Posts

Showing posts from January, 2023

Uri Dongsaeng ~

Image
Bismillah..  Cuba teka yang mana satu Uri Dongsaeng..  Cerita  tentang adik perempuan, I have 7 sisters in family. You want some?? 😂 Boleh sudah buat team VB.  4 sudah dimiliki. 4 lagi masih bocah.  Pagi ni saya menetapkan atas kuasa bidadari untuk si Bulan ni lawat saya sini. Si Bulan ni sifatnya,, ibarat kau kemana saja dia tetap sebagai bulan. Jika malam-malam naik kereta merentasi hutan, pada malam purnama. Dia tetap ikut di langit.  Begitulah falsafah hidupnya si Bulan ni.  Kalau sudah tiba kemunculannya.. Iya.. Muncullah dia, susah mau kasi hilang. 😂 Tapi Bulan, walaupun kau dipuja-puja orang usah melonglai dek melentok ikuti kemahuan orang. Mahupun, cuba bertanding dengan bulan di planet lain. Dikau tetap bulan di Bumi. Pasakkan jatimu. Jadi diri sendiri.  Fokus asal kejadianmu, menerangi musafir di malam kelam.  Menenangkan jiwa yang merindui Rahmat Kelembutan Sang Pencipta. Penciptamu telah menciptamu bukan sia-sia. Carilah tujuan ...

Protein Keluar Dari Badan

Bismillah.. Selama ni, saya tersalah faham istilah 'ada protein dalam kencing'. Mula-mula fikir, banyak sangat protein sehingga buah pinggang sukar nak tapis. Sampai berfikir mahu makan tauhu sahaja sepanjang masa. Mujur tak buat gituh.. Patutlah Dr Panel tempoh hari sebut "...tak da kaitan dengan jumlah protein yang dimakan." Dr Lee bagi sedikit briefing pagi ni tentang kondisi sebenar. Apabila protein keluar dari badan, ia menyebabkan pembengkakan pada tubuh berlaku. Berdasarkan analisis air kencing 24 jam. Confirmed sudah SLE yang berkaitan buah pinggang. Maka, rawatan sekarang 'on track'. Renal Biopsy belum dapat dibuat kerana Haemoglobin (HB) darah Masih di bawah 10. Kalau tengok trend, menurun lagi..sebelum ni 9, dah tinggal 8.5. Patutlah susah nak berdiri dan berjalan lama-lama..pandai berbuai.. Sempat doktor bandingkan warna kulit tapak tangannya dengan saya. "Masih pucat ni..." Dr Lee kata akan ambil masa untuk rawatan ini. Tapi harapan untu...

Pemecah Hening Fajar

Bismillah.. Sejam sudah usai diperiksa tekanan darah Dan suhu, tiba-tiba ada siren kecemasan berbunyi. Siren tu panjang, mencemaskan. Diikuti tangisan sayu. Berpisat mata untuk memahami situasi yang berlaku. Ya, bunyi ini juga protokol ketika ada kematian pesakit. Ia pernah berlaku semasa di Klinik Sook tempoh hari. Tapi, saya tak pasti. Hendak keluar dari bilik, takut mengganggu proses Pemberian bantuan kecemasan.  Semoga dipermudahkan semuanya yang terlibat. *** Tangisan waris sangat meyayat hati. Moga pesakit lain tetap kuat semangat menghadapi situasi masing-masing. Moga nurse yang bertugas tetap teguh hati. Moga doktor yang bertugas dipermudahkan. ** 3.23am Keadaan kembali bertenang. Mata pula tak nak lelap... * Kematian itu Pasti. Moga khusnul khotimah untuk kita semua. Anxiety datang pula. Nafas jadi berat. Atur nafas perlahan-lahan. Guna teknik daun.  - 5.27am Nurse datang lagi untuk cek tekanan darah. Rupanya insiden pemecah sunyi tu tak ada yang meninggal. Hanya satu...

Banyakkan Lagi Kempen Pemberian Telekung Di Hospital

Bismillah.. Dalam buku Pasti Adanya Hikmah, ada cadangan untuk para jururawat dan doktor Muslim ambil Peranan mengajak para pesakit beragama Islam solat walau bagaimana keadaannya. Ikut kemampuan. Ia juga dianjurkan kepada para pengawal keselamatan dan para Cleaners Muslim sama-sama cakna soal ini.. Cantiknya, indahnya jika diperhebatkan lagi 'Kempen Hospital Mesra Ibadah' di semua hospital,termasuk swasta. Manalah tahu, ada pesakit yang terlupa bawa telekung dapat solat juga dengan penyediaan kit lengkap solat di wad. Bacaan risalah cara bersuci orang yang sakit tak boleh kena air.. *** Mudah-mudahan ada NGO-i prihatin yang akan menampung kekurangan ini . Aamiin.. Jika semua lengkap, seronoknya jadi orang sakit..Dapat berehat Fizikal, rohani Dan mental dengan setenang-tenangnya. 😉

Happy Vibe❤️☺️

Image
 Bismillah.. Hari ini baru ada masa menulis. Semalam kena serang migraine.😹 Banyak tidur .. But , Ada 4 pelawat semalam Dan semalam. Terima Kasih Jublina, Ibu mertua, kakak ipar saya Dan Fiza (jauh dia datang nih..hihi) yang datang melawat. Masa Fiza melawat kami buat video call dengan Miza. Dua orang ni my BFF Dr sek menengah. Jarak pisahkan kami, tapi saling mendoakan. Antara yang indah dalam hidup saya kenangan Bersama dorang ni. Sambil-sambil saya tunggu masa makan malam tadi, Prof Muhaya kata dalam bukunya, ' Pesakit ni kadang bukan Fizikal yang perlu  diberikan Perhatian,tapi rohaninya, semangatnya..' Ada betulnya.  Masa sakit ni, kita akan berfikir tanpa had. Sukar nak berhenti berfikir. Kata-kata semangat Dari orang sekeliling sangat membantu, tatkala kita belum kuat meyakinkan diri sendiri. Melayan orang sakit, kita juga diuji. Kena banyak sabar dengan karenah mereka.  Perlu ada yang terus meniup semangat. Tq kamurang semua. Happy saya semalam.☺️ *** Berita...

Isnin Yang CUTI CNY

 Bismillah.. Hari ni malas nak banguun awal sebab nurse datang lebih awal bagi ubat serum albumin. Lama juga la tidur terlajak. Sakit kepala tidur lama-lama. Ubat wajib awal pagi, Ubat gastrik+Ubat buang Air+Albumin. Semua ni masuk via IV jak..setiap selang ubat akan di masukkan airuntuk 'flush' ubat sebelumnya. Lepas beberapa hari, terbiasa dah..sakit sikit-sikit, masih boleh tahan. Lepas tu, rasa lambat pula sarapan pagi. mentang-mentang saya order nasi goreng. Ubat yang nak ditelan lepas sarapan berat sikit dan boleh akibatkan gastrik. Syukur boleh request nasi. Alhamdulillah. Lepas makan ubat sambung tidur, sebab pening tak boleh bawa bincang. Namun, sempat kakak kedua habaq, dia di Spital dah. Nak tunggu giliran masuk labour room. Hawa dah nak keluar le.. *** Doktor Arfian lawat jap dalam jam 11 am..Cek peparu. Doktor tu baik je. Banyak senyum.Nurse di sini pun semua mesra-mesra. Kejap panggil cikgu, kejap panggil madam. Rasa trip-trip 'datin' pula. Paling ditanya,...

Day 4

Bismillah.. Hari ni hari yang ditunggui. Hasben join the club staying at ward.hehe Dilawati K.Wani n Ayai n kawan hasben,Kak Diana.. Kehadiran kalian membuka pintu keceriaan saya. Kehadiran mereka membawa keluar sinar-sinar duka pi jauh-jauh (yang Cuba dibisikkan oleh setan-setan untuk berputus ada Dari RahmatNya). --- Pagi ini, kakak kedua kena prank oleh 'Bakal New Member of the family'..Tapi, sampai ke petang dia tak keluar lagi. Haha..namanya sempat makan sushi! Nakal ya nak.. -- Doakan juga adik ipar yang sedang menunggu hari di Tawau. Due Dorang selang seminggu sahaja dengan kakak kedua tu.. - Begitulah, selit-selit cerita dengan kisah orang. Dunia ini bukan tentang kita, tapi berkisar Rahmat-KasihNya. Kita dihidangkan Ayat-ayat kauniyyah..untuk diambil pengajaran.. . Ada saat kita gembira, orang bersedia. Orang bergembira kita bersedih. Bukan perlu Kasi match2 pun..hihi.. .  Ada berita sahabat diuji kehilangan anak pada hari ini. Ada sahabat mendirikan walimah hari ni. A...

Tahun 2022 Yang Mencabar

Bismillah.. Entri ini ditulis ketika menunggu masa makan tengah hari. Kesan ubat juga telah hilang. Bayangkan hari ini saya perlu habiskan 10 biji ubat yang menyamai 1 botol IV drip Prednisolone (Ubat autoimmune disorder). Bangun sahaja dari lena, perut meminta isi! Ah, Dasar..^^ {antara kesan sampingan ubat ni akan meningkatkan berat badan!} Kembali kepada tajuk, jika di belek-belek lembaran histrory perubatan Tahun 2022, Perjalanan menuju ke aras SLE tu agak lambat dikesan. Lebih-lebih lagi saya suka pindah-pindah tempat rawatan. Kejap swasta, kejap GOV, kejap Klinik Panel Suami. Alahai...Kalian jangan buat begitu ya. Stay dengan satu sahaja. Biar penyakit kita mudah dikaitkan nanti. Terutama penyakit yang berkait-kait macam SLE ini. Bermula dengan Radang Jemari Suatu hari pada bulan Mei 2022 yang indah, saya bangun dan menyedari jemari tangan sukar untuk digerakkan. Macam orang sakit sendi, jadi pergilah klinik swasta ni. Dibuatlah ujian darah untuk mengetahui punca. Di sanalah saya...

Episod Baharu - Fasa Hidup 32 Tahun

 Assalamualaikum sahabat blog..^__^ Lama tak muncul di sini, mungkin inilah masanya untuk mencoret-coret rasa di blog yang bersawang ini. Ketika ini saya berada di Wad sebuah Hospital di Kota Kinabalu. Diagnosed by Lupus Nephritis ... Its a new condition for me, to adapt the changing of the views as a patient. Macam-macam bermain dalam minda, but as me, I just can accept this as the sweet sour in my life. Acceptance is important. Say no to denials and positivity toxic..Hehe.. Ada masa dan peluang saya akan share the beginning of the Episod saya mulai menampakkan tanda-tanda penyakit ini untuk panduan sahabat-sahabat yang memerlukan. Saya telah mencari kisah Pesakit SLE dalam bahasa Melayu,, Tak jumpa banyak. Hanya luahan-luahan yang mungkin membantu, tapi belum cukup infomatif .  Moga jadi amal jariah suatu hari nanti...