Catatan Hati: Mesti Air Mutlak

Teks: Siti Azimah Binti Rupilen


Assalamualaikum, dan selamat petang. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang Fiqh Thaharah.

Satu soalan yang saya ingin ajukan sebelum saya berkongsi ilmu, adakah selama ini kita beristinjak dengan cara yang betul?


Saya cuba menempelkan cara istinjak daripada perkongsian ustaz ini:


http://www.ustaznoramin.com/2011/03/istinjak-atau-membersihkan-kemaluan.html?m=1


“...Istinjak Dengan Air Mutlak

Menurut Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat mengatakan bahawa :

“Beristinjak menggunakan air samalah juga dengan menggunakan batu iaitu dibersihkan sehingga hilang bau, rasa, zat dan warnanya.”

Untuk memastikan bersih atau tidak qubul atau dubur, maka boleh dirasakan dengan tangan sendiri, jika ia berasa kesat dan tidak berlendir, maka ia telah dikira bersih dan suci qubul atau dubur. Air merupakan alat yang terbaik untuk beristinjak, kerana air dapat menghilangkan ain, rasa, bau dan warnanya sekali.

Cara Istinjak Dengan Air Mutlak

Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis.

Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri.

Makruh memasukkan jari ke dalam dubur.

Bagi perempuan yang dara semasa beristinjak hendaklah membasuh benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan memasukkan sedikit ruas jarinya.

Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik najis padanya ketika membasuh dubur.

Sunat selepas istinjak menggosak tangan ke tanah sebelum membasuh tangan.

Sunat ketika istinjak membaca doa.

Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak.

Hendaklah hilang ain najis, warna dan rasanya (rasa di tangan). Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.

Setelah selesai beristinjak dengan menggunakan air mutlak, batu atau benda-benda kesat, maka disunatkan membaca doa :

“Ya Allah, bersihkan hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kejelekkan (kekotoran).” ...”


Sudah selesai pembacaan petikan di atas? Saya ingin tekankan pada perkataan ‘AIR MUTLAK ‘ sebagai alat istinjak. Saya yakin semua tahu maksud air mutlak.


Cuma satu yang saya rasa perlu diberikan peringatan buat diri dan para pembaca yang budiman, jangan kita menggunakan air basuhan wudhuk sebagai air istinjak kerana ia bukan air mutlak.

 Kecuali, jika basuhan pertama guna air basuhan tersebut( air musta'mal),  kemudian diakhiri dengan air mutlak, air dari kepala paip untuk bahasa mudahnya.
Kita akan menjadi suci dan boleh menunaikan solat tanpa was-was. In shaa Allah.

Mudah mudahan kita semua bukan dari kalangan mereka yang meremehkan hal istinjak ini. Amin..

Comments

Popular posts from this blog

Upgrade Level -

Brain On Fire

Kembali Bertunas