Jumaat Mubarakah-31/7/15

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen

Bismillah, Wal Hamdulillah

Hari ini saya pergi kerja macam biasa. Cuma sedikit sedih kerana yang pertama, ABM saya belum selesai lagi nak buat. Kedua, sepupu saya akan menjalani kerja yang terakhir sebagai pembantu di tadika ini. Ketiga? Oh, itu saja..

Kami mengadakan bacaan Yaasin pagi ini selepas sesi latihan persembahan untuk malam esok. Selepas itu, ada sambutan Hari Lahir seorang pelajar 5 Tahun, KG2. Majlis itu gabung sekali dengan majlis perpisahan sepupu saya.

Tak Sedap Badan

Tengah hari menjengah, rasa seperti nak demam. Dengan cecair jernih laju menuruni batang hidung. Tisu dan lebih 5 helai tak kebah-kebah. Pening kepala menjadi-jadi. Namun, saya hanya memfokuskan untuk membuat ABM. Saya merasa teruja nak buat ABM ni sebabnya saya baru dapat buat ABM. Nasib guru baru. He he.

Hujan 

Tengah hari tadi amat panas. Namun, saya bersyukur hujan di petang hari. Tapi, terkena percikan hujan juga tadi. Belum sampai rumah sudah dirintik oleh hujan. Rupanya sampai malam. Sampai saat saya melakar saat ini, hujan masih menitik menimpa atap rumah.

Suami saya keluar untuk bertemu dengan tuan pejabat yang disewa oleh dia dan rakan niaganya. Walaupun hujan, tapi dia kata dia nak juga melunas janjinya untuk menyerahkan cek bayaran. Saya pula, sepatutnya nak hadiri satu majlis ilmu di Surau Austral malam ni tapi, lepas isyak pun masih hujan lebat. Saya terpaksa batalkan niat kerana pengangkutan kami suami isteri masih lagi motor Yamaha yang seadanya itu. Lebih-lebih lagi kepala saya masih berpinar. Saya maklumkan dengan sahabat yang ingin berurusan tidak dapat hadir. Dia memahami ketidakupayaan saya. Ini amat mengharukan...

Perkembangan BLOG - 10 Entri hari ini

Saya berjaya untuk menulis 10 entri setakat ini, setakat ini, belum berhenti menulis lagi. Belum ada hari yang dilalui tanpa menulis. Saya cuba menambah sesuatu dalam blog saya. Tugasan 7 saya sudah selesaikan malam ini iaitu untuk menaikkan page di dalam blog. Page tersebut menghubungkan kepada 3 produk utama dan 1 lagi borang tempahan.

Borang Tempahan

 Oleh kerana saya terlebih teruja, saya cuba membuat borang tempahan tanpa bantuan Guru Online saya. Tapi, saya tidak kisah jika ada perkara yang perlu saya ubah selepas ini. Kerana bagi saya, yang salah harus diperbetulkan.

Alhamdulillah saya berpuas hati dengan perkembangan hari ini. Saya ingin mengundur diri dulu untuk hari ini kerana merasa berpinar sekali lagi. Doakan saya tidak demam esok! hu hu

Comments

Popular posts from this blog

Upgrade Level -

Brain On Fire

Kembali Bertunas