Sketsa Ramadhan Kali ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar sahabat pembaca. Alhamdulillah, ketika tulisan ini diketik, hari ini sudah Ramadhan ke-2. 

Alhamdulillah.Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Luar biasa aura Ramadhan tahun ini. Semua orang berpeluang berpuasa dengan keluarga masing-masing. Majlis ilmu juga ada di mana-mana. Mudah diakses sampai kena pilih  nak dengar yang mana.

Penjimatan belanja juga diaktifkan pada musim ini kerana berada dalam fasa 4 PKP.

Berpeluang mencuba resepi baru. Saya sendiri berasa sangat dirahmati bila boleh memasak mengikut resepi yang saya mahu. Dalam fatrah biasa saya lebih suka memasak mengikut mana yang sempat. Dan lebih banyak makan di luar kerana pulang sudah lewat malam.

Namun, ada juga dalam pemerhatian saya menangkap beberapa isu yang tidak begitu enak dibaca dan dihadam oleh akal. Antaranya isu menunjuk sedekah, isu Rohingya dan isu pemohon sumbangan suka meminta sumbangan dalam masa yang sama sudah menerima sumbangan.

Beginilah, untuk tidak memeningkan kepala, isu menunjuk memberi sumbangan itu sebenarnya terpulang pada niat individu kerana dia sahaja yang tahu bagaimana dia menjaga hatinya. Kita fahamkan diri kita, niatnya bukan untuk tunjuk kaya, tapi nak bagi tunjuk ramai lagi manusia di Malaysia yang tanpa mengira bangsa memerlukan sokongan dan bantuan material. Cari sisi pandang yang positif. Elakkan menambah panas perbincangan yang lebih kepada 'membangkai'[ baca: ganti  perkataan 'membawang'] jika tidak benar akan membawa kepada 'memfitnah'.

Kedua, isu Rohingya, saya mula terbaca sisi negatif bangsa ini. Kita berharap agar kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan isu ini. Kerana itu bukan di dalam kuasa kita sebagai rakyat. Bagi pandangan boleh cuma jangan ada di hati rasa kita lebih tahu semua perkara. Letakkan kepercayaan kepada barisan pemimpin kerana mereka mempunyai 'helicopter view' dan capaian yang lebih besar dalam mengumpul maklumat-maklumat yang kita tak tahu.

Ketiga isu pemohon sumbangan yang mahu ahli keluarganya berkali-kali dapat sumbangan. Saya berasa berbelah bagi untuk mengulas hal ini. Tapi, bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan, cuba kreatif keluar dari masalah dengan mencari peluang yang boleh diceburi seperti bisnes online. Kita faham pekerja yang paling aktif sekarang adalah bekerja dari rumah. Cuba buka hati untuk melihat peluang-peluang menjadi dropship atau menambah nilai diri agar boleh melakukan sesuatu.

Dan ada dalam kalangan mereka ini mempunyai kekangan yang besar seperti akses talian internet yang terbatas. Atau langsung tidak mempunyai telefon pintar. Orang-orang begini perlulah dibantu. Kesedaran orang sekeliling kena ada juga.

Saya sedih mendapat mesej memohon bantuan yang bertubi-tubi dari orang golongan ini. Dalam hierarki saya sebagai petugas, saya akan meminta mereka mengisi borang maklumat dan menghantar kepada petugas yang mengatur pengagihan sumbangan. Saya doakan mereka diberikan kemudahan dalam setiap apa yang diusahakan dan diperolehi.

Tapi jauh disudut hati, sedikit terkilan kerana ramai antara mereka bukan warga. Mereka ini berpeluang untuk tidak dilihat oleh mata-mata kasar kerana kewujudan mereka sebelum ini tidak diketahui.

Saya doakan mereka semua dipermudahkan urusan.

Jadi moga-moga, kita semua mengharungi Ramadhan tahun ini dengan penuh berhati-hati dalam penggunaan masa, pengawalan sikap dan kata-kata dalam perbualan atau komen di dalam media sosial. Tidak semua perkara kita perlu mengeluarkan pendapat. Pendapat kita tak mengubah apa-apa jika isu yang dibincang itu habis dalam media sosial dan tidak melibatkan orang-oran yang ada kuasa. Akhirnya akan keluar kata-kata cacian, makian dan cercaan bagi menyedapkan hati yang tidak dipedulikan pandangan kita.

Sebaiknya perkara yang kita tidak pasti kita tak perlu kongsi. Ia untuk menjaga diri dan diri orang lain.

Sama-sama hadkan diri untuk tidak terlalu berada dalam mood online terlalu lama. Baik untuk buat shedule posting yang berfungsi sebagai pengganti kita di alam maya. Jawab bila ada orang bertanya sahaja. Untuk men
jaga silaturrahim. In shaa Allah..

Nak mulakan diari Al-Quran?




Comments

Popular posts from this blog

Upgrade Level -

Brain On Fire

Kembali Bertunas