Majikan & Guru
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen
Assalamualaikum, selamat beristirehat..
Malam ini nak bawa tajuk entri yang serius sedikit. Ambil mood yang baik-baik saja ya?
Kontroversi saja bunyinya.
Baik, segmen yang saya kongsikan malam ini ialah, "Kesungguhan Kita Bekerja Kerana Apa?"
Penulisan kali ini saya buat sebagai sebuah refleksi bersama. Satu pandangan peribadi yang mungkin terdapat khilaf di mana-mana.
Epilog.
Kita adalah hamba kepada Allah s.w.t.
Dalam kalangan Hamba ada Pemimpin. Tugas hakikinya bawa orang di bawah seliaannya menyembah Allah walau apapun bidang pemimpin ini.
Di bawah seliaan pemimpin ada pengikut atau pekerja.
Jika kita adalah pekerja, kita terikat dengan sistem pekerja. Tujuan akhir kita redha Allah.
***
Temuduga.
Biasanya orang, semasa temuduga, semuanya kelihatan 'meng-ada-adakan' sesuatu yang tidak ada. Sifat ini berbahaya pada masa akan datang.Sebaiknya, kita bawa diri kita yang sebenarnya. Contoh, adik saya ke temuduga untuk kelayakan menyambung pelajaran ke Universiti di mana dia sedang belajar sekarang. Ketika temuduga, saya dapati dia tidak hilangkan dirinya yang sebenar.
Bagaimana yang saya kenal dia, begitulah dirinya ketika berhadapan panel penemuduga yang walaupun 'garang'. Berjaya juga dia. Alhamdulillah.. Kuncinya ialah jadi diri sendiri.
Setelah Diterima.
Adat bekerja di tempat baru. Majikan kita akan menjalankan tempoh percubaan berdasarkan kelayakan dan kemampuan kita. Dengan sikap 'jadi diri sendiri' tadi, kita tingkatkan lagi prestasi, majukan diri. Jangan berada pada takuk yang sama, Sangat perlu kita merasionalkan diri, kita kerja untuk orang. Bukan kita kerja untuk diri kita. Mesti ada give & take. Tapi jangan minta lebih-lebih.
Kita bersusah-payah nak temuduga sampai dapat kerja, bila dah dapat, kita buat macam rumah sendiri. Itu bukan yang sepatutnya. Buat diri macam pekerja, ada majikan. Selagi tidak melanggar batasan syarak, buat saja ikut arahan.
Sebagai majikan, kita mahukan produktiviti kerja yang terbaik. Majikan mahukan yang terbaik dalam usaha kita. Berilah yang terbaik, kerana biasa kita dengar, kalau kita buat baik pada ibu bapa, anak-anak kita akan baik pada kita. Analoginya sama dalam hal majikan pekerja. Kelak, kita akan jadi seorang majikan, kita akan jumpa insan seperti diri kita.
Bila kita sudah buat baik, kita akan mendapat buah hasil usaha baik kita itu.
Itulah makna bekerja.
Bekerja Separuh Masa
Pasti normal, kita memiliki dua kerja dalam satu masa pada masa kini. Kos hidup yang tinggi menuntut kita mengusahakan kerja sampingan. Tapi, ingat, sampingan bukan utama. Utama bukan sampingan. Bijak mengurus masa dan tahu keutamaan kita. jika sampingan kita banyak terabai, ketahuilah itu memang normal.
Namun, boleh seimbangkan keduanya adalah suatu bonus!
Kerja Sendiri.
Jika memilih untuk kerja sendiri, maksudnya anda memilih untuk jadi majikan. Namun, bersediakan kita menjadi majikan? Jadi pekerja pun payah. Banyak konflik kerja sendiri, jika tiada pengalaman bekerja di bawah seorang majikan, kita akan buntu.
Kesimpulannya,
Hidup ini seperti putaran roda. Sekejap di bawah sekejapp di atas. Apa yang penting baiki setiap mutu kerja dan usaha. mohon pada Allah kerja kita dikira sebagai Ibadah dan diberkatiNya. kurangkan kontroversi. Jadilah seorang pekerja yang baik.
Saya?
Pengalaman bekerja sebelum ni saya ada majikan yang nice semuanya. Alhamdulillah. Cuma saya terpaksa pindah dari tempat kerja sebab masalah diri sendiri. Walaupun begitu,setiap kata-kata dan nasihat mereka masih lagi saya amalkan. Melihat pengorbanan mereka, mereka ibarat guru buat saya. Semoga saya akan menjadi seperti mereka pada masa akan datang.
Terima kasih majikan dan bekas majikan saya.. Anda semua orang yang hebat kerana boleh menyediakan peluang kerja kepada orang ramai!
Selamat Hari Guru~

Comments
Post a Comment