Tertewas
6/7/2023 Selepas beberapa hari menahan kepedihan 'blister' dan demam yang on-off akhirnya malam 6/7 saya tertewas juga apabila terhuyung hayang ke tandas. Mujur malam itu, suami saya belum tidur. Saya rasa sesak nafas semua ada. Masa itu juga saya nak mengosongkan perut selepas beberapa hari sembelit. Jam lebih kurang pukul 11 lebih, saya dan suami ke emergency Gleneagles. Terus admitted wad. Rawatan diberikan berdasarkan simptom yang ada. Antibiotik dan ubat sapu. Kalau demam melanda ubat ditambah. Ini dikira sebagai 'flare' kedua selepas 'flare' kurang darah tempoh hari. Secara jujurnya tak pasti aktiviti mana yang memicu suis 'flare' ini, tapi semasa pulang ke Keningau, saya kurang menjaga diri dari terkena panahan Matahari. Menganggap kalau kena dalam beberapa minit mungkin tidak mengapa. Aktiviti menjemur kain di bawah matahari saja pun. Ringkas tapi betul-betul tak pakai payung dan topi masa tu. Serangan kali ini melibatkan herpes zoster. Virus t...