5 Tips Penting Buat Seorang Usahawan
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen
Sumber Rujukan: Blog Hairul.Com
Assalamualaikum semua,
Saya berkenalan dengan 'Perniagaan' sejak berusia 6 tahun. Arwah datuk saya selalu meminta saya menemani beliau ke kedai runcit. Beliau seorang yang buta. Setiap pagi dia akan mengupah cucu yang rela menemaninya ke Kedai runcit.
Saya sebenarnya, pada permulaan tu teruja pada upahnya. Bagi kami pada masa itu, RM1 pun sudah sangat berharga.
MULA BERLAJAR MENGIRA KEUNTUNGAN
Ayah saya kata, untung kita dari jualan harus letakkan sebanyak 20% dari harga modal. Itu asasnya. Maka, tidak boleh lebih tidak boleh kurang.
Saya pernah menjaga kedai atuk seorang diri, dengan syarat, ada orang yang hantar dan ambil saya. Itu adalah aktiviti semasa cuti sekolah sahaja.=)
Di sekolah rendah pula, ibu menggalakkan saya membawa mee goreng masakan ibu untuk dijual. Seronok rasanya menjual. Ada harga yang 20sen ada yang 50 sen. Masih murah lagi ketika itu.
Di IPTA pula, saya terdedah dengan MLM Syariah HPA. Ini permulaan saya belajar berniaga secara berjemaah.
Walaupun selepas itu saya saya pernah kehilangan RM500 dalam sehari saja kerana tertipu dengan manis mulut orang yang menjual sejenis sabun. HEHE..Memang sesuatu yang bernilai pengalaman itu.
Namun sekarang saya kembali lagi dengan perusahaan yang berbagai-bagai. Boleh meneliti dalam arkib saya. Terbaru dan terkini, saya mengusahakan karier sebagai Rakan Niaga Ana Edar Sdn Bhd.
Bila sebut Rakan Niaga ini, kita perlu ada komitment untuk berniaga. Bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang berharga dan keperluan kita.
5 TIPS PENTING
Nasihat ini adalah hasil perkongsian sahabat alam maya saya, Saudara Hairul. Link di atas akan menuju terus ke entri blog beliau yang berkaitan 5 tips ini.
Secara ringkasnya, saya akan terangkan dengan sepintas lalu, jika mahu memahami lebih jelas boleh hubungi beliau melalui link yang telah diberikan, okey?
TIP1:
Kenali Kuasa Beli Pelanggan Anda
- Siapa yang Berminat?
- Adakah Mereka Mampu?
- Di Mana tumpuan mereka atau tempat mereka berkumpul?
TIPS 2:
Daya Penarik
- Apa daya penarik yang anda gunakan untuk menarik perhatian mereka?
- Iklan apa yang berkaitan dengan produk anda, boleh cari persamaan.
- Copywriting adalah terpenting di sini.
TIPS 3:
Kepercayaan
-Testimonial dari pelanggan sebenar adalah salah satu contoh terbaik.
-Memberikan barang, Info atau sesuatu yang PERCUMA, berkualiti kepada pelanggan atau bakal pelanggan berkaitan dengan produk anda.
- Sentiasa mewujudkan interaksi yang mesra dan talian bantuan mengenai produk.
TIPS 4:
Membina Keinginan Pelanggan Membeli
- Untuk Online, Boleh gunakan Email Follow up
- Untuk Offline, menggunakan iklan TV @ Radio boleh dipertimbangkan
- Sebelum itu, perlulah mengetahui keinginan, emosi dan kebimbangan bakal pelanggan.
TIPS 5:
Menjual Produk yang benar-benar berkualiti agar pelanggan sentiasa membeli dari anda
- Tugas anda adalah memilih produk yang benar-benar berkualiti sebelum memulakan perniagaan
- Berkualiti bukan dari pandangan anda, tapi pembeli.
- Penuhi Objektif Pembelian mereka, Layani mereka dengan mesra.
Alhamdulillah, perlukan penjelasan? Boleh terus ke website hairul ya, tekan link di atas.
PENUTUP,
Saya sentiasa meningkatkan ilmu perniagaan saya walaupun kehidupan sekarang memerlukan saya bekerja ssecara tetap. Pilihan itu masih di tangan kita. Belajar menguruskan masa dengan baik ya.
Saya sedang menyiapkan manuskrip tentang pengurusan masa. Nantikan..
Sampai jumpa lagi!

Comments
Post a Comment