Next Treatment
Bismillah walhamdulillah~
Saya update blog semasa malam Nifsu Sya'ban..
Nampaknya mata susah dilelapkan malam ni dan perlu bekerja sedikit memandangkan malam masih panjang.
Kita cerita setakat yang paling terbaharu, saya dilawati Kakak-kakak ipar yang cantik dan baik hati hari ini. Bersama abang suami dari kampung Kimanis. Lawatan mereka sangat bermakna seperti lawatan ahli keluarga yang telah melawat. Alhamdulillah, bakurapak Brunei kami tah~
Seterusnya, terbaharu juga saya jalani 'dialisis memisahkan air dari darah dengan cara membuang air lebihan dalam badan dan darah pulang semula ke badan'. Berikutan bengkak pada kaki tidak surut, doktor risau ada apa-apa yang lebih teruk boleh berlaku. Kita pun serah saja pada doktor-lah. Mereka tahu progress pesakitnya. Well, rasa perasaan nya sama maca dialisis plasma tempoh hari. Cuma hari ini, saya baca Buku Harry Potter buku yang makcik saya bagi pinjam. Tebal bukunya mau 3 inci.
Seronok juga baca dengan gaya bahasa translate yang begitu baku. haha..sambil berhibur laitu kunun. Ohya, selebihnya masa digunakan untuk tidur, Bayangkan prosedur start jam 3 petang siap dalam jam 6 petang. Panjang benor masa tu kalau buat satu aktiviti sahaja.
***
Baru-baru ini, saya telah ambil 'Home - Leave' macam borang outing untuk budak asrama. Doktor suruh isi dan pulang semula ke Hospital selepas urusan selesai. Suasana perasaan masa tu kata 'tawakal' jak la.. Sebabnya, Dr Yileen (Dr SLE) pesan tak boleh kena sinar matahari.
Tak palah, demi kerana aku pengelola tunggal bersama kak Wani yang bawa baby, redahi saja apapun kesan radiasi tu. natijahnya skrg rasa gatal kulit semakin merebak ke upperside body. Mungkin lepas rawatan seterusnya ok kot...kot...entahlah~
Mujur lepas ni, mau tukar pengelola, pengelola lama tak perlu datang semula ke bank. Dan saya pun cadang, delete sahaja Akaun EbizBSN sedia ada, biar pengelola baharu urus semula pendaftaran ebizbsn dari zero to hero.
Baru selesa perasaan 'mantan' pengelola ni. Kalian boleh buat begitu ya. Tak perlu dah admin yang lama mengurus. Dia penat balik-balik salah kata laluan. Bagi mereka yang ada di tempat pengelola tu yang sedang berperang dingin dengan emosi, sangatlah mengganggu emosi urusan-urusan rumit seperti itu.
Maka, tips seterusnya bagi pesakit SLE macam saya, elakkan urusan yang RUMIT masuk di kepala kalian okey..
In shaa Allah ada orang yang akan back up kamu selagi mana tindakan awal mereka betul dengan menyediakan back-up kontigensi.
Apapun, sempena Nifsu Sya'ban ni saya maafkan semua yang terlibat dalam urusan ini, dan memaafkan juga diri kerana telah beremosi ketika membuat urusan di bank dalam keadaan yang begini.
Takdir jua yang menentukan, takdir itu adalah kehendak Allah, usah sandarkan pada makhluk 100% jika mereka tersalah langkah. Tapi teguran perlu supaya ada semangat sentiasa mahu yang terbaik dari yang terbaik. Itu kurikulum Syurgawi yang perlu diikuti leh semua. Ketika ditawarkan kepada kita Syurga mana yang dikehendaki, Paling biasa atau paling atas? Kena pilih paling Atas iaitu syurga Firdausi. Itu cara fiqh kita dalam membuat pilihan dalam hidup. Jangan rasa, cukuplah berada di syurga paling rendah mungkin rasa tak layak lagi. Ust Adi Hidayat mempersoal, jadi kalau kamu memang tidak layak masuk syurga yang paling bawah, lalu kamu mau masuk neraka?
Deep sangat ayat Ustaz..
Ini juga terpakai sama orang yang rasa rendah diri sangat. Rasa diri tak layak hidup di dunia Allah sebab semua orang dirasakan hebat, padahal Allah yang jadikan mereka hebat di matamu. Lalu, siapa yang menampakkan diri kamu orang-orang yang sangat tak hebat. Ya itulah jawapannya, 'Syaitan' dan 'iblis' dan 'jin' yang berjanji akan sesatkan manusia. Kamu dengar sangat kata-kata suara 3 serangkai tu tanpa mengambil ayat-ayat pujukan Allah dari Al-Quran.
***
Comments
Post a Comment