Ilmu Perawatan Diri Penting
Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera..
Selamat Malam..saya tulis entri ini sekitar jam 9 malam pada 15 April 2020..
Alhamdulillah..
Apa khabar semua?
Sedia maklum semua #StayAtHome sekarang sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Virus Corona masih mengganas. Nama samaran virus ini COVID19.
Cerita tentang kesihatan, susah sebenarnya hendak mengaku sakit saat-saat ini. Saya sendiri nak mengaku sakit dan berhasrat nak jumpa doktor pun seriau. Risiko jangkitan lebih tinggi bila ke rumah-rumah sakit!
Hikmah PKP ini saya terfokus pada ilmu perawatan. Saya mengenali bidang perawatan sejak di kampus. Asbab saya selalu jatuh sakit, saya belajar ilmu merawat. Ilmu makan makanan yang sihat.
Beza selepas belajar ilmu pemakanan ketika itu, saya sangat anti makanan 'cekedis' atau junk food. Sampai saya banned sungguh-sungguh semua makanan segera.
Saya dalam tahap itu mampu jana income sendiri membuat rawatan bekam dan refleksologi di kampus. Semangat nak bantu orang yang sakit sampai lepas kuliah petang menyambung urusan ke kolej-kolej penginapan. Di UIAM kami panggil mahallah.
Kedudukan yang berjauhan yang kadang kena berjalan kaki membawa alatan tu seperti tidak menghalang saya untuk terus pergi jauh.
Masih diingati juga masa tu, saya pernah ikut satu pertandingan 'bussiness proposal' anjuran Fakulti Ekonomi & Pengurusan. Seingat saya tidak ramai Kos lain yang sertai. Saya dengan penuh semangat membentang proposal saya di hadapan semua penonton. Proposal apa lagi kalau bukan Bisnes Bekam saya.
Dalam proposal tu saya bagi tahu berapa target prospek saya nak cari. Berapa income saya dapat..
Ada pertanyaan demi pertanyaan saya jawab dalam keadaan yang yakin. Alhamdulillah.
Saya rindu semangat ketika itu.
Saya sangat rapat dengan leader saya ketika itu. Kak Mardiana @ Kak Ayu. Dia rajin lawat UIAM. Pak Lah leader Kak Ayu, sangat suka kongsi informasi dan ilmu perawatan. Team HPA yang lain. Tuan Redzuan di Rawang. Beberapa kursus saya sempat join di sana. Sijilnya masih tersimpan. Tuan Ismail, perawat muda dan sudah memiliki pusat rawatan sendiri dari zaman kampus lagi.
Zaman Gelap
Tahun demi tahun, saya semakin disibukkan dengan kerja kursus akhir tahun yang saya mulakan awal setahun. Saya mulai jauh dari rutin-rutin tersebut. Perasaan saya jadi tertekan dan stress. Akhirnya membawa kepada Anxiety yang kurang terkenal pada masa itu. Saya rasa diri saya terlalu banyak kekurangan. Saya menjauhi keramaian. Saya terus memencil diri. Tinggal luar kampus. Ulang alik dari rumah sewa ke kampus sendirian. Sangat rasa sepi.
Sampai satu tahap saya rasa susah nak bernafas. Kejadian berlaku selepas pulang dari berprogram di Sabah. Semasa di Sabah, saya menjalankan misi untuk melawat keluarga angkat di Ranau. Saya gerak sendiri dari Kota Kinabalu. Oleh kerana kedatangan ini tidak terancang, saya menginap di sebuah surau atas cadangan seorang sahabat baik saya. Kebetulan surau itu ketika itu didiami oleh satu keluarga ibu tunggal, mualaf. Jadi pada saya, ia bukan sesuatu yang janggal.
Hendak menginap di Hotel, saya bukan ke sana dengan keadaan yang mewah.
Petang itu, selepas berjumpa beberapa orang untuk perancangan perjalanan esok hari. Saya pulang ke Surau untuk membersihkan diri dan berehat. Saya masuk ke surau dan menghidupkan kipas. Tapi beberapa saat kemudian saya berasa panas di atas kepala. Bila menoleh ke belakang, rupanya kipas surau sedang terbakar!
Saya jadi panik. Saya berlari mencari makcik yang tinggal bersama saya. Dia ada di dewan sebelah surau. Sedang mandikan anak-anaknya. Sambil tangan saya mendail nombor rakan terdekat yang tinggal di kampung itu, saya cuma cakap, 'surau terbakar, cepat!'. Lepas tu saya tekan butang merah.
Makcik itu dengar saya kata 'surau terbakar' dia pun berlari-lari tanpa pakai tudung ke surau dan mencari baldi. Tadah air.
Masa kelam kabut begitu. Ya Allah, ajaibnya api itu hanya terpadam di sekitar kipas sahaja. Siling Surau itu tidak terbakar. Hanya kelihatan gelap kerana asap api tadi. Bayangkan surau itu keseluruhannya diperbuat daripada kayu. Alhamdulillah, saya terduduk sebab terlalu cemas.
Malam itu, surau black out sepenuhnya. Saya menyalahkan diri saya sepanjang hari. Itulah cerita surau terbakar. Kesannya, bila di rumah sewa, rakan rumah sewa saya baru beli mesin basuh terpakai. Bila saya guna, saya tercium bau terbakar sama seperti di surau tempoh hari.
Otak saya terus jem.
Nafas jadi sekat. Dada sakit sangat. Esoknya saya collapse. Tak dapat nak berdiri. Saya bagitahu kawan sekelas, saya tak dapat hadir. Saya nak ke hospital pada hari itu juga.
dipendekkan cerita, hasil daripada semuanya saya disahkan anxiety.
Daripada sana saya merawat diri.
Perjalanan rawatan saya panjang sebabnya, tidak lama selepas itu, saya tamatkan tahun akhir dan pindah balik Sabah. Di sini, perjuangan menyihatkan diri di sambung.
Keadaan beransur pulih selepas berada dalam kalangaan orang-orang positif. Banyak dengar nasihat-nasihat dari para perawat Darussyifa. Saya semakin stabil. Cuma bab Anxiety tak hilang sepenuhnya kerana terlalu banyak perkara trigger anxiety ini. Kehidupan yang stress masa tu nak kahwin. Berhenti kerja. Kerja tempat baru. Selepas kahwin pula dapat ujian baru, ada cyst. Stress.
Masa ni saya telah mulakan rutin mengurut setiap bulan. Sebab rasa badan jadi tepu dalam masa sebulan mesti perlu berurut. Saya kenal dengan Kak Syatirah, Bidan Sempoi dalam Fasa ini. Siap sempat jahitkan Kak Ummi pembahagi partition untuk bilik urutan Muslimah. Terima kasih kak Ummi!
Oleh kerana cara hidup saya tak berapa membantu kurangkan stress, cyst makin membesar. Akhirnya, dibedahlah cyst tersebut. Namun stress lagi sebab selepas bedah tu kena jalani terapi hormon untuk stabilkan semula keadaan diri. Masa itu, sangat mudah nak marah nak sedih dan sebagainya. Dipertemukan dengan seorang Dr. Dia buat surat referal ke HQE1. Mulalah konsult Dr, kaunseling dan Terapi Cara Kerja untuk pulihkan diri. Alhamdulillah. Semua beransur pulih dan semakin positif.
Selepas proses rawatan itu, saya dapat sedikit ilmu untuk kekal positif. Saya sudah boleh elak pemikiran negatif yang sebelum ini sangat menghimpit saya setiap hari.
Akhirnya, saya jumpa semua jalan perawatan untuk diri saya. Rupanya dalam tidak sedar. Terlalu banyak penyakit yang hinggap pada diri saya semasa saya berfikiran negatif.
Jadi kesimpulannya, pemikiran negatif membuka kepada pintu penyakit pada diri kita. Hindari berfikir negatif. Terus berusaha mencari penawar untuk setiap masalah kita. Rawat secara satu persatu. Hayati pengalaman merawat diri. Anda akan menjumpai orang-orang yang positif pada setiap peringkat rawatan yang anda lalui.
Sekali kita berniat untuk sembuh, Allah akan datangkan kepada kita orang-orang yang akan membantu kita terus tabah mengharungi proses kesembuhan. In shaa Allah.
Saya doakan setiap pembaca yang sedang mengalami kecelaruan fikiran, carilah jalan perawatan. Mulakan sekarang. Kalau bukan sekarang bila lagi?
In shaa Allah semuanya, moga dipermudahkan jalan kesembuhannya. Sihat itu sangat disyukuri ketika kita merasai kesakitan. Maka nikmat sihat kali kedua gunakan untuk menjalani ibadah kesyukuran kita pada Allah. Jangan buat perkara yang menjemput kembali penyakit-penyakit lalu.
Saya yakin semua akan pilih sihat jika boleh buat pilihan. Hanya saja ketika sakit hikmahnya akan terasa bila kita banyak merenung dengan mata hati. Jangan banyak termenung dengan mata fizikal. Nanti tak sihat-sihat jadinya. Bertindaklah.
Jumpa lagi pada pengisian seterusnya..
wassalam..

Comments
Post a Comment