Mari Ber'kawan' dengan Blog Saya
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen
Bismillah Walhamdulillah.
Terima kasih kerana membaca entri ini. Kali ini, saya cuba berkongsi tentang sesuatu yang mungkin anda sudah tahu, tapi selalu terlepas pandang. Keratan gambar di bawah adalah dari sebuah blog sahabat saya. Dia juga protage Akademi Bekerja Dari Rumah. Di dalam gambar berikut, saya bulatkan mengenai "G+ 2 Circles".
Saya baru tahu fungsi ikon itu. Saya sudah klik kemudian keluar nombor 2. Saya hairan kenapa jadi dua. Rupanya, ia adalah jumlah orang yang akan menerima notification jika saya share sesuatu dalam blog saya. Apabila saya menekan butang 'share' di bahagian 'post' blog saya, sesiapa yang ada dalam 'circle' saya akan mendapat berita tersebut sama ada melalui email atau notifikasi di tepi gambar profile google profile kita.
Cuba lihat atas sebelah kanan. Di sana ada gambar profile google kita, merangkap gambar email akaun 'gmail' kita. Loceng di tepinya adalah notifikasi yang akan menyala jika ada entri baru dari sahabat blogger yang kita klik pada ikon G+ tadi.
Nak cuba?
Anda ke blog saya...www.sitiazimahbintirupilen.blogspot.com. Anda klik pada ikon 'g+' di bawah ini:
Maka, anda dengan hormatnya akan masuk dalam bulatan biru di bawah ini:
Kebaikan:
Jika anda suka mengikuti perkembangan blog saya, anda akan mendapat notifikasi setiap kali saya update blog tanpa risau terlepas pandang di status Facebook saya. Kecuali satu perkara, jika anda tidak memiliki akaun google!
Satu perkara lagi untuk pengetahuan, gambar di bawah ini terletak di sebelah kiri blog saya. Anda juga akan mendapat notifikasi. Tapi ini aplikasi yang lama. Selamat berkenalan.
Semoga entri ini bermanfaat buat rakan-rakan blog yang lain.
P/S:
Saya mengalu-alukan sahabat blogger, protage saya semua, serta mereka yang memiliki blog untuk menjadi sahabat saya melalui 'circle' ini. Jika anda ada bisness, blog yang bisness, saya akan mudah melihat perkembangan blog anda. Siapa yang untung? Anda juga..
Comments
Post a Comment