Posts

Showing posts from 2020

Hakikat Isteri

 Assalamualaikum semua, lama sungguh tak mencoret. Kali ini saya ingin menyimpan memori yang tak berapa nak ada ni pada blog kesayangan saya. Allah takdirkan saya mengikuti perkongsian tentang Rumah Tangga Islami. Hendak menjadi seorang isteri yang ada kekuatan hati melaksanakan tanggungjawab perlulah  benar-benar memahami hakikat diri sebagai hamba Allah, Khalifah Allah, fahami amanah Allah dan hakikat penciptaan manusia. Ada ilmu ilmu yang mesti didalami untuk memastikan hati kuat menerima cabaran yang mendatang. Hati ini sering dikaitkan dengan nafsu. Hati juga sentiasa terkait dengan akal. Hati juga dikaitkan dengan emosi.  Berapa jenis nafsu? Apa watak nafsu yang ada dalam diri kita sekarang? Bagaimana supaya nafsu kita dapat membantu kita kembali kepada Allah dengan selamat dan mendapat rahmatNya? Begitu juga dengan emosi. Bagaimana untuk menyikapi emosi yang hadir? Jika sedih apa kita perlu lakukan? Jika marah apa yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan impak ke...

Menulis Ebook Semudah ABC

 Bagaimana mahu jana pendapatan melalui ebook? Terdapat beberapa sumber pendapatan melalui ebook contohnya boleh jual terus mengikut unit. Ebook tidak perlu ada stok dan kita boleh jual seberapa banyak unit setiap hari. Seseorang penulis digalakkan merancang ebook secara bersiri. Maksudnya bukan hanya fokus satu ebook. Selain itu boleh juga dijual secara pakej. Penulis boleh hantar manuskrip kepada penerbit atau menerbitkan sendiri ebook melalui minisite dan laman web.  Contoh penerbit ebook yang aktif www.klikjer.com Jika terbit sendiri penulis boleh menerima pendapatan terus setiap hari. Penulis juga boleh membangunkan agen jualan sendiri. Perkenalkan sistem affiliate.   Melalui ebook juga penulis boleh memperkenalkan kelas online dan offline melalui ebook modul. Ebook juga boleh dicetak atau persediaan untuk diterbitkan dalam versi naskah cetak. Maksudnya jualan boleh melalui naskah digital atau mahu naskah cetak iaitu fizikal walaupun tajuk yang sama. Baca semua pandu...

QuDinda&QuKanda

Image
QuDinda & QuKanda adalah satu formulasi Produk untuk membantu masalah Sistem Penghadaman  yang telah dikaji daripada ayat-ayat AlQuran dan Hadis Nabi berkenaan Penawar bagi Penyakit, iaitu Madu. Namun, tidak semua madu sesuai untuk penderita Gastritis kerana  apabila asid terlalu tinggi di dalam madu, maka perut yang pedih akan lebih pedih dan panas.  Maka, QuDinda & QuKanda diformulasikan daripada Madu Akasia yang telah ada kajian keberkesanannya untuk masalah Ulser, di mana kajian daripada Pengkaji Korea, ianya bersifat antibiotik, di mana jika perut anda luka dan hadir bakteria Hypolori, maka, bakteria tersebut akan mati dengan sendirinya.  Madu juga meningkatkan enzim penghadaman dan membantu memberikan tenaga segera bagi badan penderita Gastrik yang sentiasa lemah tak bermaya.  Ianya dicampurkan dengan sedikit herba bagi membantu pelawasan gas dan najis kerana madu tidak mempunyai sifat AntiFlatulens dan membantu kontraksi usus.  Ianya adalah d...

Peraduan Poster B Hepy

Image
Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera semua, khas untuk sahabat pembaca blog ini atau pelawat yang baru melawat.. Mari kita berimaginasi dalam Pertandingan Poster B Hepy. Beberapa perkara yang perlu difahami: 1. Penyertaan terbuka kepada 18 tahun ke atas. 2. Poster tersebut hendaklah mengandungi  Pertama: Hashtag #QulusaTherapy #QulusaAzimahRu #HealthyWithPassion Kedua : Tagline menarik Ketiga: Gambar B Hepy 3. Pemenang dipilih berdasarkan kualiti gambar, tidak kabur, tidak pecah dan kreatif. 4. Info B Hepy yang perlu kamu tahu: 1. KEGUNAAN -Memberikan rasa kekenyangan yang berpanjangan  -Memberikan khasiat tambahan untuk badan 2. KANDUNGAN  -Koko  -Krimmer Tumbuhan -Badam Asli  -Gula Tebu Organik 3. CARA PENGGUNAAN - Ambil 2 sudu besar bersama 200ml air mendidih  -Kacau, biarkan suam dan terus minum  -Ambil sebelum dan selepas bangun tidur Lihat Testimoni di sini: B Hepy Gambar berkualiti ambil dari sini: Telebot Qulusa 5. Hadiah  : Wang Tunai RM3...

Apa yang saya perlu Lakukan Sebagai Usahawan

   Penulis: Azimah_Ru    Sumber: https://brc.my/skill-bisnes-paling-asas/ Selepas membaca artikel dari sumber yang dinyatakan di atas, saya ingin memfokuskan kepada dua tindakan ini untuk bermula sekali lagi. Untuk mencapai matlamat mendapatkan pelanggan yang sanggup membeli dan membayar, anda cuma perlu tahu DUA skill ini: 1. Kenalpasti permintaan pasaran. 2. Berikan tawaran yang pasaran mahu. Menurut penulis BRC, kita kena mencari kumpulan orang yang mahu membeli barang kita dan seterusnya memberikan mereka tawaran supaya mereka bertindak untuk membeli dari kita. Let Do It! 

Tadabbur Surah Maryam 1-11

Image
Assalamualaikum, hari ini nak share tentang nota tadabbur Surah Maryam ayat 1-11. Ini antara task dalam SG Tadabbur bersama FormulaMasa.com; Bimbingan Puan Husna Harun. Poin yang menarik kat sini: 1. Nabi Zakaria seorang Nabi tapi dia kerja sendiri untuk menyara keluarganya. 2. Dari huraian para penceramah yang saya tonton ceramah mereka, Nabi Zakaria ini tidak dikurniakan anak sehingga usia lanjut, namun baginda tetap bersyukur dan menjalani hidup seperti biasa. Poin 2 ini begitu dekat dengan saya, yang mana saya sudah berumahtangga 5 tahun tapi belum ada zuriat. Apa yang boleh saya buat ialah mencontohi sifat bersyukur Nabi Zakaria dan tetap mencari pendapatan yang halal. Baginda terpancing ingin ada zuriat kerana melihat anak didiknya Maryam yang solehah. Lalu baginda menyatakan apa justifikasi yang menyebabkan baginda memerlukan zuriat ini, antaranya sebagai pewaris kenabian, yang meneruskan penyampaian risalah tauhid. Peristiwa yang baginda alami semasa menjenguk Maryam di Mihrab(...

Selepas Mengikuti BootCamp Tadabbur Al-Quran By FormulaMasa.com

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang           Alhamdulillah, hujung bulan April tempoh hari Kak Jim mengikuti BootCamp Tadabbur Al-Quran anjuran FormulaMasa.com. Alhamdulillah sekali lagi banyak ilmu baru dan tips baru untuk mendekati Al-Quran. Jom kita lihat apa progress yang berlaku dalam group ini.. Ini antara bimbingan yang Puan Husna Berikan kepada kami. Tadabbur ini akhirnya akan membawa kepada perubahan dalam diri dan tindakan secara zahir.Nikmat yang dirasai secara peribadi ialah, Kak Jim lebih komited untuk memperuntukkan masa demi Al-Quran. Kak Jim rasa lebih terisi masa dan hati.                Proses bermula dengan mencuci hati. Kita biasa mendengar tentang 'Tazkiyatun Nafs'. Tapi melalui booth camp ini, kita dibimbing  secara berkumpulan dan ia mempercepatkan proses kefahaman kita. Ada pertanyaan tentang berguru...

Tips Ringkas Mencuci Pakaian

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Salam Raya Ke-3 Hari ini saya berkenan menulis tentang tips mencuci pakaian bagi para wanita yang sentiasa gembira menjalani hidupnya. Berikut tips yang diperolehi daripada Buku Super Woman, dikarang oleh Mardiana Mat Ishak: 1.Cuci Pakaian setiap  Pertengahan minggu (Rabu) ATAU Cuci Setiap Hari, pada malam hari ATAU Cuci setiap pagi sebelum solat Subuh. 2. Jemur Pakaian sebelum atau selepas Subuh 3. Cuci Pakaian mengikut kategori pakaian, seperti: kain, t-shirt,seluar, cadar, dan sebagainya. Tips seterusnya adalah ke Dobi, tapi tak berbaloi untuk musim Covid19 ini sebaiknya kita minimakan penggunaan mesin awam. Moga-moga membantu para wanita yang ingin menyusun hari dengan baik dan sistematik. Hakikatnya, ramai pekerja wanita yang sebelum ini bekerja ,terpaksa bekerja dari rumah. Contohnya seorang guru. Jika kerja guru setiap hari adalah mengajar dan menyediakan RPH, menanda buku, siapkan lapora...

Buku Ceritera Guru - Travelog Cikgu-cikgu

Image
Assalamualaikum w.b.t Buku ini adalah gabungan 19 cerita benar daripada para guru yang ingin mengabadikan kisah mereka untuk tatapan generasi guru akan datang. Kisah mereka ini juga menyedarkan pembaca bahawa kerjaya guru bukanlah semudah yang disangka oleh kebanyakan orang. Melalui penulisan ini juga mereka ingin berkongsi pengalaman mereka dan saranan mereka untuk para guru atau bakal guru untuk melakukan tindakan yang sewajarnya jika menghadapi situasi yang sama. Daripada 19 penulis ini, admin adalah salah satu daripadanya. Entah yang mana satu, pembaca boleh beli buku untuk mengesahkan perkara ini.^^ Dan admin ingin mengumumkan berita baik dan berita tak baik. Berita baik: 30 naskah buku sedang diterbangkan ke Sabah untuk dijual. Anda boleh hubungi admin melalui perhubungan www.wasap.com/60164488572/sayanakbukuceriteraguru Berita tak berapa baik: Keluaran buku ini adalah edisi terhad. Selepas habis 30 naskah ini. Tidak ada sudah ulangan cetak dibuat oleh pihak penerbit. Buku ini ad...

Mengapa Perlu Ilmu Tentang Rezeki?

Sering kita dengar perkataan 'mencari rezeki', 'alhamdulillah dapat rezeki', 'mudah-mudahan dimurahkan rezeki'. Hakikat rezeki dan ilmu rezeki ramai antara kita belum tahu. Dari segi bahasa, rezeki itu adalah sesuatu yang menenangkan, menggembirakan. Jika kita mendapat sesuatu yang menggembirakan itulah yang disebut rezeki. Tapi, apakah semua itu dikira rezeki yang diredhai di sisi Allah? Pedoman dari doa Rasulullah s.a.w, rezeki itu disandarkan dengan 'thoyyiban'. Menurut ayat Al-Quran pula, sebelum perkataan thoyyiban ada perkataan 'halalan'. Nah, di sinilah perkaitan antara rezeki, halal dan thoyyiban. Jika kita fahami kajian 'Rezeki Terbaik' ustaz Adi Hidayat, rezeki yang diredhai adalah rezeki yang diusahakan secara halal akan membuahkan thoyyiban. Thoyyiban bermaksud baik/terbaik. Baiknya rezeki itu berkaitan dengan cara mendapatkan rezekinya. Maka, bermula kita mahu mencari rezeki secara halal, lihat keseluruhan proses usaha menda...

Sketsa Ramadhan Kali ini

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Apa khabar sahabat pembaca. Alhamdulillah, ketika tulisan ini diketik, hari ini sudah Ramadhan ke-2.  Alhamdulillah.Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Luar biasa aura Ramadhan tahun ini. Semua orang berpeluang berpuasa dengan keluarga masing-masing. Majlis ilmu juga ada di mana-mana. Mudah diakses sampai kena pilih  nak dengar yang mana. Penjimatan belanja juga diaktifkan pada musim ini kerana berada dalam fasa 4 PKP. Berpeluang mencuba resepi baru. Saya sendiri berasa sangat dirahmati bila boleh memasak mengikut resepi yang saya mahu. Dalam fatrah biasa saya lebih suka memasak mengikut mana yang sempat. Dan lebih banyak makan di luar kerana pulang sudah lewat malam. Namun, ada juga dalam pemerhatian saya menangkap beberapa isu yang tidak begitu enak dibaca dan dihadam oleh akal. Antaranya isu menunjuk sedekah, isu Rohingya dan isu pemohon sumbangan suka meminta sumbangan dalam masa yang sama sudah menerima sumbangan. Beginilah, untuk tida...

Ilmu Perawatan Diri Penting

Image
Assalamualaikum w.b.t Salam Sejahtera.. Selamat Malam..saya tulis entri ini sekitar jam 9 malam pada 15 April 2020.. Alhamdulillah.. Apa khabar semua? Sedia maklum semua #StayAtHome sekarang sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Virus Corona masih mengganas. Nama samaran virus ini COVID19. Cerita tentang kesihatan, susah sebenarnya hendak mengaku sakit saat-saat ini. Saya sendiri nak mengaku sakit dan berhasrat nak jumpa doktor pun seriau. Risiko jangkitan lebih tinggi bila ke rumah-rumah sakit! Hikmah PKP ini saya terfokus pada ilmu perawatan. Saya mengenali bidang perawatan sejak di kampus. Asbab saya selalu jatuh sakit, saya belajar ilmu merawat. Ilmu makan makanan yang sihat. Beza selepas belajar ilmu pemakanan ketika itu, saya sangat anti makanan 'cekedis' atau junk food. Sampai saya banned sungguh-sungguh semua makanan segera. Saya dalam tahap itu mampu jana income sendiri membuat rawatan bekam dan refleksologi di kampus. Semangat nak bantu orang yang sa...

Musafir ke Terengganu 2020

Image
Bismillahi Walhamdulillah.. Musafir kali ini saya membawa amanah besar, jadi saya kongsikan gambar saja la ya.. Saya abadikan di sini.. Nanti saya korek semula untuk throwback.  Apapun, setelah sekian lama saya tidak bermusafir secara solo.. Sungguh, setiap detik menjentik hati saya tentang kuasa Allah. Tak pernah rasa begini kecuali kali ini.  Kena pula pada malam tadi saya mendapat gambaran yang menginsafkan. Dunia ini perlu dijinakkan. Pandang pada akhirat dunia akan menuruti. In shaa Allah..  Moga ilmu yang