Posts

Showing posts from March, 2016

Kisah Si Bocah Kecil

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum,  dan salam sejahtera. Ketagihan untuk bercerita di dalam blog menjadi rutin harian saya terisi. Hari ini, saya kepingin untuk berkongsi tentang satu ceramah yang saya gelar ‘Pintu Rezeki’. Sejak dua menjak ini, saya rajin membuka youtube ceramah dari Ustaz Yusuf Mansur. Mungkin, ramai yang kenal, mungkin ada yang tidak. Bagi saya, beliau antara idola bussinessman yang boleh menyeimbangkan antara duniawi dan ukhrawi. Jadi, beliau amat menarik pada hemat saya. Ada satu ceramahnya mengenai seorang ayah mahu mengajar anaknya tentang Tauhid. Menanam rasa beriman pada Allah semasa usia muda sangat. Lebih kurang masih budak sekolah rendah. Dijadikan cerita, si anak kecil ini ada program berbayar pada hujung minggu. Kemudian, dikhabarkan kepada ayahnya supaya ayahnya bagi wang yuran. “ Bapak, saya ingin sertai program. Tapi tiada wang bayar yurannya. Bapak ada?” “ Oh..sudah minta Allah?” “ Kalau itu, belum..” anak kecil mera...

Tarik Rezeki dengan Gembirakan Orang Tua

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Foto: Koleksi Album Sony Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas, saya pulang kerana mendapat tahu ayah tidak sihat, ada jangkitan kuman pada darah dn air kencingnya. Di samping demam dan sakit pinggang sehingga tidak larat memandu kereta sendiri. Mujur ada adik lelaki yang sudah berlesen. Dia yang memandu kereta ke klinik sekali teman ayah buat pemeriksaan kesihatan. Saya amat bersyukur kerana masih melihat senyuman ayah melihat kepulangan anak-anaknya yang jauh. Pun begitu, ditambah pula kehadiran cucunya yang comel Huda. Anak kak kedua saya. Tambah besar senyumannya. Setelah pulang ke medan kerja, saya begitu terkejut kerana, majikan saya kata ada orang nak belanja makan nasi kerabu. Tidak cukup dengan itu, seorang sahabat menempah Set Hamil (Qaseh Adinda +Sole) sekaligus. Padahal, pagi tadi saya rasa nak nangis sebab lupa makan malam. Maka, perut saya sudah mengeluarkan keasaman yang tidak sepatutnya. Dan saya juga merasai sedikit cemas bila...

Perasaan ini Hadir Tanpa diduga

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum.. Dan salam sejahtera. Catatan penutup hari ini,saya ingin abadikan sebagai satu doa agar saya menjadi lebih bersedia untuk bergelar sebagai seorang Ibu. Saya begitu yakin bahawa kehadiran cahaya mata dalam sesebuah keluarga adalah satu yang sangat dinantikan oleh setiap ibubapanya. Maka, usaha untuk bersedia saya telah lakukan sejak sebelum kahwin. Apa yang saya lakukan ialah saya mula menjual produk keperluan ibu dan anak melalui Mypermatahati.com dan Qaseh Gold. Memandangkan saya belum menjadi seorang isteri,saya tidak dapat fokus terhadap kedua-dua aspek ini. Namun selepas berdua, saya telah menunjukkan Page Mommies Choice Previews. Dalam page ini, saya fokus kepada info berkaitan dengan ibu dan anak. Sama ada dari sudut tips, petua kepada makanan kesihatan dan resepi ideal untuk seisi keluarga. Alhamdulillah, kehidupan saya menjadi lebih peka dengan persekitaran saya. Mungkin kerana terlalu kerap mengisi info berkenaan ib...

Catatan Hati: Mesti Air Mutlak

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum, dan selamat petang. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang Fiqh Thaharah. Satu soalan yang saya ingin ajukan sebelum saya berkongsi ilmu, adakah selama ini kita beristinjak dengan cara yang betul? Saya cuba menempelkan cara istinjak daripada perkongsian ustaz ini: http://www.ustaznoramin.com/2011/03/istinjak-atau-membersihkan-kemaluan.html?m=1 “...Istinjak Dengan Air Mutlak Menurut Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat mengatakan bahawa : “Beristinjak menggunakan air samalah juga dengan menggunakan batu iaitu dibersihkan sehingga hilang bau, rasa, zat dan warnanya.” Untuk memastikan bersih atau tidak qubul atau dubur, maka boleh dirasakan dengan tangan sendiri, jika ia berasa kesat dan tidak berlendir, maka ia telah dikira bersih dan suci qubul atau dubur. Air merupakan alat yang terbaik untuk beristinjak, kerana air dapat menghilangkan ain, rasa, bau dan...

Komitmen Bertambah

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum,  dan salam sejahtera semua. Apa khabar anda sekarang?  Sihat atau sebaliknya? Entri kali ini saya ingin membuat pengumuman secara rasminya bahawa, saya telah mendaftar sebagai Rania Qaseh Gold Ana Edar. Apakah yang mendorong saya menjadi Rania ini? Rania - Rakan Niaga Namun, sehingga saat ini, saya masih agent sah Nurraysa. Apa kebaikan Rania ini? Saya boleh membuka peluang dropshipper juga kepada yang memerlukannya secara part time atau full time. Dan cabaran kali ini, memerlukan dropshipper yang serius nak maju. Secara tuntasnya, Nurraysa dan seluruh rangkaiannya fokus kepada kecantikan; nak bagi orang nampak cantik. Dan baru saja dilancarkan minuman kolagen yang fokus kecantikan dari dalam. Alhamdulillah.. Manakala, dalam banyak segment dalam Qaseh Gold,  saya memilih untuk fokus kepada minuman tambahan yang menyumbang kepada kesihatan dan perawatan pada penyakit tertentu. Produk itu tersiri daripada Qase...