Posts

Showing posts from February, 2021

HDH : Doktor atau Ustazah?

Suasana kenduri kendara di kampung sangatlah ditunggu oleh Farha. Hari ini, ramai sepupunya akan datang malam nanti. Keluarga kembangan yang terdiri dari dua nenek itu menyebabkan rumah Aki Farha penuh. Full house!  Sepupu yang akan selalu ada aktiviti bersama adalah si kembar Farah dan Sarah. Dari aktiviti bercerita hantu sampai bercerita hal sekolah. Itulah rutin hari kenduri sekampung sehingga dipanggil makan. Dunia kanak-kanak sangat membahagiakan.  Di saat kanak-kanak berlari-lari, main 'jadi - jadi', para beliawanis membantu para ibu di dapur. Sekali sekala Farha bertanya, 'mengapa para ibu kena menghidang makanan ke pinggan?'  Jawabnya, 'supaya semua orang dapat bahagian.' Jawapan seterusnya, 'Kelak, kalian akan menggantikan tempat kami menghidang makanan ini.'  Farha tersengih.  Farha mendekati Mak Longnya.  "Mak Long, Farha sudah tahun 6. Tingkatan 1 nanti, apa sekolah yang patut Farha pilih?"  "Pilih sekolah agama"  "Ta...

Hidayah Dalam Hidayah: B1 Rahsia Terbongkar

Petang itu cuaca panas terik. Tiada awan kelihatan di langit biru. Farha berjalan keluar menuju ke bilik cetak sekolah kerana rasa bosan. Masa belajar sudah tamat, tapi para guru masih belum pulang. Tahap 2 masih belajar. Farha murid Tahun Tiga ber Farha bertingkah seperti anak raja. Mentang-mentang ayahnya guru besar di sekolah itu. Dia bebas memasuki bilik-bilik yang ada. Kebetulan bilik cetak itu mempunyai pintu yang sama dengan Bilik Agama. Ustaz Radzi hanya membiarkan Farha meninjau-ninjau bilik cetak yang sebenarnya terdapat sebuah rak yang dipenuhi buku agama simpanan Panitia Pendidikan Islam. Ustaz Radzi tiada kelas hanya duduk di mejanya dan menyemak buku latihan murid. Sebuah buku tanpa kulit menarik perhatian Farha. Buku itu ditarik dari rak dan dibelek. 'Sunan At-Tirmidzi', Farha mengeja tajuk tulisan Roman yang ada. Semasa menyelak muka surat demi muka surat, Tajuk 'Tanda-tanda Kiamat' لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَرَوْا أُمُوْرًا عِظَامًا لَمْ تُحَدِّثُ...

JIn Nian Wo xue ZongWen!

 Assalamualaikum, How are you, kaifa halukum? ni hao ma? Alhamdulillah, setelah lama berdiam, akhirnya dapat juga masa untuk menulis sesuatu di dalam blog kehidupan ini..^_^ kamu apa cerita? Seperti biasa saya masih menunggu temuduga SPP. Alhamdulillah nak bagi tahu saya telahpun selesai KDC dan telah mendapat sijil diploma tersebut. Alhamdulillah.. Kini saya akan terus melangkah untuk melaksanakan apa yang sepatutnya dimasa akan datang. Generasi muda harapan bangsa.. Murid-murid..na..wo lai le.. BAGAIMANA PDPR ANDA? Semua tahu kan? PKP 2.0 dilaksanakan sejak Januari tahun ini..Oleh itu, berPDPR adalah pilihan terbaik. Kalau tanya saya, saya cuba yang terbaik untuk pastikan murid dapat apa yang mereka perlu dapat. In shaa Allah. Alhamdulillah, sekarang banyak perkongsian guru-guru berkolaboratif untuk sama-sama maju kehadapan. Saya pun teruja, awal bulan Februari ini webinar perkongsian PDPR seperti cendawan tumbuh selepas hujan semuanya. Seperti hampir setiap minggu ada webinar. M...