Scallop
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen
Foto: Google Plus
Assalamualaikum semua, entri kali ini adalah berkenaan dengan langsir. Dalam gambar di atas, sebelah kanan menunjukkan rekaan langsir yang diberi nama, 'scallop'.
Jikalau digayakan dengan betul, ruangan rumah kita akan nampak sangat elegan dan bergaya. Keunikan yang dipersembahkan begitu menyerlah. Tidak hairan lah harganya juga lebih tinggi dari langsir biasa.
Pengalaman pertama saya membuat scallop ini membuktikan, kerumitan yang dihadapi adalah salah satu aspek yang dikira dalam kos upahnya.
Jenis kain juga perlu dititikberat semasa memilih material scallop. Kesilapan memilih fabrik akan menatijahkan hasil yang kurang nilai keasliannya dan akan dibandingkan dengan scallop yang diperbuat dari fabrik yang betul.
Jenis scallop yang biasa dijumpai antaranya,
'Royal Scallop'
'Loose Scallop'
'Hidden Scallop'
Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah langsir, dan berada di sekitar Kota Kinabalu, Sabah, bolehlah berhubung dengan admin blog ini.



Comments
Post a Comment