Protein Keluar Dari Badan
Bismillah..
Selama ni, saya tersalah faham istilah 'ada protein dalam kencing'. Mula-mula fikir, banyak sangat protein sehingga buah pinggang sukar nak tapis. Sampai berfikir mahu makan tauhu sahaja sepanjang masa. Mujur tak buat gituh.. Patutlah Dr Panel tempoh hari sebut "...tak da kaitan dengan jumlah protein yang dimakan."
Dr Lee bagi sedikit briefing pagi ni tentang kondisi sebenar. Apabila protein keluar dari badan, ia menyebabkan pembengkakan pada tubuh berlaku.
Berdasarkan analisis air kencing 24 jam. Confirmed sudah SLE yang berkaitan buah pinggang. Maka, rawatan sekarang 'on track'.
Renal Biopsy belum dapat dibuat kerana Haemoglobin (HB) darah Masih di bawah 10. Kalau tengok trend, menurun lagi..sebelum ni 9, dah tinggal 8.5. Patutlah susah nak berdiri dan berjalan lama-lama..pandai berbuai..
Sempat doktor bandingkan warna kulit tapak tangannya dengan saya. "Masih pucat ni..."
Dr Lee kata akan ambil masa untuk rawatan ini. Tapi harapan untuk baik tu masih ada. Biopsy ini penting untuk tentukan rawatan terbaik.
''... memang boringlah awak duduk sini kan..pergilah jalan-jalan ke bawah, kupi-kupi..itu jak la boleh buat..," cadangan dengan loghat Cina Dr Lee akhiri taklimat ringkasnya.
***
Saya senyum-angguk saja. Ndak tau mau respon apa. Ucap terima kasih sama doktor sebelum doktor keluar. Terus ke tandas. Masih pening hadam info. ..
*
Ikut flow aje la..😹, toksah fikir banyak..
Comments
Post a Comment