Temuduga
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen
Assalamualaikum semua, moga hari anda baik-baik saja hari ini. Entri kali ini lebih kepada catatan pengalaman.
Baru-baru ini saya menghadiri temuduga untuk satu pekerjaan. Apa yang saya perlu lakukan untuk menjayakannya ialah saya perlu mengambil cuti seharian.
Hari yang dinantikan tiba. Saya meminta bantuan suami untuk menghantar saya. Dek kerana saya teruja sangat, sijil saya tertinggal. Saya baru sedar selepas melambai suami saya.
Terpaksalah suami patah balik ke rumah dan mengambil sijil saya. Alhamdulillah, syukur sangat dapatkan suami yang penyabar.
Temuduga
Semasa sesi temuduga berjalan, saya berjaya menjadikan diri bertenang walaupun bahasa badan saya mengeluarkan perasaan sebenar saya. Jemari saya terus menerus bergerak dan mencapai apa saja yang ada di hadapan.
Saya berusaha menekuni apa yang dikongsikan oleh penemuduga. Satu perkara yang menarik hati saya. Dia berkongsi pengalaman mengenai amalan dalam organisasi yang mesti diberikan perhatian.
Semenjak dia menghidupkan satu sesi 'sharpen the saw' kepada para pekerjanya, semua urusan bisnes berjalan dengan lancar. Tapi, semenjak disibukkan dengan perkara yang lain, sesi tersebut menjadi sepi. Terabai.
Daripada pekerja yang berbagai latar belakang, dia cuba untuk menekankan kepentingan solat dan tutup aurat. Setelah tiada pantauan, para pekerjanya kembali seperti sebelumnya.
Kemudian, kerumitan menjelma satu persatu. Urusan bisnes semakin sukar lebih dari biasa. Bila dia memuhasabah diri,barulah sedar betapa pentingnya kepimpinan dan kepemimpinan. Betapa pentingnya menjaga sunnatullah.
Maka, dia minta saya bersedia jika bekerja dengannya, saya akan mengalami sesuatu yang dipanggil monitoring.
Sharpening The Saw
Benda tajam tidak akan tajam selamanya jikalau digunakan selalu. Begitu juga hati manusia. Betapa hebatnya seseorang dia tetap perlu dimotivasikan dan diberi bimbingan yang betul berlandaskan iman dan takwa dalam apa jua yang dilakukan. Waima, dia seorang guru, jurutera,doktor ataupun hanya sebagai tukang jahit.

Comments
Post a Comment