Brain On Fire
Bismillah,
Ada sahabat berkongsi dengan saya tajuk Movie ; 'Brain On Fire' berkenaan otak yang diserang SLE cuma doktor lambat nak diagnosed dengan tepat. Saya diberitahu oleh Dr saya, bahawa aktiviti SLE di otak sangat sukar dikesan dengan mana-mana test.
Saya juga alami pengalaman "Brain On Fire' pada awal Januari 2023. Orang sekeliling berasa amat janggal dengan perbuatan dan tingkah laku saya. Susah nak bertenang. Selalu terjerit-jerit bila permintaan tak dipenuhi.
Pendek kata, Otak saya terlalu serabut.
Saya akan bertenang kalau kata-kata saya dipenuhi. Ia gejala yang sangat menjengkelkan@ annoying. =)
Orang perlu beri kerjasama. Siaplah kalau kemahuan saya tidak difahami. Antara simptom yang muncul ketika fasa ini ialah rasa diperhati/diintip/diintai oleh seseorang yang mahu mencederakan diri.
Simptom ini mengingatkan saya kepada kenalan saya yang juga seorang pesakit meyatakan dirinya rasa terancam dengan persekitaran padahal POV orang lain tidak seperti yang digambarkan oleh pesakit tadi.
---
Apa yang merisaukan saya ketika itu ialah status ibadah. Keliru cara melaksanakan ibadah dalam keadaan tidak waras. Kerana bersamaan ketika itu ialah pembengkakan tubuh oleh air yang tidak dapat dikeluarkan dari air kencing. Sehingga terpaksa memakai kantung air kencing (CDL).
Kantung kencing ini sangat membantu sehingga saya tidak perlu ke tandas berulang-ulang. Pun begitu, berat badan ini tetap mendadak naik sekitar 20 kg!
Namun, berkat pantauan dan terapi ubatan Dr Psikiatri emosi saya berjaya di stabilkan sebelum berakhir Februari 2023. Perubahan yang amat ketara saya lebih tenang dan boleh berbual dengan baik. Cuma, rasa diri masih mudah tergores hati dan mudah mengeluarkan air mata jika tersinggung hati.
Mulalah terfikir, macam mana nak berhadapan dengan para murid yang bermacam-macam ragam kelak. Rasa terganggu dengan kerisauan yang melampau. Lebih baik bercuti daripada melepaskan 'kata-kata' atau tingkah laku yang kurang menyenangkan pada murid-pelajar.
Comments
Post a Comment