Biopsy Successful!
Bismillah walhamdulillah~
Tak sabar nak share sini, saya dah buat Biopsy ( Bangga~)
Sebelum ini dek kerana HP darah tak stabil, Doc tidak berani nak buat biopsy. Asyik-asyik 6.00 ++.
Kemudian bila nampak 9.00++, Doc terus nak buat. Saya yang takut-takut pun redah sajalah. Alhamdulillah semua baik, berakhir dengan baik.
Bagi pesakit SLE Nephritis, biopsy ini adalah satu prosedur yang mesti dibuat untuk mengetahui step rawatan seterusnya dalam jangka masa panjang. Awok yang senasib dengan saya, kena sentiasa tanam dalam minda, kita nak stabil secepatnya untuk menjalani kehidupan yang berkualiti bersama SLE. Biopsy la ye..jangan elak step biopsy ini.
***
Tadi doktor minta untuk rehat sepanjang hari agar boleh meneruskan rawatan SLE yang seterusnya. Jika lebihan air dapat diturunkan dalam badan, akan sambung rawatan. Keadaan sekarang ni, kaki susah nak hilang air dalam otot.
Jadi, untuk mempercepatkan pengurangan air, saya cuba stay katil sebaik siap solat Isyak. Kaki dinaikkan ke atas supaya boleh turun ke pundi kencing dan keluar dari CBD yang dipasang sejak seminggu lepas.
Kalau sepanjang siang, kita banyak letak kaki di lantai, kini, malam kita bagi 'chance' agar air yang diminum sejak pagi dapat dikeluarkan dengan selamat.
Doktor minta saya hadkan pengambilan air sebanyak 1L sehari. Saya minum 40mL saja setiap jam. Itulah yang mampu dilakukan. Jika perlu minum air manis atau suplement, selagi doktor tak bantah, kasi on sejja.
Walau begitu, saya tetap makan buah-buah yang banyak air untuk cover haus sepanjang proses minum 1L ini.
Antara buah yang saya consume untuk dapatkan airnya:
1. Buah Limau 'Orange'
2. Buah epal
3. Buah pir
4. Anggur (Jarang)
Cheat juga, tapi berkesan juga. =)
***
Keputusan Biopsy akan diketahui minggu depan. Jadi, doktor akan teruskan rawatan SLE untuk saya. Tak ingat apa sebutannya.
Comments
Post a Comment