Hari ini Pula..

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen

Bismillah, Walhamdulillah

Solat Dhuha

Hari ini ibu mertua dan ayah mertua nak berjalan-jalan di Tamu Papar. Jadi saya bercuti naik kereta api hari ini. Hari Khamis, Pekan Papar akan 'jammed' banyak sebab Tamu Khamis tu di tengah pekan.

Sampai tadika, saya macam biasa, ditugaskan mengajar budak-budak mengerjakan Solat Dhuha. Sepanjang mengajar mereka, saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai ibu mereka. Nakal-nakal mereka, kalau mereka da sayang kita, lama-lama akan mendengar cakap juga suatu hari nanti.

Ada yang berebut nak jadi imam. Bab ini memang sedikit kelakar. Ada seorang tu nak jadi imam, dia dah ambil sejadah di rak. Tiba di depan, saya dirayu lagi seorang budak sampai nangis-nangis nak jadi imam. Hafiey namanya. Hebat didikan mak Hafiey. Moga Hafiey jadi imam besar suatu hari nanti. Budak seorang lagi mengalah saja.

Cemas

Selepas solat, kami perlu latihan persembahan untuk Jamuan Raya pula. Tetiba seorang cikgu minta saya datang pejabat Guru Besar. Rupanya seoang pelajar ni tidak dapat berhenti ketawa. Bagi saya, mungkin sebab dia terlalu bermain. Sehingga diminta jangan ketawa pun dia tetap ketawa, jemarinya diletakkan di mulut supaya tidak ketawa, kalau tangannya dialih, dia akan meleretkan senyum dan ketawa. Untuk menghilangkan kerisauan semua. Saya membaca Al-Fatihah dan 3 Qul pada ubun-ubun untuk ikhtiar. 

Selepas itu, dia sudah kembali normal. Bila diseru namanya, dia menyahut. Kami semua lega. Dia pun kembali kepada kawan-kawannya. Dia sendiri kelihatan bingung. Tapi, saya optimis dia begitu sebab dia rasa dimarahi. Huhu

Jumpa Junior

Saya berjanji nak jumpa dengan adik sepengajian saya hari ini. Kami janji jumpa pukul 3 di Pekan Papar. Alhamdulillah, terungkai rasa rindu antara kami. Di UIAM kami suka 'hanging out' bersama, kongsi suka duka bersama. Dia seorang yang sering diuji. Sama-sama kita doakan agar adik ni dipermudahkan urusannya.

Masa nak pulang, saya terlihat sebuah bas yang uzur, pintunya sudah jatuh ke lantai. Lepas penumpang masuk atau turun, pemandunya perlu angkat pintu tu untuk pasangkan semula. Saya memuhasabah melihat hal tersebut. Tarbiah Allah datang bermacam-macam bentuk.

Perkembangan Kelas Online

Saya di add dalam 'group' Rakan Niaga ABDR. Alhamdulillah. 
Seperti biasa bila saya dapat cukup maklumat saya akan terus buat kerja tanpa perlu menunggu lama. Kalau lihat header di atas blog ini, itu saya buat malam saya menulis entri ini. Saya menjana pendapatan melalui komisen jualan e-book tersebut. Saya juga jana pendapatan dengan penyertaan protage baru di ABDR. Jadi, marilah mendaftar di ABDR!
=)



Comments

Popular posts from this blog

Upgrade Level -

Brain On Fire

Kembali Bertunas