Hadiah Bermakna
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen
Bismillah Wal Hamdulillah,
Hari ini saya telah khatam membaca buku hadiah dari suami saya. 'Menjejaki Jutawan Senyap' tulisan Dr. Rusly Bin Abdullah( Chef Li). Pemilik Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU). Mungkin kalau anda yang membaca buku ini sehingga habis, anda ada persepsi yang tersendiri.
Ulasan saya yang sememangnya berminat dengan dunia motivasi dalam pelbagai bidang, saya bersyukur kerana Allah gerakkan hati suami saya untuk memilih buku ini sebagai hadiah. Saya labelkan hadiah ini sebagai hadiah bermakna.
Bab 1 yang mengujakan
Siapa Jutawan Senyap?
# Karekter yang diberikan kepada mereka adalah:
1. Perniagaan mereka biasa-biasa saja, kecil kecilan tapi ada jaringan yang besar.
2.Mereka tidak pernah mengulas pendapatan mereka...
"Mereka berusaha dengan tekun ibarat penyu... yang senyap-senyap bertelur hingga ratusan biji... tak keluar suara sedikitpun..hanya air mata yang keluar berlinangan..."
3.Kehidupan mereka lebih merakyat. Tidak hidup dalam golongan elit dan sebagainya.
4.Jarang ada pingat kebesaran ataupun gelaran seperti 'Dato' " dan sebagainya.
5. Bukan jenis yang 'ghairah' melabur sana-sini. Paling waspada terhadap pelaburan dan berdisiplin tinggi dalam hal menyimpan duit.
Mutiara kata Bab 1
" Biarlah kita jalankan perniagaan kecil-kecilan asal kejayaan besar, itu lebih baik dari bisnes besar tapi untung kecil"
Dalam Bab 2 baru dibawakan kisah-kisah benar insan yang pernah mengikuti Kursus Seminar Pembuatan Makanan Chef Li, Penulis buku ini. Sangat mengaspirasi. Saya akan kongsikan pada entri yang akan datang dalam bentuk kesimpulan dan kata kunci.
Selingan
Saya sendiri tidak menyangka bahawa suami saya begitu meraikan minat saya dalam bisnes. Dia nampak potensi saya dan menggalakkan saya menjalankan bisnes tanpa menyekat sedikit pun. Seperti sekarang, saya mengusahakan barangan penjagaan kulit Nurraysa, suami akan jadi 'posmen' menghantar tempahan kepada pelanggan-pelanggan yang ada sekitar Putatan, Kepayan dan pendek kata seluruh kawasan Kota Kinabalu. Alhamdulillah!
Kepada suami di luar sana, jika isteri ada minat menceburi bidang usahawan, jangan halang, tapi dorong sehingga dia benar-benar mahir menguruskannya. Ini untuk kebaikan ekonomi rumahtangga juga!
Comments
Post a Comment