera. Catatan penutup hari ini,saya ingin abadikan sebagai satu doa agar saya menjadi lebih bersedia untuk bergelar sebagai seorang Ibu. Saya begitu yakin bahawa kehadiran cahaya mata dalam sesebuah keluarga adalah satu yang sangat dinantikan oleh setiap ibubapanya. Maka, usaha untuk bersedia saya telah lakukan sejak sebelum kahwin. Apa yang saya lakukan ialah saya mula menjual produk keperluan ibu dan anak melalui Mypermatahati.com dan Qaseh Gold. Memandangkan saya belum menjadi seorang isteri,saya tidak dapat fokus terhadap kedua-dua aspek ini. Namun selepas berdua, saya telah menunjukkan Page Mommies Choice Previews. Dalam page ini, saya fokus kepada info berkaitan dengan ibu dan anak. Sama ada dari sudut tips, petua kepada makanan kesihatan dan resepi ideal untuk seisi keluarga. Alhamdulillah, kehidupan saya menjadi lebih peka dengan persekitaran saya. Mungkin kerana terlalu kerap mengisi info berkenaan ib...

Catatan Hati: Mesti Air Mutlak

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum, dan selamat petang. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang Fiqh Thaharah. Satu soalan yang saya ingin ajukan sebelum saya berkongsi ilmu, adakah selama ini kita beristinjak dengan cara yang betul? Saya cuba menempelkan cara istinjak daripada perkongsian ustaz ini: http://www.ustaznoramin.com/2011/03/istinjak-atau-membersihkan-kemaluan.html?m=1 “...Istinjak Dengan Air Mutlak Menurut Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat mengatakan bahawa : “Beristinjak menggunakan air samalah juga dengan menggunakan batu iaitu dibersihkan sehingga hilang bau, rasa, zat dan warnanya.” Untuk memastikan bersih atau tidak qubul atau dubur, maka boleh dirasakan dengan tangan sendiri, jika ia berasa kesat dan tidak berlendir, maka ia telah dikira bersih dan suci qubul atau dubur. Air merupakan alat yang terbaik untuk beristinjak, kerana air dapat menghilangkan ain, rasa, bau dan...

Komitmen Bertambah

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum,  dan salam sejahtera semua. Apa khabar anda sekarang?  Sihat atau sebaliknya? Entri kali ini saya ingin membuat pengumuman secara rasminya bahawa, saya telah mendaftar sebagai Rania Qaseh Gold Ana Edar. Apakah yang mendorong saya menjadi Rania ini? Rania - Rakan Niaga Namun, sehingga saat ini, saya masih agent sah Nurraysa. Apa kebaikan Rania ini? Saya boleh membuka peluang dropshipper juga kepada yang memerlukannya secara part time atau full time. Dan cabaran kali ini, memerlukan dropshipper yang serius nak maju. Secara tuntasnya, Nurraysa dan seluruh rangkaiannya fokus kepada kecantikan; nak bagi orang nampak cantik. Dan baru saja dilancarkan minuman kolagen yang fokus kecantikan dari dalam. Alhamdulillah.. Manakala, dalam banyak segment dalam Qaseh Gold,  saya memilih untuk fokus kepada minuman tambahan yang menyumbang kepada kesihatan dan perawatan pada penyakit tertentu. Produk itu tersiri daripada Qase...

Temuduga

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum semua, moga hari anda baik-baik saja hari ini. Entri kali ini lebih kepada catatan pengalaman. Baru-baru ini saya menghadiri temuduga untuk satu pekerjaan. Apa yang saya perlu lakukan untuk menjayakannya ialah saya perlu mengambil cuti seharian. Hari yang dinantikan tiba. Saya meminta bantuan suami untuk menghantar saya. Dek kerana saya teruja sangat,  sijil saya tertinggal. Saya baru sedar selepas melambai suami saya. Terpaksalah suami patah balik ke rumah dan mengambil sijil saya. Alhamdulillah, syukur sangat dapatkan suami yang penyabar. Temuduga Semasa sesi temuduga berjalan, saya berjaya menjadikan diri bertenang walaupun bahasa badan saya mengeluarkan perasaan sebenar saya. Jemari saya terus menerus bergerak dan mencapai apa saja yang ada di hadapan. Saya berusaha menekuni apa yang dikongsikan oleh penemuduga. Satu perkara yang menarik hati saya. Dia berkongsi pengalaman mengenai amalan dalam organisasi yang mesti ...

Cara Mengira Upah Jahitan

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Foto: Koleksi Peribadi Assalamualaikum, Salam sejahtera. Entri kali ini saya akan bercerita tentang cara pengiraan upah jahitan yang asas. Ini 'applicable' untuk semua barang yang tidak melekat pada badan. Seperti langsir, sarung kusyen, sarung banquet, dan sebagainya. Mungkin pengiraan untuk jahitan pakaian juga sama. Pengiraan itu seperti berikut : Harganya jual barang; Harganya bahan+harganya upah+untung Upah:( harganya bahan yang digunakan X 2) Untung :( 100% @ 50% dari upah) Contoh : Harganya bahan yang digunakan = RM10 Pengiraannya, RM10+RM10+(RM10/RM5) Jadi harganya jual, RM30/RM25 Moga usahawan jahitan yang baru memulakan perusahaan boleh meletakkan harga tanpa rasa ragu. Selamat maju jaya!

Scallop

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen  Foto: Google Plus Assalamualaikum semua, entri kali ini adalah berkenaan dengan langsir. Dalam gambar di atas, sebelah kanan menunjukkan rekaan langsir yang diberi nama, 'scallop'. Jikalau digayakan dengan betul, ruangan rumah kita akan nampak sangat elegan dan bergaya. Keunikan yang dipersembahkan begitu menyerlah. Tidak hairan lah harganya juga lebih tinggi dari langsir biasa. Pengalaman pertama saya membuat scallop ini membuktikan, kerumitan yang dihadapi adalah salah satu aspek yang dikira dalam kos upahnya. Jenis kain juga perlu dititikberat semasa memilih material scallop. Kesilapan memilih fabrik akan menatijahkan hasil yang kurang nilai keasliannya dan akan dibandingkan dengan scallop yang diperbuat dari fabrik yang betul. Jenis scallop yang biasa dijumpai antaranya, 'Royal Scallop' 'Loose Scallop'  'Hidden Scallop' Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah langsir, ...

Mula Menjahit Dengan Serius

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Foto: Koleksi Album Sony Alhamdulillah,  saya telah melancarkan perkhidmatan jahitan khas langsir. Baru-baru ini, sebuah sekolah telah menempah langsir untuk 19 buah kelas. Sejak bila saya tahu menjahit?  Sejak bulan September tahun lepas saya menjadi pelatih di Giatmara Putatan dalam bidang Hiasan Dalaman; Pembuatan Alas. Alas yang dimaksudkan termasuklah langsir, sarung kusyen, sarung banquet, cadar, dan 'skirting' meja.