Hujan
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen
Bismillah Walhamdulillah..
Sudah beberapa hari hujan menyirami bumi Allah ini. Mahu tidak mahu, makhluk Allah, hamba Allah baik yang bernama manusia, binatang atau tumbuhan, akur dengan kejadian alam ini. Saya ingin melihat apakah pesan Allah kepada hambaNya yang ingin berfikir tentang kejadian alam di dalam al-Quran, memetik terjemahan tafsir Al-Azhar oleh Buya Hamka,
Firman ALLAH dalam Surah Al-Baqarah ayat:
Bismillah Walhamdulillah..
Sudah beberapa hari hujan menyirami bumi Allah ini. Mahu tidak mahu, makhluk Allah, hamba Allah baik yang bernama manusia, binatang atau tumbuhan, akur dengan kejadian alam ini. Saya ingin melihat apakah pesan Allah kepada hambaNya yang ingin berfikir tentang kejadian alam di dalam al-Quran, memetik terjemahan tafsir Al-Azhar oleh Buya Hamka,
Firman ALLAH dalam Surah Al-Baqarah ayat:
“Yang telah menjadikan untuk kamu akan bumi, jadi hamparan…” (pangkal Ayat 22).
Pikirkanlah olehmu, hai manusia, akan ciptaan Tuhanmu itu. Terbentang luas sehingga kamu bisa hidup makmur di atas hamparan-Nya itu.
“…dan langit sebagai bangunan…” (tengah Ayat 22).
Yang dapat dirasakan melihat awannya yang bergerak di waktu siang dan bintangnya yang gemerlap di waktu malam dan mataharinya yang memberikan sinar dan bulannya yang gemilang cahaya.
“…dan diturunkannya air dari langit,…” (tengah Ayat 22).
Dari atas.
“…maka keluarlah dengan sebabnya buah-buahan, rezeki bagi kamu,…” (tengah Ayat 22).
Maka pandanglah dan renungkanlah itu semuanya, sejak dari buminya sampai kepada langitnya, sampai kepada turunnya air hujan menyuburkan bumi itu.
Teratur turunnya hujan menyebabkan suburnya apa yang ditanam. Kebun subur, sawah menjadi, dan hasil tanaman setiap tahun dapatlah diambil buat dimakan. Pikirkanlah dan renungkanlah itu semuanya, niscaya hati sanubari akan merasa bahwa tidak ada orang lain yang sekasih, sesayang itu kepadamu.
Dan tidak ada pula kekuasaan lain yang sanggup berbuat begitu: menyediakan tempat diam bagimu, menyediakan air dan menumpahkan bahan makanan yang boleh dikatakan tidak membayar. Sehingga jika terlambat hujan turun dari jangka yang terbiasa, tidaklah ada kekuatan lain yang sanggup mencepatkan datangnya.
“…maka janganlah kamu adakan bagi Allah sekutu-sekutu, padahal kamu mengetahui.” (ujung ayat 22).
Tentu kalau telah kamu pakai pikiranmu itu, mengetahuilah kamu bahwa Yang Maha Kuasa hanyalah Dia sendirinya. Yang menyediakan bumi buat kamu hanya Dia sendirinya, yang menurunkan hujan, menumbuhkan dan menghasilkan buah-buahan untuk makananmu hanya Dia sendirinya.
[lap air mata]...
Berita sana sini mengaitkan kejadian hujan yang berterusan dan membawa angin yang kadang-kadang laju sehingga mampu menumbangkan motor-motor kecil di jalan raya dengan kejadian fenomena taufan yakni kata kunci yang sesuai sebagai 'bencana alam'.
Jika jiwa kita masih mahu mencari rahmatNya, masih mengharap pada rahmatNya..seharusnya kita perlu memasang 'setting' minda bahawa musibah Allah adalah sebagai peringatan 'soft reminder' yang membawa kepada 'rasa hendak kembali' kepada penghambaan yang sebenar.
Dalam ayat tersebut, mesej yang hendak disampaikan Allah telah disimpulkan oleh Ulama' Nusantara (Buya Hamka) melalui tafsirnya. Mesej penting tersebut ialah Tauhidullah. Mengesakan ALLAH.
Bagaimana untuk tidak menyekutukan ALLAH?
Saya sendiri masih perlu mencari ilmu tersebut serta cara supaya selari dengan amalan. Apa pun, saya ada doa yang boleh dijumpai di dalam bacaan dzikir al-ma'thurat berbunyi:
Setiap kali ditimpa masalah, bila kita tahu Allah mengirimkan musibah untuk menaikkan darjat kita dan untuk mengingatkan kita bahawa Allah berkuasa ke atas segala sesuatu, kita akan berasa lega kerana Allah masih menghantar peringatan.
Na'udzubillahi min dzalik jika Allah tidak lagi memperdulikan kita dan kita menamatkan riwayat kita tanpa kita ada rasa nak kembalikan kepadaNya. Bila nyawa kita berada di kerongkong, taubat pada masa itu tidak berguna. Wallahu'alam.

Comments
Post a Comment