Posts

Showing posts from 2015

Hari Kedua: Jakarta

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Alhamdulillah, saya dan suami menikmati kopi krimer yang sedap tersedia di bilik hotel ini. Hotel ini diberikan nama, Hotel Orchardz. Suasana di dalam bilik alhamdulillah baik, ada penunjuk kiblat. Malam tadi saya dan suami teringin mengunyah sesuatu, jadi suami pun turun ke bawah mencari gerai. Katanya, jauh berjalan untuk sampai ke kedai kerana kedai berdekatan sudah tutup kedai. Kalau di Malaysia, pukul 10 malam ketika itu, kalau di sini dalam pukul 9 malam. Tidak menghairankan sebab mesti para peniaga nak berehat. Satu pengajaran yang baik. Menjual menjual juga, tapi kena ada rehat. Hasilnya, dapatlah saya menikmatj anggur yang murah 6k rupiah saja. Haha.. Pagi hari ini 'Pagi ni mujur suami saya bawa laptop. Kebetulan ada masalah di kantornya. Bisa diselesaikan walau dari oversea'. Saat ini saya rasa bekersamaan antara suami isteri sangat diperlukan. Saya selalu mengingatkan diri saya bahawa, bercuti bukan untuk meninggalk...

Perjalanan Marathon

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Foto: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya menulis entri ini ketika dalam perjalanan ke Putatan. Pada hari Sabtu lalu, saya telah memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman. Sebelum saya sampai kampung halaman, saya berada di dalam program ' Back To School ' anjuran NGO Nisa Malaysia kerjasama Nisa Sabah serta NGO yang tidak asing lagi, Muslim Care Malaysia. Selepas program selesai,saya menghadiri program Qiyamullail Persatuan Siswazah Sabah di Masjid At Taqwa. Saya hadir sebagai pemantau saja. Barulah keesokannya saya sampai ke rumah. Putatan Saya pulang ke Putatan pada hari Isnin. Malam itu, saya membantu suami saya mengemas barang untuk ke perjalanan esok. Kami akan ke Indonesia!

Usahawan

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Assalamualaikum w.b.t Apa khabar pembaca budiman sekalian? Maafkan admin kerana sudah lama tidak menulis sebarang khabar berita. Sebenarnya dua tiga minggu ini, saya tidak berkelapangan untuk mencoretkan kisah-kisah untuk di kongsikan. Entri hari ini, saya akan menulis tentang usahawan mengikut apa yang saya lalui. 5 hari lepas(hari bekerja), Giatmara Putatan telah mengadakan Minggu Usahawan. Alhamdulillah, kami para pelatih didedahkan berbagai asas yang mesti diketahui. Berikut adalah sifat seorang Usahawan. 1. Inginkan Kejayaan - Ingin penuhi matlamat. 2.Inginkan Tanggungjawab - Bersedia memikulnya. 3.Memilih risiko yang sederhana - Yakin boleh menghadapinya dan menyelesaikan cabaran                                                                 dengan cemerlang. 4. Sentiasa...

Dia sentiasa Ada Di Sisi

Image
In Shaa Allah- Maher Zain Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost And That you're so alone All you see is night And darkness all around You feel so helpless You can't see which way to go Don't despair and never lose hope Cause Allah is always by your side In sha' Allah [x2] In sha' Allah you'll find your way In sha' Allah [x2] In sha' Allah you'll find your way Every time you commit one more mistake You feel you can't repent And that it's way too late You're so confused, wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame But don't despair and never lose hope Cause Allah is always by your side In sha' Allah [x2] In sha' Allah you'll find your way In sha' Allah [x2] In sha' Allah you'll find your way Turn to Allah He's never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray O Ya ...

Peringatan Buat Diri

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kita nafas. Hari ini sebelum saya memulakan perkongsian utama, saya ingin menceritakan sebuah kisah teladan yang bermanfaat untuk semua pembaca yang budiman. Kisah Seorang Pemuda Yang Rajin Beribadah. Tersebutlah kisah seorang pemuda yang rajin beribadah kepada Allah s.w.t. Pemuda ini  tinggal bersama seorang abang yang suka membuat maksiat. Dia begitu taat kepada Allah sedangkan abangnya tidak. Begitulah keadaan mereka berdua. Pun begitu mereka tidak pernah bergaduh. Mereka bermuafakat untuk membahagi kawasan dalam rumah mereka. Bahagian atas adalah kawasan beribadah pemuda tadi. Manakala, kawasan tingkat bawah adalah untuk abangnya berbuat apa saja yang dia mahu. Si pemuda tadi tidak mengganggunya. Suatu hari yang ditetapkan, Allah menguji kedua-dua adik beradik ini. Dicampakkan ke dalam lubuk hati si adik yakni pemuda yang soleh tadi rasa i...

Budayakan Perkongsian Informasi Bermanfaat

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah, Walhamdulillah Selamat datang bagi pengunjung yang baru ke blog ini. Saya berasa gembira anda sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Anda bertuah kerana entri hari ini adalah berkaitan dengan ulasan kelas Online ABDR yang sedang saya jalani. Saya merupakan ahli berdaftar Akademi Bekerja Dari Rumah sejak bukan Ogos tahun ini. Selama saya menjadi protage, saya banyak berjumpa dengan informasi-informasi yang segar mengenai dunia blog dan cara mengurusnya. Cara Penyampaian Kelas Online ABDR Setelah sekian bulan menjadi ahli dan sekarang sudah naik taraf alumni 'Kelas Asas Blog' ABDR, saya dapati cara penyampaian oleh Pengasas ABDR dalam kelas-kelas bimbingan agak unik. Mengapa saya mengatakan seperti itu? Sesiapa yang sudah menjadi ahli dan sedang mengikuti kelas pasti ada perasaan yang sama seperti saya. Anda mungkin tahu beza antara kelas secara o ffline dan kelas o nline . Asasnya, kelas o ffline , cikg...

5 Buku ini adalah Produk 5 serangkai

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen 5 buku ini adalah produk 5 serangkai yang anda perlukan tanpa anda sedari. 1. Anda seorang usahawan? buku anda perlukan adalah 'Ebook 101 Idea Home Based Bisness' RM50 2. Anda ibu yang dilanda dilema nak bekerja atau duduk di rumah mengurus rumah dan anak-anak? Buku Ebook 'Yeay Mama Sudah Resign'. RM30 3. Minat Jual tudung? Jubah? atau apa-apa aksesori yang memerlukan anda menyimpan stok sehingga jadi butik? 'Ebook Mula Bisnes Butik' sesuai untuk anda. RM50 4. Mahu menukar pembaca blog menjadi pelanggan anda? Juga mahu membina kredibiliti sebagai usahawan yang terpercaya melalui blog? 'Ebook Asas Blog' Untuk anda. RM50. 5. Risau nak buat apa selepas 'resign'. Anda perlu menolong suami mencari pendapatan tambahan supaya 'survive' di zaman kemelesetan ekonomi ini. 'Ebook Super Wahm Super Mom' untuk anda. Sangat sesuai. RM25 Anda memilih untuk membeli...

Senafas Hari Ini

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillahi, walhamdulillah Langsir Terima kasih kerana masih setia membaca setiap entri blog saya. Di bawah label 'Catatan Harian' saya ingin melakarkan sesuatu yang saya alami sehari-hari. Seperti hari ini. Ada sesuatu yang meronta-ronta di dalam jiwa suka untuk saya kongsikan kepada anda. Semalam, sahabat sepersatuan saya ada menceritakan bahawa ada 5 buah keluarga masih mendiami di sebuah Dewan Lama selepas rumah kesemua keluarga ini dijilat api dalam kebakaran yang agak dahsyat. Dikhabarkan juga sudah dua tahun mereka duduk di dewan ini, sehingga beraya pun di dewan ini. Saya tidak pasti bahawa orang yang bertanggungjawab sudah meninjau keadaan mereka atau belum, tapi saya merasakan bahawa dua tahun duduk di dewan seperti mereka tidak diperdulikan. Bukan sentimen yang saya ingin bangkitkan di sini. Saya cuma ingin menekankan tentang keperluan mereka salah satunya ialah tabir untuk memisahkan antara satu keluarga dan satu keluar...

Kesilapan Semasa Membaca Doa Dhuha

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah, Walhamdulillah.. Hari ini 1 Muharam 1437H. Saya tidak kemana-mana. Sepatutnya hari ini saya perlu menyiapkan kerja membaiki projek ‘Scallop Royal Vallance’ yang tersilap lipat. Saya perlu membuka jahitan dan menjahit semula. Saya cuba meminjam mesin jahit dari teman-teman, tapi mungkin tiada rezeki. Saya akan mengajar diri menerima sesuatu perkara yang tidak dapat diteruskan sebagai suatu yang positif. Sebagai contoh, tidak dapat mesin jahit, membawa makna saya boleh menulis entri blog kesayangan saya ini. Oleh kerana saya menulis pada waktu Dhuha, saya ingin menukilkan sesuatu yang sudah lama saya ingin memberitahu kepada semua orang. Seperti tajuk di atas, kesilapan semasa membaca doa Dhuha. Perhatikan gambar di bawah: Perhatikan bulatan merah di dalam gambar. Selalunya bahagian ini selalu disalah baca oleh mereka yang menghafal doa Dhuha ini melalui lagu yang di nyanyikan oleh Kumpulan UNIC. Bacaan yang selalu...

Musafir Seorang

Image
Teks: Siti Azimah Bint Rupilen Bismillah, Walhamdulillah.. Dari bujang sampai berdua, saya suka berjalan jauh mencari cerita baru. Namun, bila sudah berada dalam perjalanan,saya akan bertemu dengan kesusahan. Itu cara saya mengenal dunia dan hidup. Hidup ini tidak selamanya indah. Namun, fiqh berjalan seorang diri, muslimat lagi ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Sebagai seorang muslimah, kurang elok berjalan sendirian. Fitnah akan mengintai dan mencari peluang. Apa lagi jika perjalanan mengambil masa y ang lama. Maka, zaman yang serba mandiri ini, apabila tidak menemui teman musafir, jagalah adab berpakaian. Tingkah laku sopan. Tidak berlagak mesra dengan semua orang yang ditemui. Pengalaman juga mengajar, bila seorang diri keupayaan melindungi diri sangat terhad. Dirayu dipujuk oleh orang lain yang datang dengan wajah orang kesusahan, orang sakit dan orang terdesak semua ada. Itu paling membimbangkan saya. Gejala itu selalu berlaku di Tanah Seberan...

Apa Itu E- Book?

Image
Teks dan Suntingan : Siti Azimah Binti Rupilen BIsmillah Walhamdulillah, Apa Itu E-Book? Menurut wikipedia, e-book atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-book ini terdapat dalam bentuk berbayar juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-book ini didatangkan dalam bentuk fail PDF atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas. Zaman teknologi ini memudahkan e-book di baca di dalam telefon pintar, tab dan sebagainya. Industri Buku Digital Jika dilihat pada sejarah, e-book dan seumpamanya telah diusahakan secara kecil-kecilan sejak tahun 90-an lagi. Kebanyakan buku digital atau elektronik ini merupakan jualan petua-petua kejayaan dalam bentuk fail PDF daripada laman sesawang. Industri berstruktur hanya wujud di Malaysia empat tahun setelah revolusi e-book bermula di Amerika Syarikat sempena perkenalan ...

Nasihat Penulis

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillah Walhamdulillah, Hari ini saya cuba membaca semula hasil penulisan saya pada tahun 2008. Saya membaca dengan penuh teruja kerana saya tidak pernah menyangka, saya berumur 18 tahun saya sudah begitu menulis dengan penulisan yang panjang dan gaya bahasa yang dibuat-buat. Masjid Assyakirin....  Nama ini pernah kudengar, pernahku lihat, pernah kulintas di hadaapannya.. Hari ini dalam sejarah... Tanggal 15 November yang lepas, ana dan sahabat-sahabat ana telah melakukan satu perjalanan kembara ilmu di masjid AsSyakirin...KLCC. Ana terlebih rajin pada hari itu, semata-mata mahu mendengar diskusi seorang penyelidik dalam satu halaqah.  Ana cuma mahukan input yang baru apatah lagi tajuknya bukan calang-calang tajuk...'Mengenali Tamadun Barat'. Dalam mendengar setiap butir ilmu baru yang diperkatakan, ana teruja sebentar, kerana ana tidak sangka ilmu yang ana miliki tidak sebanyak mana. Ana masih di tahap yang dhaif! Ana beg...

Aidiladha Tahun Ini - Belajar Membuat Kelupis

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillahi Walhamdulillah.. Kelupis Bagi masyarakat berbangsa Brunei di Sabah, kelupis adalah hidangan yang wajib semasa hari raya bagi kebanyakan orang. Mak mertua saya buat Kelupis ini sebanyak 1 kilo semasa Aidiladha, katanya untuk tetamu yang datang. Maka, saya berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana ia dibuat. Beras apa yang 1 kilo? semestinya beras pulut. Lihat resepi ini: Saya ambil dari blog ini : Bahan-bahan ( Sefamily ) 300 gm beras pulut - Basuh dan toskan 300 gm santan - tdk terlalu pekat dan tdk terlalu cair Daun pandan - 2 helai garam - secukup rasa Daun nyirik - secukupnya Cara-cara Mula-mula masukkan santan dan daun pandan dalam kuali, guna api perlahan. Biar sampai mendidih dan pecah minyak. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam. Gaul hingga separuh masak dan santan kering. Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun nyirik. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus se...

#1 - Hati ke Hati

Image
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen Bismillahi, Walhamdulillah.. Hari ini saya mengunjungi Pantai Tanjung Aru. Saya ajak suami datang sekali. Sesekali nak rasa tiupan angin laut yang hangat, memijak air laut yang masin, juga pasir pantai yang sejuk. Makan aiskrim sikit sambil bercerita dengan suami. " Abang, apa carita Nabi yang berkaitan dengan laut?" *** Nabi Musa a.s Nabi Musa menyeberangi laut kerana ingin menyelamatkan diri dari kejaran tentera Fir'aun. Mereka tidak memiliki kapal laut, tapi mukjizat hempasan tongkat dan berkat tawakal yang tinggi kepada Allah s.w.t, air laut terbelah dua.  Nabi Yunus a.s Nabi Yunus ditelan ikan paus. Hal ini kerana beliau dibuang ke laut oleh nahkoda kapal atas takdir namanya yang sudah 3 kali terpamer setelah diundi. Beliau diberi ilham oleh Allah untuk membaca doa, Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Nun لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ   Laa ilaaha illa an...