Posts

Showing posts from December, 2025

Upgrade Level -

 Assalamualaikum, setelah sekian lama tak post apa-apa. Sebenarnya, terlalu banyak nak ulas sepanjang tahun 2025 ini. So, tajuk kali ini 'Upgrade Level" Sejak February lepas, saya dapat sakit saraf. Kesannya, kena pakai wheel chair beberapa minggu,, Lepas tu pakai tongkat. Sampai sekarang pakai tongkat sebab kaki dah jadi manja. Tapi sedang berjuang untuk mengembalikan kaki yang dulu, Biidznillah... *** Apa saya buat? Pertama, saya jalani physio teraphy. Sebab ini untuk tahu cara nak kuatkan otot kaki semula. Saya dapatkan rawatan di Gleneagles. Syukur Alhamdulillah, syarikat suami ada GL untuk ini. Tapi, tak dapat dipenuhi semua kerana tak sesuai masa dan kesihatan yang tak menentu. Selain itu, saya juga dapatkan bantuan urutan daripada terapis sukan( khusus untuk otot yang terlalu frozen).  Saya juga ada gunakan alat kesihatan seperti seluar mampatan dan stokin bertekanan tinggi. Saya guna jenama Aulora. Ia bagus dan tahan lama. Kena pandai jaga dan pilih saiz yang bersesuai...