Bisnes Butik, Minat?
Teks: Siti Azimah Binti Rupilen
Bismillah Walhamdulillah..
Apa khabar semua? Semoga sihat selalu. Saya mendoakan semua pekerjaan yang anda lakukan dapat dijayakan dengan cemerlang. Hari ini saya teringin kongsi mengenai butik. Sebelum ini saya beranggapan bahawa bisnes butik adalah terhad untuk pakaian sahaja. Tapi, bila saya mula menceburi bidang Hiasan Dalaman, saya telah mengetahui bahawa butik juga boleh dibuat oleh mereka yang menceburi hiasan dalaman.
Apapun, saya sedar untuk setiap bidang baru memerlukan ilmu yang boleh memajukan kita. Jika kita hendak membeli rumah, kita hendaklah memasuki rumah tersebut dan meninjau untuk melihat apa keistimewaan rumah tersebut dan apakah keperluan kita mencukupi. Dapatkah rumah itu memberikan perlindungan kepada kita untuk tinggal di dalamnya. Selesa kah kita? Kemudian, Harga rumah perlulah dibandingkan dengan harga rumah-rumah yang sama jenis yang ada di sekitarnya agar kita boleh memilih yang paling berpatutan sesuai dengan kemampuan kita. Lokasi? Juga sesuatu yang mesti difikirkan dan dirancang.
Lihat, membeli rumah juga perlukan ilmu, inikan pula untuk menghias rumah tersebut. Pendek kata, semua perkara perlu ada ilmu sebelum menceburkan diri di dalam bidang tersebut.
Saya ada terjumpa tips untuk memulakan bisnes butik hiasan dalaman, tidak pasti ia berkaitan atau tidak. Tapi, pasti anda akan gembira membacanya kerana ada secebis ilmu baru yang akan anda perolehi dan boleh dikaitkan dengan kehidupan anda sekarang. Ini adalah sedutan dari blog sahabat usahawan juga, http://hijabbeautybusinesopportunity.blogspot.my/2012/09/perniagaan-hiasan-dalaman.html:
Perniagaan Hiasan Dalaman
Sebelum melibatkan diri di dalam mana-mana perniagaan, adalah penting :
1) Setiap bakal usahawan membuat tinjauan terhadap kemampuan diri dan terhadap dayamaju perniagaan yang bakal diceburi.
2) Maklumat asas yang perlu diketahui oleh bakal usahawan dari segi keperluan modal dan kos perniagaan sementara maklumat tambahan adalah seperti faktor-faktor persaingan dan maklumat persekitaran contohnya syarat penubuhan perniagaan seperti aspek perlesenan dan perundangan.
3) Pengetahuan clan keanggotaan di dalam persatuan-persatuan yang berkaitan dengan pemiagaan juga membolehkan bakal usahawan mendapatkan dan menambahkan maklumat lanjut berkaitan dengan perniagaan dari masa ke semasa dan seterusnya dapat mewujudkan jaringan perhubungan di dalam perniagaan.
(A) Pengusaha
1). Kelayakkan yang diperlukan
Seseorang yang ingin memulakan perniagaan hiasan dalaman perlulah sekurang-kurang memiliki kelayakan Sijil Rendah Pelajaran di samping mempunyai bakat dan minat yang dalam terhadap bidang ini. Manakala untuk meningkatkan daya saing, pemilikan sijil-sijil profesional yang berkaitan seperti sijil profesional di bidang hiasan dalaman, alam bina dan rekabentuk pengkomputeran adalah merupakan satu kelebihan kepada pengusaha.
(B) Produk
Dalam aspek produk, perkara yang dibincangkan adalah kategori produk (perabot dan hiasan pelengkap/'finishing'), bagaimana bekalan diperolehi, bilangan pembekal, cara pembayaran,peralatan khusus perniagaan, peletakan harga produk dan kaedah melakukan jualan.
(C) Operasi
1) Hari/Waktu Beroperasi
Kebanyakkan peniagaan hiasan dalaman di buka setiap hari (tujuh hari seminggu). Peniaga biasanya membuka perniagaan dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.
2)Bilangan pekerja
Jumlah bilangan pekerja yang diperlukan bagi memastikan perniagaan berjalan dengan lancar tidak tertakluk kepada keluasan premis perniagaan. Secara purata, peniaga boleh mengambil di antara satu hingga tiga orang pekerja tetap.
(D) Pasaran
1). Kumpulan Sasaran/Jenis Pelanggan
Kumpulan sasaran perniagaan ini adalah pelanggan-pelanggan residen dan organisasi yang datang dan terus membeli di premis perniagaan. Di samping itu peniaga boleh menambahkan pelanggan dengan mendapatkan kontrak atau tempahan daripada hotel atau restoran. Kontrak jangka panjang biasanya didapati melalui kenalan atau saudara mara dan juga promosi yang dilakukan.
2). Pesaing Utama
Pesaing utama peniagaan ini adalah peniaga-peniaga hiasan dalaman yang berniaga berdekatan dengan premis, peniaga-peniaga yang lebih besar yang telah lama beroperasi dan kedai-kedai rangkaian hiasan dalaman.
(E) Kewangan
1). Jumlah Jualan Bersih
Peniaga boleh menjangkakan jualan bersih di antara RM6,000 hingga RM100,000 sebulan. Secara puratanya jumlah jualan bersih antara RM40,000 hingga RM80,000. Adakalanya jumlah jualan bersih akan meningkat sehingga mencapai RM200,000 terutama sekali jika peniaga mendapat kontrak yang besar. Bagi premis perniagaan yang terletak di pusat membeli belah jumlah jualan bersih sebulan antara RM60,000 hingga RM100,000, manakala di pusat perdagangan antara RM70,000 hingga RM80,000 dan di bangunan persendirian antara RM60,000 hingga RM 100,000.
2). Titik Pulang Modal Perniagaan
Pada kebiasaannya titik pulang modal perniagaan hiasan dalaman adalah di antara RM7,500 hingga RM10,000 sebulan. Kadangkala peniaga boleh juga memperolehi titik pulang modal perniagaan di antara RM20,000 hingga RM23,000. Manakala bagi premis perniagaan hiasan dalaman yang terletak di pusat membeli belah majoriti titik pulangan modalnya iaitu antara RM7,500 hingga RM10,000, di pusat perdagangan antara RM15,000 hingga RM20,000 dan pemiagaan di bangunan persendirian antara RM20,000 hingga RM30,000.
(F) Promosi
Adalah penting bagi memajukan sesebuah syarikat menjalankan promosi bagi memberi maklumat kepada orang ramai dan dapat menyakinkan mereka dengan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Promosi boleh dijalankan melalui pengiklanan seperti di dalam suratkabar, majalah dan `Yellow Pages'. Promosi kaedah langsung juga boleh dilakukan melalui penggunaan fliers brochure, clan katalog. Pada kebiasaanya promosi dijalankan semasa musim-musim perayaan clan apabila produk baru diperkenalkan. Sesuai dengan kemajuan teknologi terkini kaedah promosi melalui internet perlu dilakukan dan peniaga-peniaga boleh membuat 'homepage' serta laman web mereka sendiri.
* Tulisan serong di atas adalah suntingan dari web asal. Bukan hasil penulisan penulis. Penulis menyuntingnya di dalam blog ini untuk rujukan. Tetapi, bukan bermakna pembaca mesti ambil kenyataan bulat-bulat dari entri ini. Ada baiknya jika pembaca mencari info tambahan dan yang terkini mengenai jumlah sebenar perkiraan yang dinyatakan di atas. Terima Kasih.
Alhamdulillah, saya sedang memulakan pencarian ilmu tentang hiasan dalaman di sebuah Giatmara yang menawarkan bidang kemahiran tersebut. Doakan saya mendapat ilmu-ilmu yang berkat dan boleh mengaplikasikan ilmu tersebut untuk kebaikan bersama. Malam ini saya dibawa oleh suami makan malam di Hotel Tabung Haji, Sembulan. Apa yang terlintas di minda saya ialah,
'Adakah kecantikan hotel ini di usahakan oleh tangan orang muslim sendiri atau bukan? Jika Ya, maka itulah yang sebaiknya saya ingin menjadi seperti mereka'.
Saya suka berada di Surau Hotel Tabung Haji ini kerana perasaan saya menjadi tenang saja bila berada di dalamnya. Ini bermakna konsep hiasan dalaman yang diaplikasikan oleh 'Interior Designer' yang dilantik berjaya mencapai objektifnya.
***********************************
Bagi anda yang berminat untuk memulakan bisnes butik pakaian, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah e-book yang menarik.
Kandungan E-Book ini:
Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2 Rangkaian industri butik
1.3 Ciri-ciri butik
Bab 2: Kemahiran
2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun
Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat)
3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan
Bab 4: Modal (15 muka surat)
4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman
Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan
Bab 6: Pendaftaran bisnes
Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat)
7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional
Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat)
8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online
Bab 9: Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran
Bab 10: Organisasi/badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan
Bonus 1: Pengalaman Usahawan Bisnes Butik Abaya
Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2 Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan
Bonus 2
Bab 12: Motivasi bisnes
12.1Kelangsungan bisnes
12.2 Aliran pendapatan berganda
12.3 Lapan prinsip sukses
12.4 Tip bisnes orang Cina
***
Jika anda berminat dengan E-Book ini, anda boleh mendapatkannya secara bonus bila menyertai Kursus Asas Blog kami. Jika anda ingin membaca e-book ini secara terus tanpa menyertai Kursus Asas Blog, anda boleh mengisi borang tempahan di bahagian atas blog ini. Lihat gambar di bawah ini:-
Terima Kasih kerana melawat blog saya!
Saya menantikan kehadiran anda pada entri yang seterusnya.^_^

Comments
Post a Comment