Jumaat Mubarakah-31/7/15
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah, Wal Hamdulillah Hari ini saya pergi kerja macam biasa. Cuma sedikit sedih kerana yang pertama, ABM saya belum selesai lagi nak buat. Kedua, sepupu saya akan menjalani kerja yang terakhir sebagai pembantu di tadika ini. Ketiga? Oh, itu saja.. Kami mengadakan bacaan Yaasin pagi ini selepas sesi latihan persembahan untuk malam esok. Selepas itu, ada sambutan Hari Lahir seorang pelajar 5 Tahun, KG2. Majlis itu gabung sekali dengan majlis perpisahan sepupu saya. Tak Sedap Badan Tengah hari menjengah, rasa seperti nak demam. Dengan cecair jernih laju menuruni batang hidung. Tisu dan lebih 5 helai tak kebah-kebah. Pening kepala menjadi-jadi. Namun, saya hanya memfokuskan untuk membuat ABM. Saya merasa teruja nak buat ABM ni sebabnya saya baru dapat buat ABM. Nasib guru baru. He he. Hujan Tengah hari tadi amat panas. Namun, saya bersyukur hujan di petang hari. Tapi, terkena percikan hujan juga tadi. Belum sampai rumah sudah dirintik...