Aku Dan Brainstorming
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen
Alhamdulillah, program 'Brainstroming' sekolah berakhir hari ini.
Percaya atau tidak, takdir menghantar saya menuju ke dunia perguruan semula. Dua tahun lepas saya me'lari'kan diri daripadanya. Namun, semasa sesi taujihat pagi tadi. Sesungguhnya, baru saya sedar. Hidup ini ada yang mengaturnya.
Selepas terlalu banyak konflik dalam diri, akhirnya saya pasrah, dunia saya selepas ini adalah sebagai guru. Guru yang akan mengajar kebaikan. Guru yang akan dekat dengan al-Quran.
Sungguh terinspirasi, bahawa murid yang pernah kita ajar, setiap kebaikan yang dia lakukan kita akan dapat, setiap patah perkataan dari al-Quran yang dia baca, pahalanya akan dimasukkan ke dalam akaun kita tanpa menguranginya.
Saya pernah mendengar ayat ini dua tahun lepas, tapi kata-kata itu belum dapat saya memahaminya dengan benar.
Alhamdulillah, saya akan cuba berikan yang terbaik untuk peluang kedua ini.
Sakit, Sihat, Suka, Duka saya ada yang menjaganya dan menetapkannya, saya akan terima keadaan itu jika saya masih menerima rahmat dariNya.
Allahu musta'an..
Jom baca tentang guru insan terunggul di sini
***
Sepanjang saya mengamalkan pemakanan sunnah, saya dapati jiwa saya lebih tenang dan berani menghadapi realiti hidup dan mengurangkan rasa bimbang.
.
Jika saya sakit Allah adalah penyembuhnya. Dan Allah akan menilai usaha kita dalam membuat rawatan.
.
Hari ini saya terpana bila seorang penghafaz al_Quran mengelakkan diri sedaya upaya daripada mengambil bahan yang bersifat kimiawi sebagai ikhtiar hanya kerana untuk menjaga kualiti hafazannya. Apapun, moga Allah berikan kesembuhan kepadanya. Mohon doa pembaca semua.
.
Dia memilih berikhtiar dengan pemakanan sunnah dengan penuh tawakkal.
.
Semuanya di atas pilihan kita.

Comments
Post a Comment