Musafir Seorang
Teks: Siti Azimah Bint Rupilen
Bismillah, Walhamdulillah..
Dari bujang sampai berdua, saya suka berjalan jauh mencari cerita baru. Namun, bila sudah berada dalam perjalanan,saya akan bertemu dengan kesusahan. Itu cara saya mengenal dunia dan hidup. Hidup ini tidak selamanya indah.
Namun, fiqh berjalan seorang diri, muslimat lagi ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Sebagai seorang muslimah, kurang elok berjalan sendirian. Fitnah akan mengintai dan mencari peluang. Apa lagi jika perjalanan mengambil masa yang lama.
Maka, zaman yang serba mandiri ini, apabila tidak menemui teman musafir, jagalah adab berpakaian. Tingkah laku sopan. Tidak berlagak mesra dengan semua orang yang ditemui.
Pengalaman juga mengajar, bila seorang diri keupayaan melindungi diri sangat terhad. Dirayu dipujuk oleh orang lain yang datang dengan wajah orang kesusahan, orang sakit dan orang terdesak semua ada. Itu paling membimbangkan saya. Gejala itu selalu berlaku di Tanah Seberang.
Satu lagi kunci sebagai wanita bersuami, iaitu izin suami. Ucap terima kasih atas kerjasama yang suami berikan. Beliau memahami keadaan anda dan keperluan semasa. Jika belum berkahwin, minta restu orang tua.
Saya nasihatkan diri saya dan wanita yang bermusafir seorang, berusaha mencari teman berjalan dari kalangan mahram( tidak boleh dikahwini) sebelum bertolak. Juga menjaga adab berpakaian tidak memakai pakaian menjolok mata. Tidak menghidupkan penjejak lokasi jika menulis perjalanan anda.
Jangan lupa, duit tidak perlu keluarkan dari bank kecuali duit yang perlu saja. Kecuali juga jika perjalanan masuk pedalaman. Sediakan senarai orang yang perlu dihubungi supaya mudah bila menghadapi kecemasan.
Akhir kata, bertemanlah dalam musafir.
****
Pendaftaran Akademi Bekerja Dari Rumah Masih Dibuka, Mari bersama kami menyebarkan cinta dalam blog masing-masing,,
Ouh, Buku di bawah ini promosi bulan ini, Jumlah harga 5 buah e-book, RM205, Bulan ini hanya RM100!
Komen kat Bawah, "Saya nak e-book RM100".

Comments
Post a Comment