Kelas Parenting Kita Siri 1
Perkongsian Oleh: Pn. Ashikin Hashim
Apa itu Aktiviti Rangsang Minda?
Aktiviti yang melibatkan 3 cara belajar:
1. VISUAL
2. AUDIO
3. KINESTETIK
Gabungan ketiga-tiga cara ini akan mencetus aktiviti rangsang minda dan anak akan mencapai tahap perkembangan yang optimum kerana:
1. Anak menggunakan mata untuk melihat
2. Anak menggunakan telinga untuk mendengar
3. Anak menggunakan tubuh badan seperti tangan dan kaki untuk bergerak.
Jika salah satu cara ini tidak digunakan dengan baik maka potensi untuk anak tidak dapat mencapai tahap perkembangan optimum akan berlaku.
Kenapa Aktiviti Rangsang Minda itu penting?
1. Anak belajar dengan 3 cara terbaik iaitu belajar secara visual, audio dan kinestetik - gabungan ketiga-tiga cara belajar ini akan menjadikan perkembangan anak-anak mencapai tahap optimum.
Contoh aktiviti: PUZZLE
Anak akan MELIHAT kepingan gambar yang tidak lengkap. Anak mungkin meneka gambar apabila melihat gabungan. Anak akan MENDENGAR arahan atau perbualan berkenaan gambar jadi anak akan dapat ilmu serta info. Akhir sekali anak akan menggunakan tubuh badan seperti tangan dan kaki (baca sebagai bergerak) untuk menggabungkan kesemua gabungan itu.
2. Anak akan suka untuk belajar. Akan akan teroka dunianya. Cuba bandingkan anak yang hanya main gajet dan anak yang beraktiviti. Pelajaran melalui gajet adalah sangat terhad. Anak dapat melihat epal dalam skrin tetapi anak tidak merasa, menggigit dan memegang epal.
Contoh aktiviti: KOLAJ EPAL
Bagi anak yang beraktiviti, anak boleh pergi ke pasar membeli epal, mendengar suara tentang epal, memegang, menggigit dan merasa kelazatan epal. Kemudian pulang membuat kolaj epal. Koyak kertas dan tampal cebisan kertas.
3. Anak akan bergerak dan tidak statik satu tempat sahaja. Anak yang beraktiviti tidak sama dengan anak yang hanya bergajet. Anak yang bergajet tidak banyak bergerak. Mereka tidak menggunakan sepenuhnya tubuh badan mereka untuk belajar.
Contoh aktiviti: BERMAIN BOLA
Anak yang bermain bola adalah anak yang menggunakan keseluruhan anggota badan serta pancainderanya bagi mencapai tahap perkembangan optimum. Anak melihat bola, mendengar bunyi bola ditendang dan suara/bunyi sekelilingnya, dan anak menggunakan tangan serta kaki untuk bergerak bagi mendapatkan, menendang, membaling, melantun, dan sebagainya.
4. Anak akan lebih FOKUS dan meningkatkan daya tumpuannya. Dengan beraktiviti, anak tidak akan mudah hilang fokus. Ia akan membuatkan anak lama beraktiviti dan tidak cepat bosan.
Contoh aktiviti: Buat PIPING CONSTRUCTION
Anak akan fokus untuk membina sesuatu seperti robot atau kenderaan. Anak akan mula berfikir, melihat, berimaginasi, kreatif, mendengar pelbagai bunyi dan suara, anak akan bergerak dan menggunakan tubuh badan secara optimum. Ini akan meningkatkan dayu tumpuan anak dan di masa hadapan anak akan dapat memberi tumpuan di dalam kelas.
5. Anak akan lebih mudah dan cepat membaca dan menulis kerana anak mendapat banyak rangsangan ketika beraktiviti.
Contoh aktiviti: BERMAIN PLAYDOUGH
Anak akan menggunakan tangan untuk membentuk palydough di mana ini sangat bagus untuk kemahiran menulisnya. Ketika bermain anak akan belajar untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Ini akan meningkatkan skil bahasa anak. Maka kemahiran membaca akan terbentuk di sini.

Comments
Post a Comment