Tertewas

 6/7/2023 

Selepas beberapa hari menahan kepedihan 'blister' dan demam yang on-off akhirnya malam 6/7 saya tertewas juga apabila terhuyung hayang ke tandas. Mujur malam itu, suami saya belum tidur. Saya rasa sesak nafas semua ada. Masa itu juga saya nak mengosongkan perut selepas beberapa hari sembelit.

Jam lebih kurang pukul 11 lebih, saya dan suami ke emergency Gleneagles.
Terus admitted wad.

Rawatan diberikan berdasarkan simptom yang ada. Antibiotik dan ubat sapu. Kalau demam melanda ubat ditambah. Ini dikira sebagai 'flare' kedua selepas 'flare' kurang darah tempoh hari. Secara jujurnya tak pasti aktiviti mana yang memicu suis 'flare' ini, tapi semasa pulang ke Keningau, saya kurang menjaga diri dari terkena panahan Matahari. Menganggap kalau kena dalam beberapa minit mungkin tidak mengapa. Aktiviti menjemur kain di bawah matahari saja pun. Ringkas tapi betul-betul tak pakai payung dan topi masa tu.

Serangan kali ini melibatkan herpes zoster. Virus tidur yang sudah ada dalam badan. Menurut kajian, virus ini datang bersama cacar air yang telah hinggap semasa kecil dulu. Orang meletakkan nama herpes zoster ni sebagai cacar api pula. Hanya menyerang individu yang mempunyai immune yang lemah dan serangan melibatkan sebahagian saraf. 


Kini, saat getir sudah berlalu, tinggal menunggu parut betull-betul kering dan tiada komplikasi. Hari ini genap dua minggu saya berada di wad. 

Bulan Ogos adalah bulan yang saya nantikan. Kerana saya akan turun kerja semula. Doakan saya kuat semangat dan tidak diserang 'flare' seterusnya. =)

Doktor kata, awal Ogos tarikh baharu untuk kemoterapi keempat. Rupanya saya baru menuju kemoterapi ke-4.. T.T

Okeylah. Sampai bertemu lagi next entri. Terima kasih sudi baca contengan saya dalam blog ini.



Comments

Popular posts from this blog

Upgrade Level -

Brain On Fire

Kembali Bertunas