Discharge Day
Bismillah walhamduillah.. 28 Mac 202 saya discharge dari wad. Rawatan seterusnya pada 17/4. Pengemasan berlaku di wad menatijahkan 3 kontena besar, disertai dengan beg pakaian besar dan beg kertas yang kecil-kecil. Staff gleneagles terpaksa bawa troli ala-ala troli bagasi hotel ke wad saya. Lumayan juga. Haha~ Apa kriteria yang menyebabkan doktor mahu benarkan saya discharge wad? Rupanya selepas biopsy, doktor dapat plan sudah apa rawatan yang sesuai dengan kondisi saya. Jadi kuncinya kena buat biopsy dulu. Doktor kata, Renal Problem yang saya hadapi lebih kepada penyebab bengkak air/air berlebihan dalam badan. Maka, rawatan yang sesuai adalah menyedut air dari darah dan makan ubat kurang bengkak. Manakala, yang paling utama ialah rawatan SLE. So, kena buat kemoterapi. Ada 12 kali dalam plan doktor. 6 bulan pertama perlu setiap bulan. Selepas tu, kalau kondisi saya baik, akan dijarakkan tempoh yang lebih panjang untuk 6 pusingan kemoterapi yang seterusnya.