Posts

Showing posts from August, 2015

Seminar Ibu Muda

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah, Berpagian menuju ke Masjid Daerah Putatan demi menjadi 'Penjaga Kaunter Pendaftaran' Program Seminar Ibu Muda anjuran Nisa' Putatan. Seminar ini adalah untuk mendedahkan tentang anjuran Islam semasa hamil, melahirkan dan berpantang. Kemudian, ada slot kehamilan dan prosedur yang perlu ibu hamil lakukan mengikut perubatan moden, dan terakhir sekali, menyingkap keperluan dan kepentingan berpantang. Peserta seramai 38 orang ini dimeriahkan dengan kehadiran kanak-kanak comel dan para ahli jawatankuasa menyebabkan keadaan dirasakan sambutan terhadap program ini amat menggalakkan. Alhamdulillah. Panel yang dijemput, Guru Online saya sendiri, Puan Normie, Dr. Dini seorang pegawai perubatan Hospital Likas, dan Puan Asmah seorang pengamal rawatan urut selepas melahirkan dan beberapa penyakit secara tradisional. Amalan semasa mengandung Panel pertama memberikan perkongsian doa Nabi Yunus yang ditelan ikan ...

3 Majlis Bermakna

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah, Minggu ini saya mendapat panggilan untuk pulang ke kampung kerana ada beberapa majlis yang akan diadakan oleh keluarga. Majlis pertama, Meraikan hari jadi Ibu dan adik ke 5. Majlis kedua, Kenduri doa selamat untuk adik ke 6 yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Perguruan Sultan Idris, Perak. Yang Seterusnya, majlis Pertunangan sepupu saya. Majlis Pertama Meraikan hari lahir ibu adalah agenda kami adik beradik berkumpul bulan ini. Meraikan untuk adik ke 5 adalah agenda bulan lepas yang tidak terlangsung. Maka dibuat sekali bulan ini. Saya pulang sendirian kerana suami ada urusan yang tidak boleh ditangguh pada Sabtu dan Ahad. Ibu adalah insan yang paling berjasa kepada kami semua. Ibu telah melahirkan kami 12 adik beradik. Sekarang yang sulung, sudah berkahwin, memiliki 3 cahaya mata dan suri rumah yang menjalankan bisnes menjahit pakaian(terutama pakaian lelaki).  Manakala, kakak yang kedua sud...

My Personality - Based On A Test

Image
INFJ Introverted iNtuitive Feeling Judging by Marina Margaret Heiss and Joe Butt INFJs are distinguished by both their complexity of character and the unusual range and depth of their talents. Strongly humanitarian in outlook, INFJs tend to be idealists, and because of their J preference for closure and completion, they are generally "doers" as well as dreamers. This rare combination of vision and practicality often results in INFJs taking a disproportionate amount of responsibility in the various causes to which so many of them seem to be drawn. INFJs are deeply concerned about their relations with individuals as well as the state of humanity at large. They are, in fact, sometimes mistaken for extroverts because they appear so outgoing and are so genuinely interested in people -- a product of the Feeling function they most readily show to the world. On the contrary, INFJs are true introverts, who can only be emotionally intimate and fulfilled with a chosen few...

Hadiah Bermakna

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Wal Hamdulillah, Hari ini saya telah khatam membaca buku hadiah dari suami saya. 'Menjejaki Jutawan Senyap' tulisan Dr. Rusly Bin Abdullah( Chef Li). Pemilik Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU). Mungkin kalau anda yang membaca buku ini sehingga habis, anda ada persepsi yang tersendiri. Ulasan saya yang sememangnya berminat dengan dunia motivasi dalam pelbagai bidang, saya bersyukur kerana Allah gerakkan hati suami saya untuk memilih buku ini sebagai hadiah. Saya labelkan hadiah ini sebagai hadiah bermakna.  Bab 1 yang mengujakan Siapa Jutawan Senyap? # Karekter yang diberikan kepada mereka adalah: 1. Perniagaan mereka biasa-biasa saja, kecil kecilan tapi ada jaringan yang besar. 2.Mereka tidak pernah mengulas pendapatan mereka...  "Mereka berusaha dengan tekun ibarat penyu... yang senyap-senyap bertelur hingga ratusan biji... tak keluar suara sedikitpun..hanya air mata yang kelu...

BENARKAH PERAWAT BOLEH MENGETAHUI PERKARA GHAIB?

BENARKAH PERAWAT BOLEH MENGETAHUI PERKARA GHAIB? Berhati-hatilah dengan kesimpulan perawat Islam yang mengatakan bahawa : 1. Ada jin dalam badan anda; 2. Ada jin mengekori anda; 3. Ada jin bertenggek di leher/pinggang/lutut anda; 4. Anda ada jin saka; 5. Anda terkena sihir, atau 6. Barang anda yang hilang terletak di tempat tertentu, hanya setelah perawat tersebut: 1. Membaca beberapa ayat Quran atau doa terhadap anda seketika sama ada secara dekat atau jauh atau hanya dengan melihat gambar anda; atau 2. Hanya dengan memegang mana-mana anggota tubuh badan anda. Ini kerana kesimpulan yang dibuat tadi adalah berdasarkan kaedah yang melanggar hukum Syara’. Mereka yang mengamalkan kaedah-kaedah di atas boleh dikategorikan sebagai al-Kahin dan al-Arraf. Al-Kahin ialah orang yang memberitahu tentang perkara-perkara ghaib di masa hadapan atau memberitahu apa yang ada di dalam hati. Al-‘Arraf bermaksud orang yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib, atau dalam erti kata lai...

Ibrah 5 Orang Maut Dalam Perjalanan Menziarahi Saudara

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah, Mati itu pasti. Hari ini saya mengikut ibu dan bapa mertua pulang kampung untuk memenuhi jemputan 'makan belanja' Pak Bongsu suami sebelah ayahnya di Pengalat Besar,Papar. Selesai makan, saya memasang telinga perbualan antara mak mertua dan makcik saya. Mereka bercerita tentang 5 sekeluarga maut dalam perjalanan Tawau-Kimanis, melalui jalan Keningau-Tawau. Innalillahi Wa inna ilaihi raji'uun. Diceritakan bahawa perjalanan mereka ke Kimanis adalah untuk menziarahi adik beradik kepada ayah mereka. Kebetulan, pak cik yang nak diziarahi ini sekampung dengan mak mertua saya. Mangsa yang terlibat ialah,seorang ibu, 3 anak perempuan dan seoang lelaki. Dikhabarkan ada anak kecil yang terselamat tapi menerima rawatan di hospital Queen Elizabert Kota Kinabalu.                                             ...

Jadikan Blog anda di Carian Teratas Google

Image
sila klik untuk melihat gambar ini Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah, Hari ini saya ingin menguji kesahihan 'aktif tulis blog' akan menyebabkan blog anda berada di atas, antara teratas dalam carian google. Maka, gambar di atas adalah 'print screen' dari carian google yang saya taip kata kuncinya, ' Resepi Durian Crepe' di enjin carian Google.com.my. Bila seseorang cuba mencari resepi Durian Crepe, dia akan menjumpai blog saya terlebih dahulu. Kemudian, bila klik 'link', secara tidak langsung terus membuka 'new tab' ke blog 'Nota Seorang Isteri'. Jika dia berminat dengan melihat 'Popular Post' yang terdapat di bahagian bawah entri utama, dia akan menyimpan rekod tentang keistimewaan blog saya sebagai 'bookmark'. Alhamdulillah.. Namun, jika tidak pernah menggunakan aplikasi 'bookmark', dia juga boleh memasukkan emailnya di bawah 'stat view', pada ruang yang disediaka...

Durian Crepe - Ihsan Sahabat Facebook

Image
Teks Oleh : Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah, Musim durian sekarang menyebabkan banyak resepi berasaskan durian dikongsikan sana-sini. Ibu mertua saya baru memasak agar-agar durian semalam. Hari ni, saya ternampak status Facebook sahabat saya, Kak Nur Alwani juga berkongsi tentang resepi durian. Saya berminat nak cuba resepi beliau kerana beliau seorang pengusaha Bakery di Ranau. Dia suka buat cake. Ramai orang tempah dengannya. Kali terakhir berjumpa dengan beliau, beliau sedang membuka gerai di pasar malam. Warga Ranau, jika nak beli kek, belilah dengan beliau. Gerenti puas hati. Berikut adalah 'Resepi Sedekah' dari beliau. Moga bermanfaat. Salam Jumaat facebookian semua:-  Untuk Hari jumaat yg Barakah ini... Sy mahu sedekahkan Resipie crepe sy yg sy pakai selama ini..mudah sahaja. Alwa's Crepe Recipies:- 5 - 6 keping dgn loyang 28cm 4 sudu makan tepung gandum 1 sudu makan tepung ubi ( Tidak kisah ubi kayu,ubi kentang asa...

U-Turn atau Round About

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah, Wal Hamdulillah Hari ini saya membaca buku tentang 'Prophet' Musa a.s. Saya ingin mengulang kaji kronologi cerita tentang Nabi Ulul 'Azmi ini. Buku yang saya baca agak menarik, sebab buku kanak-kanak. Ada gambar peta, kesemua 25 nabi dalam al-Quran. Peta yang agak kreatif. Lembaran seterusnya ada penama Rasul Ulul 'Azmi, Adam a.s, Nuh a.s, Ibrahim a.s, Isa a.s, Musa a.s dan Muhammad s.a.w. Gelaran Ulul 'Azmi adalah mengenai perjalanan hidup mereka yang benar-benar diuji oleh Allah s.w.t. Mereka bersabar dengan sabar yang luar biasa. Di samping sentiasa merapatkan diri kepada Allah. Saya terkesan dengan Mukjizat tongkat Nabi Musa, dengan laut yang terbelah, dan hukuman kepada kerajaan Fir'aun yang diserang oleh serangga yang kecil dan katak-katak sebagai bala yang Allah beri kepada yang buat jahat di muka bumi Allah. Hidup ini mudah. Buat baik, dibalas baik. Buat Jahat dibalas jahat. Jika nak yang baik, jadi ba...

My Bookmark to Boost My Strive! - Tagged by Husband

Image
Of Prayer and Pastries: How I Graduated as Best Student from a Top Pastry School after 17 Years of Madrasah Education} My name is Nursyuhada’ Ismail, and this  is the story of how and why I chose to be professional pastry chef despite having a bachelor’s degree in Qur’an and Sunnah. In Singapore, a stereotype exists for the madrasah student: that he will grow up and become one of those he used to study from — the local asatizah. I grew up in a family that strongly values Islamic education, and placing me in a madrasah was an obvious choice for my parents. Not that I am complaining; my upbringing and education was what made me fall in love with the Deen. Like other madrasah students, I went through twelve years of learning at Madrasah Al-Junied, before choosing to pursue a degree in Qur’an and Sunnah at the International Islamic University of Malaysia. Since childhood, I have always envisioned my adult self as an ustadhah. However eight years ago, I began cooking up a diff...

Masakan Brunei - Resepi Pais Ikan

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Wal Hamdulillah Jika lihat tajuk, post kali ini adalah mengenai makanan. Pernah tidak anda mendengar tentang 'pais ikan'. Bagi masyarakat Brunei, 'pais ikan' adalah sejenis makanan yang berasaskan ikan di masak masam bersama kelapa. Penulis sempat melihat 'pais ikan' ini dimasak oleh ibu mertua penulis sendiri. Bahan perap terdiri daripada : {di tumbuk halus} - Bawang Putih - Bawang  Merah - Kunyit Hidup -Beberapa keping asam gelugur -Kelapa Parut -Ikan yang digunakan ialah ikan 'Basung' - Garam dan Aji yang secukupnya - Serai {dititik tapi tidak sehingga lumat} Bungkuskan ikan 'Basung' yang telah disiang dan diperap ke dalam daun pisang{yang telah dijemur sehingga kelihatan sedikit layu}.Panaskan kuali 'magic' untuk memanggang ikan yang siap dibungkus. Alhamdulillah..tunggu sehingga masak saja! gambar hiasan (ini pais ikan patin) Selamat mencuba..kalau dah cuba, s...

Bila Rasa Nak Berhenti

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah.. Kerja adalah sesuatu yang mendatangkan penat. Bila penat mula nak rehat. Rehat itu keperluan bagi mereka yang melakukan kerja. Tapi simpan dalam minda, rehat yang sebenarnya adalah 'mati'. Bekerja akan jadi seronok jika niat kita jelas. Mengharap sesuatu yang pasti. Bukan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri. Nanti sakit hati. Bekerja dengan bersungguh. Fokus. Bila penat: " Ya Allah, aku penat hari ini, moga usahaku ini ada hasilnya yang Engkau redhai. Berkatilah rezekiku, keluargaku dan perbaiki segala amalanku. Terimalah semua yang aku usahakan. Jauhkan aku dari sesuatu yang menjauhkan aku dari mendekati rahmatMu..Berikanlah sentiasa kekuatan yang memacu kualiti dan ketenangan jiwa semasa mengerjakan setiap pekerjaan di dunia ini, segalanya yang Engkau redhai..." Amin.

Perkongsian - Niat

Teks: Siti Azimah Rupilen Bismillah Walhamdulillah.. Teman yang baik adalah mereka yang bila melihat mereka, kita terasa malu kerana dia berusaha dekat pada Allah Ta'ala, sedangkan kita belum sampai lagi usaha kita sepertinya. Teman yang baik adalah, bila kita lihat dia kita ingat Allah Ta'ala. Teman yang baik adalah mereka yang akan menegur kita bila kita salah dan menuntun kita ke jalan yang benar. Hadis-Niat Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang mendengar perkongsian yang diberikan oleh sahabat-sahabat saya. Ada dalam kalangan mereka yang saya baru kenali. Ada juga dalam kalangan mereka yang saya akrabi. Tapi, rasa kekok di hati tidak tebal seperti baru berkenalan dengan orang lain. Kenapa ya? Ilmu yang diperolehi hari ini berkisar tentang hadis 'Niat'. Setelah berulang-ulang di bentangkan sejak di alam matrik(Pusat Asasi UIAM) sehingga sekarang. Masih ada sesuatu yang terdetik di hati bila mendengar kupasan mengenainya. Antara perkara yang berlegar...

Bersama Si Comel

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah.. Alhamdulillah saya sudah genap 7 bulan satu minggu berada dalam kerjaya guru tadika. Saya bukanlah seorang graduan Pendidikan Awal kanak-kanak tapi saya rasa saya boleh melakukan kerja ini. Saya suka singgah berbual dengan kanak-kanak yang saya terjumpa di mana-mana. Menjaga budak bagi saya bukan kerja yang asing. Saya sendiri mempunyai 9 adik di rumah. Semasa ibu melahirkan anak yang ke enam saya mula diberi kepercayaan untuk menjaga adik tersebut. Begitulah sehingga saya ke sekolah menengah. Saya tinggal di asrama selama 5 tahun. hanya pulang bila cuti panjang dan ada keperluan. Walaupun begitu, saya masih lagi akrab dengan mana-mana budak kecil jika saya berselisih dengan mereka. Semasa di IPTA, sedikit sebanyak telah menjejaskan keramahan saya terhadap budak-budak. Saya mula berasa kekok untuk melayan budak. Sehingga suatu hari, saya cuba menerima tawaran untuk menjaga pelajar PASTI IBNU SINA, Gombak. Saya ...

Hujan

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah.. Sudah beberapa hari hujan menyirami bumi Allah ini. Mahu tidak mahu, makhluk Allah, hamba Allah baik yang bernama manusia, binatang atau tumbuhan, akur dengan kejadian alam ini. Saya ingin melihat apakah pesan Allah kepada hambaNya yang ingin berfikir tentang kejadian alam di dalam al-Quran, memetik terjemahan tafsir Al-Azhar oleh Buya Hamka, Firman ALLAH dalam Surah  Al-Baqarah ayat: “ Yang telah menjadikan untuk kamu akan bumi, jadi hamparan …” (pangkal Ayat 22). Pikirkanlah olehmu, hai manusia, akan ciptaan Tuhanmu itu. Terbentang luas sehingga kamu bisa hidup makmur di atas hamparan-Nya itu. “… dan langit sebagai bangunan …” (tengah Ayat 22). Yang dapat dirasakan melihat awannya yang bergerak di waktu siang dan bintangnya yang gemerlap di waktu malam dan mataharinya yang memberikan sinar dan bulannya yang gemilang cahaya. “… dan diturunkannya air dari langit, …” (tengah Ayat 22). Dari atas. “… ma...