HDH : Doktor atau Ustazah?

Suasana kenduri kendara di kampung sangatlah ditunggu oleh Farha. Hari ini, ramai sepupunya akan datang malam nanti. Keluarga kembangan yang terdiri dari dua nenek itu menyebabkan rumah Aki Farha penuh. Full house! 


Sepupu yang akan selalu ada aktiviti bersama adalah si kembar Farah dan Sarah. Dari aktiviti bercerita hantu sampai bercerita hal sekolah. Itulah rutin hari kenduri sekampung sehingga dipanggil makan. Dunia kanak-kanak sangat membahagiakan. 


Di saat kanak-kanak berlari-lari, main 'jadi - jadi', para beliawanis membantu para ibu di dapur. Sekali sekala Farha bertanya, 'mengapa para ibu kena menghidang makanan ke pinggan?' 

Jawabnya, 'supaya semua orang dapat bahagian.'

Jawapan seterusnya, 'Kelak, kalian akan menggantikan tempat kami menghidang makanan ini.' 

Farha tersengih. 

Farha mendekati Mak Longnya. 


"Mak Long, Farha sudah tahun 6. Tingkatan 1 nanti, apa sekolah yang patut Farha pilih?" 

"Pilih sekolah agama" 

"Tapi cita-cita Farha nak jadi Doktor" 

"Di sekolah Agama pun ada belajar subjek nak jadi doktor, Farha oii.." Para ibu yang ada di dapur itu tergelak serentak mendengar celoteh Farha. 

Farha tersipu malu dan minta izin ke tingkat atas untuk menyelamatkan air mukanya. =D

***

Keputusan UPSR sudah keluar. 


Farha tidak begitu teruja hendak mengetahui keputusannya. Dia yakin Bahasa Inggeris pasti akan mendapat B atau C. Manakala subjek lain Farha tidak memfokuskan sangat. Moga dijauhkan gred C.. 


Ayahnya pulang dari sekolah Farha. Dia tersenyum. Farha dapat menghidu berita baik. 


"Tahniah! Anda dapat 3A2B..."


"Apa yang B, ayah?" Respon Farha spontan. 


"Bahasa Inggeris dan Sains."

Senyuman Farha melebar hampir ke telinga. Gembira dan lega keputusannya tidaklah teruk seperti yang digambarkan. 


Usahanya berkelas tambahan, setiap petang. Pulang berjalan kaki, di atas jalan berhabuk batu tak penuh. Debu sahaja yang memenuhi wajah jika kereta lalu dek peluh membasahi. Semua itu berbaloi. Alhamdulillah.. 

Cuma, bolehkah memohon sekolah berasrama penuh dan sekolah SMKA? 


Farha tidak berfikir sangat. 

***

Tahun berikutnya. 

Farha, meneruskan pembelajaran di tingkatan 1 d Sekolah berkampiran Kampungnya. SMK Pekan. 

Suasana sekolah ini agak menyeronokkan walaupun dia belum dapat ramai kawan. Guru juga baik-baik. Farha diberitakan oleh guru kelas bahawa dia dilantik untuk. menjadi pengawas sekolah. 

Segalanya berjalan lancar sehingga satu hari, ayahnya berkata ada berita baik untuknya. Ada kekosongan di sekolah SMKA Kota Kinabalu dan ayahnya sedang merayu untuk memasukkan anaknya ke sana. Rayuan tersebut diterima. 

Bersinar mata Farha mendengar berita itu. Segala jawatan yang ditawarkan di SMK Pekan dirasakan begitu ringan untuk dilepaskan. Farha perlu membuktikan teori sekolah agama mampu melahirkan seorang doktor.

Kadangkala cita-cita seorang bocah belum tentu konsisten. Adakah Farha akan jadi doktor kelak?


Walaupun Ayahnya memintanya memikirkan keputusan itu sedalamnya. Farha minta proses perpindahan disegerakan. Tak sabar nampak.. 



Comments

Popular posts from this blog

Upgrade Level -

Brain On Fire

Kembali Bertunas