Posts

Showing posts from May, 2023

Review Perut Bersama Dr Naga

 Bismillah Alhamdulillah.. 29/5/2023 Hari ni ada review Perut. Barulah saya tahu yang kita para pesakit SLE ini memang akan ada masalah perut disebabkan pemakanan ubat yang banyak. Terutama Prednesolon @ steroid. Orang sangat 'triggered' jika termakan ubatan atau supplement yang ada steroid. Tapi saya perlu makan ubat tu dalam jangka masa yang panjang! Antara Nasihat Doktor,  1. Kurangkan makan yang berasid iaitu Kafein, Buah-buahan citrus (limau,lemon,pineapple dll) 2. Makan sedikit tapi kerap. Dr bagi contoh, selang 2 jam makan.. 3. Elakkan makanan yang Berproses. 4. Elakkan makanan berminyak, t masin Dan Bergula. Next Treatment : 1. Laser Surgery. 2. Terapi Antibiotic untuk H.Poly Bacteria. Panjang lagi perjalanan rawatan si perut ni...

Pulang Beraya ;

 Bismillah... Alhamdulillah... Lama tidak mengemaskini blog ini.  Saya sebenarnya dah 'discharge' pada 9/5/2023. Selepas itu, berehat sebentar di Putatan dan Pulang ke UA1. Follow up seterusnya ialah 24/5/2023 dengan catatan KIV for warded due 3/6/2023.  Maaf tak begitu menulis di status whatsapp. Mungkin kerana memang nak berehat dari memikirkan banyak hal. Pun begitu masa dan realiti tetap bergerak. Sedang berusaha untuk 'catch-up' situasi sebenar. Cuba bersedia dengan segenap kemampuan yang ada. Suami ada bagitahu tentang cabaran-cabaran yang mungkin berlaku beberapa tahun kedepan. Sungguh plan B dan seterusnya perlu disusun agar tidak terlalu terhimpit. Namun, adakah ini termasuk dalam 'panjang angan-angan' ? saya tidak berani nak ulas. Ajal maut sudah pasti misteri di sisi kita semua. Moga kita semua mendapat khusnul khotimah. Hanya mampu berdoa. *** Dapat berfikir dengan santai antara nikmat yang sedang dikurniakan Tuhan kepada saya sekarang. Tidak terlalu...