Temuduga
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum semua, moga hari anda baik-baik saja hari ini. Entri kali ini lebih kepada catatan pengalaman. Baru-baru ini saya menghadiri temuduga untuk satu pekerjaan. Apa yang saya perlu lakukan untuk menjayakannya ialah saya perlu mengambil cuti seharian. Hari yang dinantikan tiba. Saya meminta bantuan suami untuk menghantar saya. Dek kerana saya teruja sangat, sijil saya tertinggal. Saya baru sedar selepas melambai suami saya. Terpaksalah suami patah balik ke rumah dan mengambil sijil saya. Alhamdulillah, syukur sangat dapatkan suami yang penyabar. Temuduga Semasa sesi temuduga berjalan, saya berjaya menjadikan diri bertenang walaupun bahasa badan saya mengeluarkan perasaan sebenar saya. Jemari saya terus menerus bergerak dan mencapai apa saja yang ada di hadapan. Saya berusaha menekuni apa yang dikongsikan oleh penemuduga. Satu perkara yang menarik hati saya. Dia berkongsi pengalaman mengenai amalan dalam organisasi yang mesti ...