Upgrade Level -

 Assalamualaikum, setelah sekian lama tak post apa-apa.


Sebenarnya, terlalu banyak nak ulas sepanjang tahun 2025 ini. So, tajuk kali ini 'Upgrade Level"

Sejak February lepas, saya dapat sakit saraf. Kesannya, kena pakai wheel chair beberapa minggu,, Lepas tu pakai tongkat.

Sampai sekarang pakai tongkat sebab kaki dah jadi manja.

Tapi sedang berjuang untuk mengembalikan kaki yang dulu, Biidznillah...

***

Apa saya buat?

Pertama, saya jalani physio teraphy. Sebab ini untuk tahu cara nak kuatkan otot kaki semula.

Saya dapatkan rawatan di Gleneagles. Syukur Alhamdulillah, syarikat suami ada GL untuk ini. Tapi, tak dapat dipenuhi semua kerana tak sesuai masa dan kesihatan yang tak menentu.

Selain itu, saya juga dapatkan bantuan urutan daripada terapis sukan( khusus untuk otot yang terlalu frozen). 

Saya juga ada gunakan alat kesihatan seperti seluar mampatan dan stokin bertekanan tinggi. Saya guna jenama Aulora. Ia bagus dan tahan lama. Kena pandai jaga dan pilih saiz yang bersesuaian.

Kesihatan otot saya banyak membaik selepas pakai brand ini. Bagi yang ada masalah kaki sakit tumit kah, sakit lutut atau ada kesakitan menjalar dari paha ke bawah kaki sangat sesuai pakai ini.

Jika berminat, saya boleh berikan cara untuk mendapatkannya. ^_^

Dalam masa yang sama, doktor saya minta saya kurangkan berat badan,

My ideal weight is 52-56kg

Almost 10++ kg untuk dikurangkan daripada berat sekarang.

nak jogging memang tak dapat.

so, kita usaha untuk ubah cara pemakanan.

Bestnya, saya kena beberapa dietition// orang-orang yang berada dalam bidang ini.

So, untuk kawal peningkatan berat badan, semuanya bermula daripada pemakanan.

***

Jadi, apa yang upgrade level sebenarnya?

1. Degree kesakitan bertambah jenisnya

2. Kesedaran untuk menjaga kesihatan yang masih boleh dikawal melalui pemakanan, gaya hidup sihat dan komuniti yang memberikan inspirasi.

3. Ubat juga bertambah seiring bertambah kesakitan. Yang ni pasrah je lah..

4. Ilmu untuk reset kesihatan perut. Ini mahal. memerlukan komitmen dan mahar yang tak sedikit. Tapi, nak sihat. kita redah je. Wang boleh dicari.





Comments

Popular posts from this blog

Brain On Fire

Kembali Bertunas