Posts

Showing posts from October, 2015

5 Buku ini adalah Produk 5 serangkai

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen 5 buku ini adalah produk 5 serangkai yang anda perlukan tanpa anda sedari. 1. Anda seorang usahawan? buku anda perlukan adalah 'Ebook 101 Idea Home Based Bisness' RM50 2. Anda ibu yang dilanda dilema nak bekerja atau duduk di rumah mengurus rumah dan anak-anak? Buku Ebook 'Yeay Mama Sudah Resign'. RM30 3. Minat Jual tudung? Jubah? atau apa-apa aksesori yang memerlukan anda menyimpan stok sehingga jadi butik? 'Ebook Mula Bisnes Butik' sesuai untuk anda. RM50 4. Mahu menukar pembaca blog menjadi pelanggan anda? Juga mahu membina kredibiliti sebagai usahawan yang terpercaya melalui blog? 'Ebook Asas Blog' Untuk anda. RM50. 5. Risau nak buat apa selepas 'resign'. Anda perlu menolong suami mencari pendapatan tambahan supaya 'survive' di zaman kemelesetan ekonomi ini. 'Ebook Super Wahm Super Mom' untuk anda. Sangat sesuai. RM25 Anda memilih untuk membeli...

Senafas Hari Ini

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillahi, walhamdulillah Langsir Terima kasih kerana masih setia membaca setiap entri blog saya. Di bawah label 'Catatan Harian' saya ingin melakarkan sesuatu yang saya alami sehari-hari. Seperti hari ini. Ada sesuatu yang meronta-ronta di dalam jiwa suka untuk saya kongsikan kepada anda. Semalam, sahabat sepersatuan saya ada menceritakan bahawa ada 5 buah keluarga masih mendiami di sebuah Dewan Lama selepas rumah kesemua keluarga ini dijilat api dalam kebakaran yang agak dahsyat. Dikhabarkan juga sudah dua tahun mereka duduk di dewan ini, sehingga beraya pun di dewan ini. Saya tidak pasti bahawa orang yang bertanggungjawab sudah meninjau keadaan mereka atau belum, tapi saya merasakan bahawa dua tahun duduk di dewan seperti mereka tidak diperdulikan. Bukan sentimen yang saya ingin bangkitkan di sini. Saya cuma ingin menekankan tentang keperluan mereka salah satunya ialah tabir untuk memisahkan antara satu keluarga dan satu keluar...

Kesilapan Semasa Membaca Doa Dhuha

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah, Walhamdulillah.. Hari ini 1 Muharam 1437H. Saya tidak kemana-mana. Sepatutnya hari ini saya perlu menyiapkan kerja membaiki projek ‘Scallop Royal Vallance’ yang tersilap lipat. Saya perlu membuka jahitan dan menjahit semula. Saya cuba meminjam mesin jahit dari teman-teman, tapi mungkin tiada rezeki. Saya akan mengajar diri menerima sesuatu perkara yang tidak dapat diteruskan sebagai suatu yang positif. Sebagai contoh, tidak dapat mesin jahit, membawa makna saya boleh menulis entri blog kesayangan saya ini. Oleh kerana saya menulis pada waktu Dhuha, saya ingin menukilkan sesuatu yang sudah lama saya ingin memberitahu kepada semua orang. Seperti tajuk di atas, kesilapan semasa membaca doa Dhuha. Perhatikan gambar di bawah: Perhatikan bulatan merah di dalam gambar. Selalunya bahagian ini selalu disalah baca oleh mereka yang menghafal doa Dhuha ini melalui lagu yang di nyanyikan oleh Kumpulan UNIC. Bacaan yang selalu...

Musafir Seorang

Image
Teks: Siti Azimah Bint Rupilen Bismillah, Walhamdulillah.. Dari bujang sampai berdua, saya suka berjalan jauh mencari cerita baru. Namun, bila sudah berada dalam perjalanan,saya akan bertemu dengan kesusahan. Itu cara saya mengenal dunia dan hidup. Hidup ini tidak selamanya indah. Namun, fiqh berjalan seorang diri, muslimat lagi ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Sebagai seorang muslimah, kurang elok berjalan sendirian. Fitnah akan mengintai dan mencari peluang. Apa lagi jika perjalanan mengambil masa y ang lama. Maka, zaman yang serba mandiri ini, apabila tidak menemui teman musafir, jagalah adab berpakaian. Tingkah laku sopan. Tidak berlagak mesra dengan semua orang yang ditemui. Pengalaman juga mengajar, bila seorang diri keupayaan melindungi diri sangat terhad. Dirayu dipujuk oleh orang lain yang datang dengan wajah orang kesusahan, orang sakit dan orang terdesak semua ada. Itu paling membimbangkan saya. Gejala itu selalu berlaku di Tanah Seberan...

Apa Itu E- Book?

Image
Teks dan Suntingan : Siti Azimah Binti Rupilen BIsmillah Walhamdulillah, Apa Itu E-Book? Menurut wikipedia, e-book atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-book ini terdapat dalam bentuk berbayar juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-book ini didatangkan dalam bentuk fail PDF atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas. Zaman teknologi ini memudahkan e-book di baca di dalam telefon pintar, tab dan sebagainya. Industri Buku Digital Jika dilihat pada sejarah, e-book dan seumpamanya telah diusahakan secara kecil-kecilan sejak tahun 90-an lagi. Kebanyakan buku digital atau elektronik ini merupakan jualan petua-petua kejayaan dalam bentuk fail PDF daripada laman sesawang. Industri berstruktur hanya wujud di Malaysia empat tahun setelah revolusi e-book bermula di Amerika Syarikat sempena perkenalan ...

Nasihat Penulis

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah, Hari ini saya cuba membaca semula hasil penulisan saya pada tahun 2008. Saya membaca dengan penuh teruja kerana saya tidak pernah menyangka, saya berumur 18 tahun saya sudah begitu menulis dengan penulisan yang panjang dan gaya bahasa yang dibuat-buat. Masjid Assyakirin....  Nama ini pernah kudengar, pernahku lihat, pernah kulintas di hadaapannya.. Hari ini dalam sejarah... Tanggal 15 November yang lepas, ana dan sahabat-sahabat ana telah melakukan satu perjalanan kembara ilmu di masjid AsSyakirin...KLCC. Ana terlebih rajin pada hari itu, semata-mata mahu mendengar diskusi seorang penyelidik dalam satu halaqah.  Ana cuma mahukan input yang baru apatah lagi tajuknya bukan calang-calang tajuk...'Mengenali Tamadun Barat'. Dalam mendengar setiap butir ilmu baru yang diperkatakan, ana teruja sebentar, kerana ana tidak sangka ilmu yang ana miliki tidak sebanyak mana. Ana masih di tahap yang dhaif! Ana beg...