Pemecah Hening Fajar
Bismillah..
Sejam sudah usai diperiksa tekanan darah Dan suhu, tiba-tiba ada siren kecemasan berbunyi.
Siren tu panjang, mencemaskan. Diikuti tangisan sayu.
Berpisat mata untuk memahami situasi yang berlaku.
Ya, bunyi ini juga protokol ketika ada kematian pesakit. Ia pernah berlaku semasa di Klinik Sook tempoh hari.
Tapi, saya tak pasti. Hendak keluar dari bilik, takut mengganggu proses Pemberian bantuan kecemasan.
Semoga dipermudahkan semuanya yang terlibat.
***
Tangisan waris sangat meyayat hati. Moga pesakit lain tetap kuat semangat menghadapi situasi masing-masing.
Moga nurse yang bertugas tetap teguh hati.
Moga doktor yang bertugas dipermudahkan.
**
3.23am
Keadaan kembali bertenang. Mata pula tak nak lelap...
*
Kematian itu Pasti. Moga khusnul khotimah untuk kita semua. Anxiety datang pula. Nafas jadi berat. Atur nafas perlahan-lahan. Guna teknik daun.
-
5.27am
Nurse datang lagi untuk cek tekanan darah. Rupanya insiden pemecah sunyi tu tak ada yang meninggal. Hanya satu kecemasan yang tidak diduga. Pesakit itu telah dipindahkan ke ICU.
Comments
Post a Comment