JIn Nian Wo xue ZongWen!
Assalamualaikum, How are you, kaifa halukum? ni hao ma?
Alhamdulillah, setelah lama berdiam, akhirnya dapat juga masa untuk menulis sesuatu di dalam blog kehidupan ini..^_^
kamu apa cerita?
Seperti biasa saya masih menunggu temuduga SPP.
Alhamdulillah nak bagi tahu saya telahpun selesai KDC dan telah mendapat sijil diploma tersebut. Alhamdulillah..
Kini saya akan terus melangkah untuk melaksanakan apa yang sepatutnya dimasa akan datang.
Generasi muda harapan bangsa..
Murid-murid..na..wo lai le..
BAGAIMANA PDPR ANDA?
Semua tahu kan? PKP 2.0 dilaksanakan sejak Januari tahun ini..Oleh itu, berPDPR adalah pilihan terbaik. Kalau tanya saya, saya cuba yang terbaik untuk pastikan murid dapat apa yang mereka perlu dapat. In shaa Allah.
Alhamdulillah, sekarang banyak perkongsian guru-guru berkolaboratif untuk sama-sama maju kehadapan. Saya pun teruja, awal bulan Februari ini webinar perkongsian PDPR seperti cendawan tumbuh selepas hujan semuanya. Seperti hampir setiap minggu ada webinar. Mata pun jadi bertambah rabun! 0_0
Namun, itulah yang namanya guru, akan terus berani menongkah arus untuk sama-sama bergerak seiring dengan keupayaan guru secara global. Pandemik bukan di Malaysia sahaja tetapi seluruh Dunia. Maka, saya pasti semua guru dalam dunia ini akan cuba cara yang baru untuk melaksanakan PDPR masing-masing.
Saya ada lihat satu Vlog keluarga youtuber di luar negara. Dia juga memberikan ekspresi yang agak terbeban dengan PDPR ini (Home Base Learning). Cuma di sana lebih canggih kerana capaian internet lebih baik. Anak-anaknya juga dibekalkan komputer riba seorang satu walaupunbaru standard 1.
Usah bandingkan dengan negara kita. Saya percaya kita semua sedang cuba yang terbaik!
Apa yang mampu anda lakukan, lakukanlah...Waima anda seorang ibu bapa, guru , pentadbir atau murid sekalipun, kita perlu guna ruang dan peluang yang ada di depan mata.
Saya pasti semuanya telah bersedia sejak bulan Januari.
MOga Pandemik ini kembali pulih dan semua dapat ke sekolah seperti biasa...Amin...
HIKMAH PKP
Alhamdulillah, saya cuba mengisi ME TIME untuk memutuskan rantaian BURNTOUT akibat kerja terlebih masa dari rumah dengan mempelajari Bahasa Mandarin secara online. Setakat ini, pengisiannya agak mudah dan menyeronokkan. Menepati tujuan saya mewujudkan agenda ini dalam rutin harian.
Mungkin akan ada yang bertanya, 'Mengapa belajar bahasa mandarin?'
Jawapan saya, 'Sebab saya suka mempelajari budaya orang lain dan bahasa asing'. ^___^
Ia akan memudahkan komunikasi saya pada masa akan datang. Seorang Pensyarah IPG saya ada kata, belajar budaya orang ini akan meluaskan lagi dimensi pemikiran dan akan lebih memudahkan kita menyesuaikan diri di mana saja.
Bahasa Mandarin ini unik bagi saya kerana dengan hanya nada yang berbeza akan membawa maksud yang berbeza. Jika bahasa Arab hanya kerana baris disebut salah berbeza maksud, ini hanya nada..
Comments
Post a Comment