Jadikan Blog anda di Carian Teratas Google
sila klik untuk melihat gambar ini
Bismillah Walhamdulillah,
Hari ini saya ingin menguji kesahihan 'aktif tulis blog' akan menyebabkan blog anda berada di atas, antara teratas dalam carian google.
Maka, gambar di atas adalah 'print screen' dari carian google yang saya taip kata kuncinya, ' Resepi Durian Crepe' di enjin carian Google.com.my.
Bila seseorang cuba mencari resepi Durian Crepe, dia akan menjumpai blog saya terlebih dahulu. Kemudian, bila klik 'link', secara tidak langsung terus membuka 'new tab' ke blog 'Nota Seorang Isteri'.
Jika dia berminat dengan melihat 'Popular Post' yang terdapat di bahagian bawah entri utama, dia akan menyimpan rekod tentang keistimewaan blog saya sebagai 'bookmark'. Alhamdulillah..
Namun, jika tidak pernah menggunakan aplikasi 'bookmark', dia juga boleh memasukkan emailnya di bawah 'stat view', pada ruang yang disediakan. Mudah bukan?
Akhir sekali, saya ingin melahirkan rasa beryukur dan terima kasih kepada Guru Online, Puan Normie kerana sabar mendorong saya sehingga ke tahap ini. Begitu juga kepada Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah(ABDR), dan penganjur terawal Kursus Asas Menulis Blog.
Sekiranya anda berminat untuk menjadikan blog atau website anda di carian teratas google, marilah bersama-sama dalam kursus Asas Menulis Blog. Boleh berdaftar dengan saya, melalui whatsapp, email atau Facebook. Sila Klik ,'Hubungi Saya'di atas blog ini.
Terima kasih kerana membaca!

Comments
Post a Comment