Khasiat Buah Delima
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum, malam ini saya ingin berkongsi tentang Buah Delima. Kebetulan saya sedang makan buah delima tadi. Terlintas dalam fikiran saya untuk mengetahui maklumat lanjut buah delima ini. Saya sebelum ini tahu yang buah delima ini bagus. tapi secara spesifiknya saya kurang pasti di mana 'kebagusan'nya itu. Kemudian saya menaip beberapa kata kunci tentang delima di lama sesawang. Keluarlah blog 'Rahsia Buah Delima'. (link) Saya tertarik pada sebelah kiri blog tersebut saya ternampak tips yang baik dan praktikal untuk amalkan. Saya gigih untuk tampal di sini supaya saya boleh ulang kaji. Anda mahu mencubanya pun boleh. Khasiat buah Delima 1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. 2. Dalam perub...