Ibrah 5 Orang Maut Dalam Perjalanan Menziarahi Saudara

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen

Bismillah Walhamdulillah,

Mati itu pasti. Hari ini saya mengikut ibu dan bapa mertua pulang kampung untuk memenuhi jemputan 'makan belanja' Pak Bongsu suami sebelah ayahnya di Pengalat Besar,Papar. Selesai makan, saya memasang telinga perbualan antara mak mertua dan makcik saya.

Mereka bercerita tentang 5 sekeluarga maut dalam perjalanan Tawau-Kimanis, melalui jalan Keningau-Tawau. Innalillahi Wa inna ilaihi raji'uun.

Diceritakan bahawa perjalanan mereka ke Kimanis adalah untuk menziarahi adik beradik kepada ayah mereka. Kebetulan, pak cik yang nak diziarahi ini sekampung dengan mak mertua saya. Mangsa yang terlibat ialah,seorang ibu, 3 anak perempuan dan seoang lelaki. Dikhabarkan ada anak kecil yang terselamat tapi menerima rawatan di hospital Queen Elizabert Kota Kinabalu.


                                                           

Saya agak terkejut dapat tahu bahawa kos penghantaran jenazah melalui darat mencecah RM3K setiap jenazah jika hendak dihantar ke Tawau dari Hospital Papar. Itu satu jumlah yang agak besar. Semua jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Jawa di Kimanis juga.

Alhamdulillah, jenazah sudah disempurnakan petang tadi. Kebetulan, selepas ke Pengalat Besar, kami menuju ke satu lagi majlis kenduri tahlil arwah kakak ibu mertua dan iparnya; juga nahas kemalangan bulan Ogos tahun lepas di Kimanis. Sampai sana, orang di sana pula bercerita kerana semua jenazah itu diuruskan di sana.


Bercakap mengenai kematian, sesungguhnya ajal itu pasti menjemput kita satu masa nanti. Tidak akan lewat sesaat, tidak akan cepat walau sesaat. Matinya kita ketika bersedia atau tidak untuk berjumpa Allah s.w.t, Allah serahkan kepada kita untuk usahakannya.

Dalam surah Al-Mulk adanya kehidupan dan kematian adalah untuk menguji siapakah yang lebih baik amalnya:

                                                

Saya tidak kenal pun keluarga ini, namun yang pastinya, jiwa semua yang mendengar tentang kematian mereka terusik dan berkata, " Aku tak tahu aku mati macam mana nanti..."

Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang sentiasa mengingati mati dan berusaha menyediakan diri untuk menghadap Pencipta kita Yang Maha Agung. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Upgrade Level -

Brain On Fire

Kembali Bertunas