Kesilapan Semasa Membaca Doa Dhuha

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen


Bismillah, Walhamdulillah..


Hari ini 1 Muharam 1437H. Saya tidak kemana-mana. Sepatutnya hari ini saya perlu menyiapkan kerja membaiki projek ‘Scallop Royal Vallance’ yang tersilap lipat. Saya perlu membuka jahitan dan menjahit semula. Saya cuba meminjam mesin jahit dari teman-teman, tapi mungkin tiada rezeki. Saya akan mengajar diri menerima sesuatu perkara yang tidak dapat diteruskan sebagai suatu yang positif. Sebagai contoh, tidak dapat mesin jahit, membawa makna saya boleh menulis entri blog kesayangan saya ini.

Oleh kerana saya menulis pada waktu Dhuha, saya ingin menukilkan sesuatu yang sudah lama saya ingin memberitahu kepada semua orang. Seperti tajuk di atas, kesilapan semasa membaca doa Dhuha. Perhatikan gambar di bawah:





Perhatikan bulatan merah di dalam gambar. Selalunya bahagian ini selalu disalah baca oleh mereka yang menghafal doa Dhuha ini melalui lagu yang di nyanyikan oleh Kumpulan UNIC. Bacaan yang selalu dilaungkan akan ditambah ‘al’ pada setiap perkataan. Contohnya, ‘wa bahaa ika’ jadi ‘wal bahaa ika’. Perkara yang ingin saya tekankan di sini ialah, bila kita tidak betulkan bacaan ini dari awal, kita akan membawa sampai selamanya.



Dalam Bahasa Arab, perkataan yang disebut salah ‘makhraj’ atau baris atau harakat atau ‘mad’ akan membawa maksud lain. Persoalan ‘al’ ini berkaitan masalah makrifah dan nakirah sesuatu perkataan. Makrifah dalam Bahasa Arab membawa maksud khusus, manakala nakirah membawa maksud ‘umum’. Kemudian, bila sesuatu perkataan nakirah ditambah ‘dhamir’ atau kata ganti diri seperti –Mu (dalam perkataan ‘bahaa ika’ yang bermaksud kecantikan-Mu, kata ganti diri ‘–Mu’ terletak pada huruf ‘kaf’), tidak boleh disatukan dengan ‘al’ di hadapannya. 



Konsepnya sama, mengubah hukum nahu atau tatabahasa dalam perkataan Bahasa Arab boleh menyebabkan maksudnya berubah atau langsung jadi tiada maksud. Orang putih kata ‘Not Applicable’ (NA). Tajuk kali ini mungkin berat. Tapi cukuplah kita tahu bahawa, dalam disiplin membaca doa, perlu membaca mengikut sebutan yang betul. Keperluan mengenal huruf Bahasa Arab dan hokum tatabahasanya sama seperti belajar mengaji dan tajwidnya.



Akhir kata, saya menyeru diri saya dan para pembaca yang baik hati, cuba dengar bacaan anak-anak kecil di sekeliling kita. Sama ada dia anak kita atau anak orang lain. Bila kita betulkan bacaan mereka yang masih kecil, mudah-mudahan mereka membaca doa dhuha ini dengan betul sehingga besar. Bacaan kita? Kita tahu apa nak buat selepas membaca entri ini. Salam perjuangan buat rakan pembaca semua. Semoga urusan kita dipermudahkan setiap masa.

***

Pendaftaran Akademi Bekerja Dari Rumah Masih Dibuka, Mari bersama kami menyebarkan cinta dalam blog masing-masing,,

Ouh, Buku di bawah ini promosi bulan ini, Jumlah harga 5 buah e-book, RM205, Bulan ini hanya RM100!

Komen kat Bawah, "Saya nak e-book RM100".

***

PELUANG MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN:

Pengambilan Dropship Nurraysa

dibuka sekarang.

Untuk memohon boleh mesej di Page:


Kami mengalu-alukan kedatangan anda sebahagian dari kami.

Tanpa modal semestinya!


Comments

Popular posts from this blog

Upgrade Level -

Brain On Fire

Kembali Bertunas