Hidayah Dalam Hidayah: B1 Rahsia Terbongkar
Petang itu cuaca panas terik. Tiada awan kelihatan di langit biru. Farha berjalan keluar menuju ke bilik cetak sekolah kerana rasa bosan. Masa belajar sudah tamat, tapi para guru masih belum pulang. Tahap 2 masih belajar. Farha murid Tahun Tiga ber
Farha bertingkah seperti anak raja. Mentang-mentang ayahnya guru besar di sekolah itu. Dia bebas memasuki bilik-bilik yang ada. Kebetulan bilik cetak itu mempunyai pintu yang sama dengan Bilik Agama. Ustaz Radzi hanya membiarkan Farha meninjau-ninjau bilik cetak yang sebenarnya terdapat sebuah rak yang dipenuhi buku agama simpanan Panitia Pendidikan Islam. Ustaz Radzi tiada kelas hanya duduk di mejanya dan menyemak buku latihan murid.
Sebuah buku tanpa kulit menarik perhatian Farha. Buku itu ditarik dari rak dan dibelek.
'Sunan At-Tirmidzi', Farha mengeja tajuk tulisan Roman yang ada.
Semasa menyelak muka surat demi muka surat, Tajuk 'Tanda-tanda Kiamat'
Minda Farha cuba membayangkan teks maksud dari tulisan Bahasa Arab yang ada. Dia termenung lama.
'Apa maksud teks itu?'
'Siapa yang cakap?'
Tapi soalan itu tidak terjawab. Farha menutup buku dan menyimpannya semula. Baginya teks itu sangat tinggi untuk difahami. Hanya saja kepalanya tidak migrain. Farha meninggalkan bilik itu dan mengambil keputusan untuk pulang rumah kerana Ustaz Radzi sudah mendahuluinya pulang. Ustaz Radzi hanya berpesan kepada Farha untuk kunci mangga jika keluar dari sana.
****
Malam itu, Farha termimpi sesuatu yang sangat pelik. Langit menjadi kelabu dan semakin kelabu. Dari kelabu muda kepada kelabu gelap, Farha jadi panik kerana perubahan warna langit itu sangat cepat. Secepat orang menutup langit menggunakan kain yang lebih gelap sehingga tiada cahaya mampu menembusi ke bumi.
Farha melihat sekeliling dan melihat para manusia berlari-lari ke arah bukit. Seperti merasakan menaiki bukit sebagai cara untuk terlindung dari kegelapan yang melanda. Antara ramai-ramai manusia yang berlari-lari dalam keadaan gawat itu, anak mata Farha tertangkap sosok seorang ibu yang sedang mengandung tapi dia seperti tidak merasa dirinya sedang hamil. Lajunya berlari seperti lajunya orang berlari atas 'Track' perlumbaan. Farha risau ibu itu terberanak!
Tapi dia pun tidak memastikan keselamatan ibu tadi kerana dia sedang berlari juga untuk menyelamatkan diri dari kegelapan.
Keadaan semakin genting. Belum sempat Farha memanjat bukit, keadaan terus menjadi gelap!
Farha terjaga.
Dia melihat lampu sumbu minyak tanah di atas meja bilik. Sunyi.
Farha tidak mengeluarkan sebarang suara kerana cengkerik lebih mendominasi suasana.
****
"Farha, buat apa tu?"
Ibu Farha menegur Farha yang sedang terkial-kial memakai tudung dan memperbaiki tudung di hadapan sebuah cermin. Tubuhnya yang yang pendek dibantu oleh kerusi kayu agar dapat melihat wajah sendiri pada cermin yang bergantung pada dinding.
"Susah juga ya nak pakai tudung selalu..."

لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَرَوْا أُمُوْرًا عِظَامًا لَمْ تُحَدِّثُوْا بِهَا أَنْفُسَكُمْ، يَتَفَاقَمُ شَأْنُهَا فِي اَنْفُسِكُمْ، وَتَسْأَلُوْنَ هَلْ كَانَ نَبِيُّكُمْ ذَكَرَ لَكُمْ مِنْهَا ذِكْرًا، وَحَتَّى تَرَوْا الْجِبَالَ تَزُوْلَ عَنْ أمَاكِنِهَا.Hari kiamat tidak akan terjadi sampai kalian melihat kejadian-kejadian agung yang belum pernah kalian dengarkan ceritanya; keadaannya terasa gawat bagi diri kalian; dan kalian bertanya-tanya, apakah Nabi kalian pernah memberikan suatu peringatan terkait kejadian-kejadian itu?; dan hingga kalian melihat gunung-gunung runtuh dari tempat-tempatnya. [HR. Imam Ahmad dan al-Thabarani dari Samurah bin Jundub RA]Hadits ini disebutkan dalam versi lengkap berupa hadits yang panjang dalam al-Musnad Imam Ahmad; al-Mu’jam al-Kabir karya al-Thabarani; Sunan al-Baihaqi; Shahih Ibn Hibban; Shahih Ibn Khuzaimah; al-Mustadrak karya al-Hakim; Majma’ al-Zawaid karya al-Haitsami dan Mushannaf Ibn Abi Syaibah. Status hadits ini adalah shahih.
Minda Farha cuba membayangkan teks maksud dari tulisan Bahasa Arab yang ada. Dia termenung lama.
'Apa maksud teks itu?'
'Siapa yang cakap?'
Tapi soalan itu tidak terjawab. Farha menutup buku dan menyimpannya semula. Baginya teks itu sangat tinggi untuk difahami. Hanya saja kepalanya tidak migrain. Farha meninggalkan bilik itu dan mengambil keputusan untuk pulang rumah kerana Ustaz Radzi sudah mendahuluinya pulang. Ustaz Radzi hanya berpesan kepada Farha untuk kunci mangga jika keluar dari sana.
****
Malam itu, Farha termimpi sesuatu yang sangat pelik. Langit menjadi kelabu dan semakin kelabu. Dari kelabu muda kepada kelabu gelap, Farha jadi panik kerana perubahan warna langit itu sangat cepat. Secepat orang menutup langit menggunakan kain yang lebih gelap sehingga tiada cahaya mampu menembusi ke bumi.
Farha melihat sekeliling dan melihat para manusia berlari-lari ke arah bukit. Seperti merasakan menaiki bukit sebagai cara untuk terlindung dari kegelapan yang melanda. Antara ramai-ramai manusia yang berlari-lari dalam keadaan gawat itu, anak mata Farha tertangkap sosok seorang ibu yang sedang mengandung tapi dia seperti tidak merasa dirinya sedang hamil. Lajunya berlari seperti lajunya orang berlari atas 'Track' perlumbaan. Farha risau ibu itu terberanak!
Tapi dia pun tidak memastikan keselamatan ibu tadi kerana dia sedang berlari juga untuk menyelamatkan diri dari kegelapan.
Keadaan semakin genting. Belum sempat Farha memanjat bukit, keadaan terus menjadi gelap!
Farha terjaga.
Dia melihat lampu sumbu minyak tanah di atas meja bilik. Sunyi.
Farha tidak mengeluarkan sebarang suara kerana cengkerik lebih mendominasi suasana.
****
Ibu Farha menegur Farha yang sedang terkial-kial memakai tudung dan memperbaiki tudung di hadapan sebuah cermin. Tubuhnya yang yang pendek dibantu oleh kerusi kayu agar dapat melihat wajah sendiri pada cermin yang bergantung pada dinding.
"Susah juga ya nak pakai tudung selalu..."
Farha menghembuskan nafas yang berat. Tapi dia masih gigih melipat tepi tudung agar muncung tudung kemas tidak 'keronyok'.
"Argh..." tudung di kepala ditanggalkan.
'Cantik rambut ni, macam ekor kuda. Tapi...'
Farha tiba-tiba dapat idea yang sangat bernas...'Ha...'. Dia segera turun dari kerusi dan mencari ayahnya.
*****
Farha keluar bermain dengan tudung walaupun bajunya masih baju pendek lengan. Suasana petang itu agak meriah kerana ada perlawanan persahabatan antara penduduk kampung di padang sekolah. Farha mengambil peluang untuk bermain bersama rakan-rakan sekelas yang juga bermain sesama mereka.
Apabila melihat Farha bertudung, mereka terhenti bermain sebentar dan tersipu-sipu. Mereka tidak bertanya banyak. Farha lega kawan-kawan itu memahami hasratnya.
Main kejar-kejar Police & Thief. Inilah permainan lagenda di sekolah itu. Semasa berlari menyelamatkan diri, Farha berlari ke tengah padang dengan tidak sengaja. Lalu tidak semena-mena Farha tidak dapat menjangka bola yang sedang ditendang oleh penyerang pihak kampung sebelah melayang ke arah Farha dan mengenai kepala Farha. Farha terpelanting. Tudung Farha tercabut.
Rambut Farha terserlah. Semua orang panik kerana Farha adalah anak kepada Guru Besar!
Farha spontan mencapai semula tudung di atas rumput dan berlari ke rumah.
Kedengaran suara penendang bola tadi berkali-kalli memohon maaf pada ayah Farha.
Malam itu, Ayah Farha memarahi Farha kerana bermain terlalu hampir dengan tiang gol. Namun, bukan kata-kata ayahnya yang menjadi penyebab gusarnya hati Farha, Farha lebih risau anggapan kawan-kawan kepadanya yang sudah mengetahui rahsia Farha bertudung. Rahsia itu adalah Farha telah memotong rambut ke paras tomboy.

Comments
Post a Comment